Happy Three Friends

Miss Money

Monday, 1 October 2012

Kita dan mereka :)


"Apabila kita melihat apa yang ada di bawah sana,
bersyukurlah dan janganlah kita bangga...

Apabila kita melihat pula apa yang ada di atas sana,
bersemangat lah dan janganlah mengeluh..."
 
 
Tapi apa yang aku sering lihat sekarang, kita cepat mengeluh, nak lebih lagi,
nak banyak lagi, tak cukup-cukup...

Tapi, bila dah dapat, mengeluh pula, itulah, ini lah...terlupa untuk menghargai,
terlupa untuk mensyukuri....


Bukalah mata, pandang mereka yang lagi susah, yang siang dan malamnya
belum tentu lagi makan, yang panas hujannya belum tentu lagi ada tempat untuk
berteduh,

dikala kita tidur nyenyak dikala kilat sabung menyabung di tengah malam yang
 hujan lebat...


mungkin ketika itu ada ibu bapa separuh umur yang sedang menarik kuat
bumbung pondok mereka daripada ditiup diterbangkan angin ketika hujan lebat
itu, bagi melindungi anak-anak kecil mereka...hingga jelas kelihatan urat-urat di
tangan si ibu dan ayah...


dikala kita sedang enak menjamu hidangan kita, enak-enak, mewah-mewah belaka..


mungkin ada seorang pencuri makanan yang ditembak mati,
yang mungkin niatnya bukan lah untuk mencuri, tetapi demi mengelakkan anak-anak
dan isteri kebuluran di rumah kerana sudah tidak makan berhari-hari....hilanglah
ketua keluarga yang menjadi harapan kepada keluarga miskin itu...


dikala kita bergembira, kerana beroleh rezeki...


mungkin mereka sedang bermati-matian, demi mendapatkan wang yang mungkin
hanya RM 20 sebulan, untuk menampung dan menyara keluarga...


........................................................



Tiada alasan untuk kita tidak bersyukur...
Walau kerja itu hanyalah sekadar pemungut sampah, 
kau tetap harus bersyukur, kerana Tuhan masih berikan kau
nikmat pancaindera, yang membolehkan kau mencari rezeki.....


~~~~Alhamdulillah~~~







5 comments:

Anonymous said...

Sebak pula baca entry ni. :')

BicaraSamaAwan said...

iya, sebak.

Falling . said...

rasanye 1st time nmpk muka kau kt tepi tu .. hehehe lame tak jenguk ko annn .. blog da mkin nice lahhhh :D

Lynn Damya said...

fyfy : :')

Bicara sama awan : sy pun.. :(

Gugu : haha xpe, kau kan dh kerja skang, mestilah bz :D

Nong Andy said...

alhamdulilah...


*header berubah wajah lagi..?