Happy Three Friends

Miss Money

Friday 8 August 2014

Design Logo Merdeka 2014 (Malaysia ke - 57)


Salam. Tak teringat pulak bulan ni bulan Ogos, bulan Merdeka. Pagi tadi dapat satu task buat design sempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke-57 tahun ni. Kena letak logo hari kebangsaan sekali. Aku pun google lah~~~ tengok-tengok je, wahhh dah ade! Hahaha, logo dah siap..jom kita tengok design logo kemerdekaan tahun ni macam mana gaya pulak ya ;)



Logo Hari Kebangsaan Malaysia 2014


"Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" itu telah diumumkan sebagai tema sambutan hari kemerdekaan kali ini. Tema itu juga telah dipetik daripada lagu Allahyarham Sudiman menerusi lagu popular beliau iaitu 'Warisan'.

Honestly bagi aku, kalau tengok senarai tema hari kebangsaan negara kita ni, tema kali ini lah yang betul-betul nostalgia dan membuatkan aku membaca slogan secara menyanyi...bagi aku, inilah tema yang paling syahdu dan ikhlas, dan tidak menyebelahi mana-mana pihak, tidak seperti tema-tema rangkuman 1 Malaysia, lebih-lebih lagi yang 'Janji Ditepati' itu. Hahaha..ya, inilah tema yang buat aku rasa...

'Malaysia, Aku Sayang Kau...aku sayang kan negara aku, aku sayang orang-orangnya, dan aku suka untuk berdamai dan menjaga keamanan sesama kaum dan agama...'

Owh sorry, tersemangat lah pulak~ Okay berbalik kepada logo tadi..meh kita tengok lagi sekali...


Cantik tak? Yang ini more simple dan ekslusive lahh~ Better lah kot daripada design yang ke-56 tahun lepas kan~~ So, well done kepada designernya. Aku tak tahu siapa yang design.


P/s : sebahagiannya masih lagi terjajah secara rela dibawah sesuatu yang dinamakan 'pengaruh'.

1 comment:

Unknown said...

ha ah..yang ni slogan pun dah best..logo pun cantik..memang yang slogan janji ditepati tu sebahagian dari kempen ngundi ..lawak betul la..hehhe