Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Sunday, 10 August 2014

I love Food ! :D


Food ! Food ! Food ! Salah satu nikmat yang Tuhan beri kat kita. Habis je bulan puasa, memang kerja aku mengunyah je depan PC sambil buat kerja. Eh sory, buat kerja depan PC sambil mengunyah. Haha..aku selalu search benda-benda yang kreatif, dan terjumpa ini semua, jom kita buat sesama :D Haha~

1. Cucuk sosej itu !!


2. Polka Dodar Gulung (Polka Dot + Dadar Gulung)

Apa ke pelik nama aku bagi tu...(-_-') owh ye, certain tempat panggil kuih ni kuih ketayap ya..yang inti dia kelapa manis tu. Untuk versi polka dot ni, Chef tu gunakan gula perang untuk hasilkan dot tersebut..
3. Burgermbira Cupcake

Ini cupcake yang dibelah dua, dan diletakkan inti ditengah-tengah supaya nampak macam burger. Haa letak je lah apa2 yang patut dan sesuai ya..letak serunding pun boleh kot? Sedapnya !
Dan suka hati aku lah nak letak nama dia camtu, korang nanti dah buat, boleh letak nama pilihan sendiri ya untuk burger cupcake ni, contoh pilihan nama; burgerak Khas ke...burgertahh ala Che' Ta ke...burger Thumbelina ke sebab saiz dia kecik kan..hehehe

4. I love milk !


nyum~nyum sedapnya! Dengan cara ini, anda tak perlu lagi paksa anak-anak anda untuk minum susu. Gerenti diorang nak sesangat meminuminya. Hahaha, cuma kalau anak anda bijak, memang dia akan jilat tepi gelas tu je la tanpa meneguk langsung air susu tu. Hehehe :p

Lagi best kalau gelas tu boleh dimakan sekali...

5. Aiskrim Sihat Sejahtera Sesuci Lebaran

Okay, potong-potong buah, slices kan nipis-nipis (bajet betul bahasa aku ni)...masuk dalam tempat buat aiskrim batang ni, masukkan air susu...then sejuk beku kan lah ia...pastu dah beku, makan lah..jangan malu-malu...hehehe

Okay, best kan? Jom kita buat. Terima kasih sudi singgah sini...(n_n)

P/s : aku banyak gila kerja hari ni, tapi macam takde kerja, siap boleh update blog lagi...lepas ni nak main online game Just Words lagi...wah heavennya daku! Nyum..nyum...(n_n)


5 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

tu dia.. semua sunguh sedappp je tgk..

eima said...

tu dia .... sedapnye ... pelik but menyelerakan ...

dik klu nk tau aku buka ko nye blog dr pg td ...ni baru aku komen ... sampai fahim pun aku lupa nk pi amik die ... huhu

Vita Jasmine said...

Macam sedap! Boleh try, thax sharing.., jemput dtg blog sy jugak. Bukan jemput2. ;)

Diana Rashid said...

Rasa teringin pul;ak nak buat kuih ketayap..tapi nhak buat diot2 tu macam banyak keja pulak..hehhe..

Aisya A. said...

yg 1st tu style! nak buat lah. haha