Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Tuesday, 31 July 2012

Life sekarang


(ini entry panjang, kalau tak nak baca, sila scroll sambil pejam mata)


Owh lama gila rasanya tak update pasal diri sendiri kat blog sendiri nih.
Banyak update cerita pasal benda lain je.


Sedar tak sedar sekarang ni, dah nak raya dah pun. Kejap je masa
berlalu. Dan aku pun rasa-rasa dah sakit pinggang duduk kat rumah ni
lama-lama tanpa ada apa-apa kerja yang berat. Hahah...contoh kerja
berat adalah membuat semula assignment yang di-reject :p


Sepanjang duduk rumah ni, memang aku ber-sleeping beauty- je lah.
Dan tolong parents aku pegi niaga kat pasar malam. Time niaga tu
punyalah tak sabar nak tunggu waktu berbuka. Maklumlah kiri kanan
depan belakang jual air, jual makanan. Fuhhhh~~~


Bila dah graduate ni, maka akan ada pertanyaan yang lagi hot dpd
pertanyaan 'bila nak kawen?' iaitu pertanyaan 'bila nak kerja?'


Ohoi~~siapalah tak nak kerja kan. Even aku malas, tapi aku rajin
kalau bekerja. Nak kumpul duit beli handbag CarloRino yang aku ushar
hari tu dengan mama. Amboi, murni sungguh cita-cita bila dapat
gaji first :p


Tapi, semua peluang kerja yang aku dapat tu dekat Shah Alam/ KL.
Kena panggil interview hari Jumaat, aku nak balik rumah hari Khamis.
Terpaksa lah tolak sebab aku lebih mementingkan keluarga dan rumah
daripada kerja. Uhuk~uhuk. Kalau tak, sekarang ni aku takdelah
duk menaip entry di blog dengan sesuka hatinya.


Hmm....aku try gak cari kerja kat Jb ni haa..bila ada je yang menepati
kehendak dan piawaian aku sebagai freshie graduate, mesti ada syarat
lain iaitu pandai berbahasa Mandarin. (-_-')
Kau nak amek Cina kerja, cakap je lah...Hmm...aku ni kena pergi
France lah agaknya, sebab belajar France languange. Mesti mak bangga.
Hahah :p


So sekarang, aku apply je mana-mana. Ada rezeki, ada lah kan..
InsyaAllah, amin.... (n_n)


P/s : satu je yang aku menyampah, mulut-mulut makcik joyah akan
sibuk perli kalau kita tak kerja. Biasalah, mental orang melayu
memang macam tu. Harus kerja berjawatan tinggi baru dipandang
mulia. Kan3 ?



6 comments:

Sarah Mohd Saleh said...

tabah bkerjaaaa.smoga dpt rezeki yg diidamkan;)

Lynn Damya said...

Sarah : haha thank Q (n_n)

piko pink said...

dapt gaji belanje piko ye...hehe

Nong Andy said...

sabar... nanti dapatlah tu kerja. akak pong mula2 lepas belajar dpt keja clerk biasa gaji permulaan 600 jer.. tapi itu utk timba pengalamam jer.. esok2 pindah la tempat baru yg lebih power bila pengalaman kerja pun lebih power :D

*Nak kad raya? sila la msg alamat kat FB akak mimie nong andy (mimieaya@yahoo.com.my) add le :D

nak merasa juga kad raya comel buatan sendiri kamu hehehe..

Lynn Damya said...

Piko : hahah, kerja pon belum dpt lg :p

Nong Andy : haha, terima kasih bg semangat kt sy nih :) wokeh nt sy add :D yeayy >_<

-meeSUPERGIRL- said...

nanti ad lah tuh .. rilek2 dulu kat umh :)