Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Monday, 23 July 2012

Jom Buat Roti Johnny Sendiri ! :D


Roti Johnny??
Haha, nama originalnya adalah Roti John, aku memang suka panggil
roti John ni sebagai Roti Johnny, tak tahu kenapa (-_-')

Owh ye, mesti ada yang dah terfikir-fikir menu berbuka puasa
hari ni, even sekarang err..baru jam 12 lebih kan. Takpe2,
meh aku bagi resepi cepat lagi mengenyangkan untuk anda semua.


Nama Menu kita hari ini ialah :

Roti Johnny

Bahan-bahan yang diperlukan :

1. Roti Perancis
2. Telur
3. Bawang besar
4. Daun sup
5. Garam
6. Marjerin
7. Sos

Haaa..dah ada semua?? Meh kita main masak-masak (n_n)

Cara-cara membuat Roti Johnny :


1. Masukkan telur 2 biji, bawang yang dah dihiris, daun sup yang dah dipotong halus,
garam secukup rasa. Kacaukan sehingga sebati.

2 & 3. Ambil roti Perancis, dan potong mengikut saiz yang dikehendaki.
Pastikan saiz roti tak terlebih saiz kuali, nanti tak muat pula :p

4. Panaskan kuali. Letak sedikit marjerin dan tunggu marjerin cair
(marjerin untuk gantikan minyak, dan rasanya pon lagi sedap!)

5. Lepas marjerin dah cair, ratakan ia. Dan lepas tu, cedok telur dan bahan-bahan
yang dah dikacau tadi tu, masuk dalam kuali. Biarkan jap selama beberapa saat

6. Ambil roti perancis yang dah siap dipotong, tekapkan atas telur dalam kuali tu.
Biar jap selama 1-2 minit. Kalau nak garing lagi, biar lama sikit. Tapi hati-hati,
takut hangit pula :p

7. Sebelum terbalikkan roti, sapu sedikit marjerin kat belakang roti. Haa...
lepas tu baru boleh terbalikkan macam ni. Biar selama beberapa saat.

8. Okay dah boleh angkat ! Dan siap untuk dihidangkan dengan sos cili
atau sos tomato kegemaran anda :)

(2 biji telur yang dikacau tu cukup untuk buat 3 roti johnny)


Okay, nak tau sedap ke tak? Try lah sendiri petang nanti waktu berbuka.
Hihi, senang, jimat dan mengenyangkan.

Selamat Mencuba (n_n)



9 comments:

Sarah Mohd Saleh said...

mggoyah iman sungguh ;)

nur fatinah mohammad shariff said...

terliur kak -,-

★ ɥɹɐן ɐʎɐʎ said...

Jom tengok koleksi GIVEAWAY yang telah yaya join . Alang2 , join la sekali . Hadiah2 nya konfem buat awak juling2 . Heee . Jom serbu !!


http://yayalarhsecret.blogspot.com/2012/07/ramadhan-yang-dipenuhi-dengan-giveaway.html

Lynn Damya said...

Sarah & Fatinah : haha sorry2...sy niat utk share resepi je, jgn ponteng poser tau, haha :p btw, TQ ye..

Pengumpul Lirik lagu said...

blik umah nnti boleh la sy cube..

Fyfy Liew said...

wah boleh try ni! selalu beli kat bazar je. memang sedap ;)

Lynn Damya said...

Pengumpul Lirik : cube tau :)

Fyfy : haha kan, klw buat sendiri boleh letak isi byk2 :D

mizz RFL said...

nanti nak try buat la.. hehe.. nanti share la lagi resipi yg sng2 utk org yg baru nk bljar msak hehe

Lynn Damya said...

mizz RFL : hehe insyaAllah, sy pon baru je nk belajar masak ni :p hihi