Happy Three Friends

Miss Money

Friday, 7 March 2014

Cara Mengatasi Rasa Nak Merajuk Lama-lama



Dasar perempuan, memang suka merajuk dan tarik muncung panjang-panjangkan?
Apa pun yang dikeluhkan oleh lelaki-lelaki sekalian kerana perempuan selalu sangat
merajuk, tetapi perempuan merajuk memang bersebab. Dan banyak kali merajuk,
mungkin sebab anda yang berbuat salah. Bila buat salah, tak mahu meminta maaf
atau memujuk pasangan, jadi kita pon pakatlah protes dengan merajuk! Hahaha...

Merajuk ni lebih kurang macam marah lah. Marah dulu, lepas tu merajuk. Dan
'Merajuk' yang aku nak cerita kat sini adalah jenis yang tetap berkeras nak
merajuk WALAUPUN manusia yang bersalah tu dah berkali-kali dan bersungguh-
sungguh meminta maaf dengan anda.

Jadi, apakah cara terbaik untuk mengatasi rasa nak merajuk tu??



Bayangkan anda berselisih pendapat dengan kekasih / suami / isteri anda,
yang mana menyebabkan perasaan anda terguris. Terus anda diam untuk
beberapa jam,atau mungkin beberapa hari. Dan kemudian anda buat tak layan
apabila si dia nak berbaik-baik semula dengan anda. Perlu diingat, apabila dia
cuba untuk berbaik semula dengan anda, itu tandanya dia cuba mengambil semula
hati anda, dengan erti kata lain, cuba untuk meminta maaf tetapi melalui perbuatan.

Tapi, anda tetap ego, berkeras untuk mendiamkan diri dalam tempoh 'merajuk'.
Mungkin anda rasa itu tindakan yang betul, konon untuk membuatkan si dia
menyesal dengan apa yang dilakukan. Konon untuk membuatkan si dia ingat
pengajaran ini. Konon untuk membiarkan dia rasa apa yang anda rasa.

Tetapi, cuba bayangkan jika tiba-tiba nyawa dia ditarik tanpa anda sempat berbaik
semula dengan dia...


...


Bayangkan anda membiarkan dia pergi untuk selamanya, dalam keadaan hatinya
yang mungkin sedang bersedih kerana anda masih lagi tidak memaafkannya dan
berdegil untuk merajuk lama-lama...


...


dan cuba kenang semula betapa anda bahagia dengan dia pada masa-masa gembira,
tetapi apabila dipisahkan untuk selama-lamanya, perpisahan itu berlaku dalam
keadaan yang tidak sepatutnya, maksud aku...kalau anda boleh kawal dan tidak
berdegil untuk merajuk lama-lama, pastinya anda sempat untuk beritahu dia yang
anda maafkan dia, sempat untuk ucapkan kata-kata sayang dan cinta untuk dia
sebelum dia ditakdirkan pergi meninggalkan anda untuk selama-lamanya...


...


.................................................................................



Apapun, ia bergantung kepada sekuat mana seseorang itu untuk menerima keadaan
yang membuatkan mereka marah, juga bergantung kepada sebab apa mereka
merajuk, jika serius, maka mungkin lama lah masa yang diambil untuk merajuk
dan menenangkan diri mereka. Cuma merajuk, jangan sampai menyesal :)
(selalu tengok drama kan, lama sangat merajuk, akhirnya tak sempat minta maaf)

Dan apapun, ini adalah cara aku. Cara aku cuba menghargai setiap saat aku dengannya.
Ajal dan maut di tangan Allah. Aku tak tahu bila aku atau dia akan pergi. Jadi, dengan
cara ini, aku dapat 'lebihkan masa gembira' dan 'kurangkan masa sedih' dengan dia.
Cara ini memang dah sebati dengan aku, tak apa..sebab aku berpegang biar aku yang
sakit, asal tak menyesal di kemudian hari..(n_n)

Ini cara aku, menghalang aku daripada merajuk dengan mengingat soal kematian
dan penyesalan. Penting untuk aku kongsikan ia, seterusnya terpulang pada anda.

Hehe (n_n)



2 comments:

reenapple said...

Wow!! Ok. Ini deep. Nice tips. Tapi masalahnya aku tak jumpa lagi orang untuk dibuat2 merajuk. heheheh

Tapi ada orang cakap, aku one day, bila jumpa the right person, aku tak akan nak merajuk apa bagai. Hurmmm. Boleh dipercayai tak?

Nong Andy said...

Merajuk kadang bukan tak boleh nak maafkan.. just perlukan masa utk redakan sakit hati..

Kalau akak merajuk..

Just jangan ganggu.. sebab makin di kejar nak minta maaf makin teruk rasa amarah tu..

Diam2 buat hal sendiri.. lama2 geram dah hilang.. tak payah pujuk pun dah baik sendiri hehehe