Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 11 June 2013

Cara Mudah Naikkan Trafik Blog Sempena Bulan Puasa & Hari Raya



Haaa dapat tak apa yang aku cuba nak sampaikan? Maksud aku, kita kena tahu apa yang
orang akan cari bila dah nak dekat bulan puasa dan menjelang hari raya nanti
& BUAT ENTRY mengenainya. Berikut adalah TOP 5 keyword yang memang popular
menjelang hari raya :

1. Segala bagai Doa / Hikmah / Niat
berkenaan bulan Ramadhan


Kita kena faham, kita ni bulan puasa setahun sekali, so mungkin ada yang terlupa macam
mana nak niat berpuasa untuk sebulan sekaligus, macam mana nak niat berpuasa harian,
doa buka puasa macam mana, niat solat terawih macam mana, apa bacaannya. Sebab aku
ni pon kadang-kadang terlupa benda-benda macam ni, dan kena search di internet untuk
ingat balik. Hehehe.... :p

2. Kuih Raya


Haaa ini memang orang mesti confirm cari ! Tugas korang hanyalah tolong promosikan
bisnes orang lain. Cari blog-blog atau page-page Facebook yang membuat bisnes online
kuih raya, kumpulkan dalam 4-5 link. Kemudian, buat satu entry berkenaan kuih raya,
letak gambar kuih raya yang cantik-cantik, dan linkkan kepada link kedai kuih raya tu.

(tak payah minta bayaran, korang tolong promote, trafik blog korang pon naik juga)

Cara ni berkesan, sebab kebanyakan suri rumah sekarang lebih gemar search di internet
untuk menempah pelbagai jenis barangan termasuklah cookies-cookies macam ni, mana
tahu tersangkut satu dua trafik kat blog korang. Hehe :D

3. Baju raya / Shawl


Ini pon boleh tahan meletup jugak, sebab kebanyakan kaum wanita, even aku ni pon
sekarang ni makin gemar membeli pakaian/shawl secara online. Sebab mudah, tengok,
pilih dan bayar. Then tunggu je lah depan pintu rumah. Hehe...

So, tugas anda sama macam kuih raya tadi, tolong promosikan. Cari link, kumpul, buat
entry, letak gambar dan linkkan kepada page bisnes itu. Kalau nak lagi efektive, letak
harga sekali. :D

4. Design Doodles Ringkas !

(Ini design doodles ketupat aku untuk hari raya tahun lepas, 2012)

Ini amatlah mujarab untuk meningkatkan trafik blog korang. Korang kena tahu, yang
orang akan berlumba-lumba menghasilkan e-card mereka sendiri sempena hari raya,
jadi tugas korang adalah untuk memudahkan kerja mereka membuat e-card, dengan
menyediakan doodles-doodles ringkas macam yang aku buat tu. Tak reti guna photoshop
pon xpe, lukis je guna tangan cantik2, confirm masih ada yang berkenan ! :D

Buktinya, entry aku yang IniIniIni dan Ini mula mendapat sambutan semula sejak dah
nak dekat bulan puasa ni. :D

If korang mungkin kurang berbakat dalam men-design doodles, korang boleh share kan
design orang lain, tapi jangan lupa, untuk credit or linkkan juga kepada designernya.
Ini sangat penting, kalau tidak, designer akan sentap ! Designer kan sensitif~HAHAHA :p

5. E-CARD Design Sendiri


Ini khas untuk blogger yang berbakat dalam industri men-design. Korang buat kad raya
korang cantik-cantik, dan publish. Kalau nak lebih gempak, korang print lah dalam 10
keping kad design korang sendiri tu, then buat giveaway. Hehehe...


Okay itu saja, harap dapat membantu ! 
Terima kasih sudi singgah sini (n_n)


10 comments:

Unknown said...

wahh best tips ni..
nnt nak try la kalau ada masa sbb dah jarang sgt apdet blog skrg ni.. hihihi...

Syeeda said...

betul tu. tq for tha info.. =)

Cik Anita said...

Hype :)

Haa. gud idea! orang banyak search bahu-baju raya bagai..

Lynn Damya said...

Anne : haha terima kasih, xpe2, ada masa lagi ni klw nk update :D

Syeeda : hehe welcome, thanx singgah sini :D

Cik Anita : hai2 (n_n), time kasih :)

Falling . said...

lau aku paling suka search gmbor lauk pauk bln pose nti . haha

Lynn Damya said...

hahaha, betul2, lagi2 gambar makanan kat bazar ramadhan kan, haha :D

Tinta Lana said...

Salam.

hahaha, bagus entry ini, ak dah fikir2 nak buat apa bulan posa nanti.

At least ada guide camni, takda ak sesat sgt :D

lina said...

mantap!!!idea yang bagus..tq

Unknown said...

Idea BEST nie...hehe..TQ sharing...

shafwan said...

Ips yg amat menarik....