Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Monday, 6 July 2015

Inilah Senarai Barang Basic Yang Perlu Ada Untuk DIY Pelamin Sendiri

Salam.

Ini entry kedua yang aku tulis berkenaan DIY Pelamin sendiri selepas entry pertama ini. Aku rasa masing-masing mesti ada bakat terpendam ataupun impian untuk buat sendiri pelamin korang kan? Tapi, rata-ratanya tak tahu apa yang diperlukan dan apa jadah nama khas bagi barang-barang yang diperlukan untuk buat pelamin pun tak tahu. Jadi, dalam entry ni aku akan kongsikan sesuatu yang penting agar korang boleh DIY pelamin ala-ala professional gitu~

1. Kenali Set Jet Pelamin

-Set Jet ni boleh didapati dalam bentuk besi / kayu
-Berfungsi sebagai stand untuk gantung langsir background
-Ketinggiannya boleh di-adjust ikut kesesuaian
-Boleh didapati dalam pelbagai saiz lebar dan ketinggian
-Contoh pelamin yang guna set jet untuk gantung background:



2. Kenali Pergola

-Set Pergola ni boleh didapati dalam bentuk besi / kayu / plastik
-Berfungsi sebagai 3D stand untuk gantung langsir atau apa saja decoration yang bersesuaian.
-Ketinggiannya boleh di-adjust ikut kesesuaian
-Boleh didapati dalam pelbagai saiz lebar dan ketinggian
-Pergola boleh dilipat-lipat, so boleh masuk dalam kereta.
-Contoh pelamin yang guna pergola untuk dekorasi pelamin:






-Selain Pergola 4 Segi macam ni, ada juga pergola berbentuk kubah / dome seperti ini:




So, itulah dia dua benda yang penting sebenarnya kalau anda nak DIY Pelamin sendiri. Lain-lain barang, termasuk jet set / pergola ni, korang boleh try sewa dekat butik-butik pengantin, tak pun yang mana duk area Sg. Besi, KL...bolehlah sewa kat link SINI. Banyak gila pilihan untuk memenuhi impian dan citarasa pelamin tunang / perkahwinan anda.

Selamat ber-DIY (n_n)

4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

cantik nya

eima said...

ramai skrg yg buat sendri je kan ... lain dr lain ... tak la sama ngan pelamin org lain klu buat sendri

Suhaila Su AnNajah said...

wahh nice! siapa2 pun bleh pasang pelamin sndiri lps ni

Mia said...

Nice info. Nanti boleh cari barang untuk buat sendiri. hehe. Buat sendiri lagi puas hati. Dah lama berangan nak buat servis buat pelamin ni. hehe
Salam ziarah dan salam lebaran