Happy Three Friends

Miss Money

Sunday 3 August 2014

BBQ Party !




Salam. Hohoho...keterujaan nak update blog setelah seminggu aku bercuti raye. Dengan tak sempat wish hari rayanye kat korang, haha so macam mana raye korang? Aku ni dah tak dapat duit raye tau...wuwuwu T_T Okay, ini entry untuk sedare-mara aku sebenarnya, masa kitorang buat BBQ Party hari tu, so kalau korang tabah nak melihat, sila lah scroll ye..hehe :p

Party kali ni disertakan dengan pelbagai decoration dan meja VIP bagai, demi memeriahkan majlis kononnya...

Ini antara manusia yang gigih pasang bebola pink tu haa~ btw masing-masing tak sabar nak tunggu hari gelap sebab excited nak tengok bebola tu menyala (-_-')

Ni masa aktiviti bakar-membakar..

Sosej yang cantik...aku suka tengok warna dia :D aku kena berperang dengan sekepulan asap yg degil tahu, untuk ambil gambar encik sosej ni...sabo je lah~
Chicken wings~~~chicken wings~~
Okay, yang bulat-bulat comel tu adalah terung bakar, sedap gila..hahaha :D
Inilah food yang paling sedap untuk hari tu aku rasa, Potato Tato!! Sedap gila, masak dalam oven, ada letak bawang putih, serbuk paprika dan olive oil. Arghh sedapnya! 

Okay, masa yang dinanti-nanti telah pun tiba, hari mulai beransur gelap sebab nak malam, dan masa tu lah yang paling cantik tahu, rasa macam candle light dinner! Haha~

Gigih siap berlilin-lilin bagai :p
Adik aku bertukar menjadi iron man~
Dan semasa bbQ party ini, makngah aku telah mengeluarkan satu idea bernas yang mesra alam lagi menjimatkan serta mampu mendisiplinkan diri iaitu :

Tulis nama masing-masing pada cawan polisterin yang disediakan, so sorang hanya guna satu cawan sahaja :D Kira jaga cawan masing-masing lah, takde lah membazir cawan polisterin tu kan~

Dan hasilnya ni memang aku lah punya kerja :p haha :

Cawan aku belum siap hias lagi nih...
Inilah keluarga yang organized party ni, buat kat halaman rumah diorang, main power ramai kan~ lama jugak aku nak siapkan cawan-cawan family besar diorang ni, haha ;p
Ini keluarga mak long aku, fokus pada yg bernama Nora, kapal terbang kertas tu aku lukis sebab husband dia askar, tengah bertugas menjaga negara kita ni, tak balik beraya pun tau..wuwu, tu yang cawan dia tu agak dramatik sikit aku buat..hahaha
Ini sedara-mara daripada KL pula~~hehehe
Okay itu je lah aku nak citer. apa pun memang meriah dan gigih betul mereka menjayakan bbq ini. Abang sedara aku pensyarah kulinari, tu yang food semua western-western siap berdecorate bagai tu~ hahaha..okay terima kasih sudi singgah sini (n_n)


...kupu-kupu pun tumpang sekaki... :)

1 comment:

Suria Amanda said...

Dh mcm garden wedding dh ni...seronok la...good idea on cawan tuh..selamat Hari Raya aidilfitri Lynn