Happy Three Friends

Miss Money

Saturday 3 August 2013

Review Komik 10th Lawak Kampus : Friends Edition


Salam.

Siapa yang tak pernah dengar langsung or tak pernah nampak langsung komik
ni di atas muka bumi ni, memang komik ni bukan untuk anda, terang-terang
korang bukan peminat komik lawak macam ni. Hahaha... 

Okay2, so tahun 2013 merupakan ulang tahun yg ke-10 untuk Lawak Kampus,
tahniah! Tahniah! Dah 10 tahun kau menghiburkan hati aku dan buat aku
gelak sorang-sorang.


Ada dua benda aku nak cerita pasal komik ni.

1. Teruja

Of course aku teruja apabila melihatkan cover komik yang menarik macam ni.
Pastu bila buka plastik pembalut tu, rasa cover dia perghh..siap ada kilat-kilat
(spot UV) bagai, siap rasa timbul-timbul tu, depan belakang cover kilat. Haha.

Then, dalam dia full color untuk kesemua pages ! Kertas licin punya maaa~
Patutlah cekik darah sampai Rm 10 lebih. Tapi takpe, Keith punya pasal !
(keith adalah pelukis komik lawak kampus ini)

2. Kekecewaan Melanda-landa

Masa aku beli tu, aku memang tak faham apa maksud
Lawak Kampus : Friends Edition tu....

Rupa-rupanya, komik ni bukan lah hasil idea dan lukisan keith..sobs..sobs...T_T
Komik ulangtahun ni adalah gabungan idea dan lukisan daripada kawan-kawan
seperjuangan keith juga iaitu pelukis komik daripada luar & dalam negara...
Isk..isk....jadi....

Vanness and The Gang (Aditas, Si Kosong, Xena, Froggy, Cikgu Noodle dll)
dilukis dalam berpuluh-puluh versi, mengikut style lukisan pelukis komik masing2.
Dan ada wishes-wishes daripada setiap pelukis komik tu untuk Keith.

Apa yang mengecewakan aku adalah, komik ini jadi tak lawak seperti yang sebelum2
ni, sebab diorang mungkin ada yang tak biasa buat komik lawak, jadi macam janggal
sikit jadinya...T_T

Jadi, kesimpulannya komik ini tak best, tak berbaloi dengan harga Rm 10 lebih.
(nangis lagi)


Apapun, berbaloi bagi korang yang memang meminati seni komik sebab dapat
tengok stroke dan style mereka lukis lawak kampus ni. Aku paling suka Puyuh
style, lawak kampus yang lawak ni boleh pulak dia jadikan citer seram (-_-')

Okay, itu saja. Selamat menyambut hari raya aidilfitri (n_n)
Maaf zahir dan batin kepada semua. Take care :D


9 comments:

Heartbeat said...

aku ade nmpk komik nie tapi aku tetap pilih komik under 18 dgn ikhtiar hidup . kekekeke

Lynn Damya said...

Heartbeat : hoi kau pon layan kerrrr ikhtiar hidup tu~~hahahaha best kan~

Nong Andy said...

Patut la.. kemain akak beli atas terhasut kata kata lawak kampus best. Silapnya terbeli edisi fren.. sikit pun tak faham.. grrrrrrrr

Rupanya akak salah beli.. memang geram sikit sebab dah high expectation hahahaha

Zaza Iman said...

lama dah xbaca komik ni..hehe

adibahfaizah said...

Laaa, tak best ke ..bru nk usha2 btw ikhtiar hidup is the best. haha. ttw psl pe..

nuyui a.k.a miss YUI said...

siyes lama tak baca komik..huhuh

Anonymous said...

Lawak kampus limited edition aku pernah beli. Dia dijual kat POPULAR je. Cover warna merah. Try r cari.. tapi buku tu dengan kawan aku dan dia tak ada tanda3 nak pulangkan semula. Hummm

~reenapple~

Lynn Damya said...

Nong Andy : hahah silap lah kak oii

Adibahfaiz : yg friends edition ni xbest :'(

Reenapple : haha aku rse aku tau, tp aku beli sbb rm30 kan? haha

Tinta Lana said...

Salam.

Itula ko..teruja sgt,hahaha.

Aku tak pernah beli lawak kampus, pernah baca je. Aku banyak Zint punya..tah la, sejak adik ak perkenalkan komik Bodyguardnya tu, terus beli satu satu.