Happy Three Friends

Miss Money

Sunday, 3 August 2014

Afternoon's Bad News


Tengah hari tadi aku dapat satu call
daripada cousin aku, Tiqah...
Oleh kerana ni musim raya,
so aku expect dia call nak bagitau dia
nak datang beraya...
tapi sangkaan aku meleset..

dia call untuk bagitau sedara kitorang, Ijat
tengah kritikal sekarang ni...
disebabkan penyakit Leukimia..

Aku macam lemah lutut....leukimia dowh...
Bukan tiroid !

******************************************

Teringat masa dia satu family balik kampung
on that first raya hari tu...
semua terkejut gila tengok Ijat kurus gila...
Last year terkejut sebab rambut dia jarang-jarang
gugur macam botak, this year terkejut pulak tengok
keadaan dia yang nampak gila kurus dan lemah...

Scene air mata yang berlaku masa tu reda sikit lepas
dengar Ijat explain dia takde pape...cuma dia ada tiroid je..
Dengar tiroid je terus aku tanya dia...
"Bukan tiroid kena buat operation ke?"
Sebab wife cousin aku belah abah pun kena tiroid,
banyak kali buat operation, tapi tak seteruk Ijat..
Ijat cakap..tiroid yang dia kena ni tak perlu buat operation..
Aku owhh kan saja..
Ya, aku bukannya doktor yang banyak ilmu tentang penyakit..

Masa kat rumah nenek...
Aku sedih tengok dia..
Duduk aje, rasa macam dia sakit sangat...
Lemah dan pucat...
Aku macam pelik juga, sakit tiroid macam ni ke...
Sebab wife cousin aku tak lah teruk macam ni..
Tapi dia bernasib baik aku rasa,
sebab masa dia balik raya..dia sakit tekak...
Dan suara dia macam ke dalam..besar dan garau...
Itu yang membolehkan dia menipu kami
dengan memberitahu dia hanya sakit tiroid...

Ya...kami syak Ijat dah tahu lama tentang penyakit dia..
tapi sama macam yang kita selalu tengok dalam drama..
Ijat rahsiakan supaya kami terutama ibu dia tak risau...
selalu aku tengok dalam drama...cuma kali ni aku rasa
macam kena lempang laju-laju...sebab aku yang mengalami
scene drama ini....

Ijat menangis semahu-mahunya masa ziarah kubur ayahnya
raya hari tu, padahal masa arwah ayah dia dikebumikan..
dia nampak tenang sungguh...

Malam-malam hari tu, dia pasang surah Yassin before dia
tidur...

dan dia tak nak gambar dia diambil....

*****************************************

Baru je aku rasa 3 tahun yang lepas, pakcik aku (ayah ijat)
meninggal dunia...dan kali ni bila Ijat kritikal macam ni...
Aku macam lemah betul...
Ijat macam ketua keluarga lepas ayah dia meninggal...
Aku harap Ijat sembuh...
Ijat kena sembuh...
Dia anak yang baik, dia abang yang baik...
Dia cikgu yang baik...
Dia sanggup tukar kerjaya dia daripada cikgu yang mengajar
budak-budak biasa, kepada cikgu yang mengajar anak-anak
gelandangan di KL tu...
Ijat tak boleh pergi ikut ayah dia lagi...
Ya Allah, aku mohon bukan ini masanya...
Cukuplah family dia baru nak move on daripada kehilangan
suami dan ayah itu, ini anak dia pula macam ni...

******************************************

Aku di depan PC, dah takde mood nak buat kerja langsung..
Sedara-mara aku dah bergerak ke Melaka tadi jam 5.00 petang..
Aku tak tahu gerak bila...
Ijat dah masuk wad yang lebih serius daripada ICU...
Tuhan, panjangkanlah umur Ijat...

Aku masih menanti berita daripada sini...
Andai kata Kau ambil dia dulu,
tolonglah berikan kekuatan dan kesabaran serta ketenangan
kepada ahli keluarganya yang ditinggalkan ya Allah...

:'(



2 comments:

ct cucubi said...

Sbr ye awak.. setiap perkara ada hikmahnya

eima said...

lynn bertabah la ...
kadang tu kita kita kena redho dan lepaskan die pergi sbb dari dia menanggung seksa biarlah die lebih cepat diambil Allah ...

dulu aku penah alaminya ... mak aku ... aku rela mak cepat² diambil Allah dari aku kena saksikan die sakit dan terseksa ... aku tahu yang die pun dah tak mampu nk menanggung sakit tu lagi ... aku pasrah ....

Allah aturkan segalanya utk kehidupan aku cukup baik ...semua nya bersebab ... alhamdulillah ...

aku doakan ijat cepat sembuh ....