Happy Three Friends

Miss Money

Thursday 7 August 2014

Manap si Kucing Selebet...


(entry luahan hati seekor kucing...)

Hai...nama saya Manap...


Menurut tuan saya, saya ni adalah seekor kucing yang selebet. Saya okay jeww~ dipanggil selebet. Sebab saya rasa selebet itu adalah kata-kata yang sama je maksudnya seperti comel, manja, hensem, macho dan sebagainya. Betul tak??

Hari tu, saya telah dipanggil 'sengal unta'. Saya tak tahu apakah maksud sengal unta, semuanya bermula bila saya buat macam ni...

Saya cuba duduk secara melintang di tangga...


tapi oleh kerana sifat saya yang obesiti...saya gagal melakukannya...

lalu terjatuh macam ni....


oleh sebab saya ni selebet, maka saya pun duduk je lah dalam posisi begitu untuk beberapa minit, adalah dalam 10 minit saya macam terduduk macam tu je...




...5 minit telah berlalu, dan tuan saya ni pun bising gak mulut dia asyik cakap saya 'sengal unta!'...'Sengal unta!'...dan saya tak faham kenapa dia sibuk nak ambil gambar saya je masa tu. Nak je saya cakap dia pun 'sengal unta' jugak...

dan saya gagal mengekalkan posisi akhirnya...saya mulai penat..



dan terus tersadai di tangga ibarat melukut di tepi gantang...




Persoalannya...apakah maksud 'sengal unta'? Dan adakah saya ni selebet? Saya kelilu (keliru) ~~~owh kelilunya saya dengan dua perkataan ini~~

Yang Ikhlas, coretan daripada :

Manap


2 comments:

Unknown said...

apa punya pemalas nya la kucing ni?
hehe

Anonymous said...

hahahaha. adorable sungguh. dok imajin dia bercakap begitu sambil menaip