Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Monday, 3 November 2014

Mampu ke budak zaman sekarang 'kental' macam kita??


Salam~
Tak hairanlah kalau budak-budak sekarang ni tak kental cam kita-kita ni dulu.

Yelah, maknya baru nak pukul sikit, jiran sebelah dah skodeng siap rakam lagi lepas tu upload masuk FB, mak nya jugak yang salah dihina sialan! Tak reti jaga anak!! Bodohh punya mak!!

Ayahnya baru nak bantai sikit anaknya, dah orang kampung skodeng lagi sambil merakam lepas tu canang dekat youtube letak caption macam babi lepas tu, ayahnya jugak yang dimaki sepuas hati oleh 'masyarakat prihatin' sekeliling. Eh sial lah bapak dia ni! Babi! Pandai buat anak tapi tak reti jaga!!

Sudahnya, kau tengok anak-anak zaman sekarang punya sial macam mana akibat 'jarang dimarah' ?





Mereka ini punya teknologi untuk memback up mereka.

Kuasa menghukum anak seolah-olah terikat dengan adanya masyarakat sekeliling yang begitu prihatin kononnya, sentiasa bersedia merekod apa saja di depan mata.

Zaman dulu takde teknologi macam sekarang ni. Jadi, kalau mak ayah pukul atau bantai anak-anak diorang pun, takde orang tahu. Sakit tu sekejap je, pengajaran dia yang kekal. Aku rasa mak ayah bantai kita sebab dia sayang kat kita! Dia nak kita tahu yang kita dah buat salah, sebab tu kita kena pukul. Dia nak kita tahu yang kita dah buat salah, sebab tu dia hukum kita.

Tapi, sekarang ni. Entahlah, kadang-kadang kita ni macam jadi masyarakat annoying pulak. Orang tu pukul anak sebab nak mengajar anak dia, tapi kita yang nampak dari jauh ni nampak ada orang belasah anak dia terus keluarkan tepon rakam aksi tersebut. Tak kisah lah kau upload dengan caption apa pun, tapi ia akan mengundang kesalahfahaman orang lain terhadap perbuatan tersebut. Mana tahu kalau budak tu kena belasah dengan mak ayah dia sebab dia kantoi hisap dadah or rogol anak orang, kau sebagai mak bapak pasti akan berang, kan? Mesti terbelasah jugak kan di saat first time kau tahu pasal tu?

Kita tak tahu hal sebenar, jadi hal yang dulunya normal tu sekarang dah jadi macam kesalahan besar bila semua orang pun salah faham.

Aku pernah je kena bantai dengan mak aku guna hanger, sampai patah-patah hanger tu, masa aku 3 tahun, aku pernah kena baling dengan kerusi besi dan meja besi yang atas dia ada tulis ABC dgn 123 tu, sebab aku tak hafal ABC, haa brutal kan mak aku! Haha~ meraung aku! Tapi sekarang ada aku benci mak aku? Takdee~ Steady babe! Kuat! Hati aku kuat! Sebab mak aku hukum aku masa aku buat salah je, lepas tu dia sayang aku macam biasa. Dah tu je kan. Sekarang, cuba bayangkan masa mak aku belasah aku tu, ada orang rakam dan sebarkan video tu. Confirm kes jadi panjang dan tak memasal mak aku didakwa pulak. T_T Pehal?

***********************************

Kita ni manusia. Aku percaya kita punya instinct untuk mengesan sesuatu yang baik mahupun buruk. Kalau kata dengan merakam dapat menyelamatkan budak yang kena belasah tu, aku rasa ada tindakan yang lebih cepat daripada merakam macam tu...

Dulu, masa aku kena belasah dengan mak aku yang brutal tu, abah aku terus sabarkan mak aku, tenangkan mak aku supaya berhenti dan bawa mengucap, dan lepas tu abah aku pujuk aku supaya jangan nangis lagi.

Dulu, masa kat kampung, aku kena marah or kena 'naik tangan' dengan mak or ayah aku, jiran-jiran sebelah tegur daripada jauh untuk tenangkan diorang supaya tak marah aku lagi. Takde pun diorang nak rakam-rakam aku. Setel dah lepas tu.

Aku pasti pengalaman korang yang lagi dewasa daripada aku mesti lagi brutal kan kena belasah dengan mak ayah dulu-dulu? Hahaha..nice experiences bro~ ;)

Itu lebih menyelamatkan kot? :)

P/s : so win-win situation, mak ayah dapat mengajar anak-anaknya tentang kesalahan yang dibuat, dan anak yang dibelasah pun taklah teruk sangat dan terus-terusan dibantai sebab ada orang sekeliling yang sanggup simpan phone dalam poket dan tenangkan ibu bapa time tu jugak :)



7 comments:

Lyeen De Syifa said...

betul..sokong sgt...dlu kecik2 mak tampar sampai lebam pun x kisah sbb mmg salah kita....skrg ni baru cubit sikit..satu malaysia heboh dan mulalah keyboard warrior kat luar tu mencaci dan menghina..T_T

akibatnya tgoklah anak muda zaman skrg...menyedihkan T_T

reenapple said...

jadi ibu bapa zaman skang banyak cabaran...

Diana Rashid said...

kan??pelik sangat..zaman sekarang anak buat jahat,kita marah,anak tu pulak dikatakan seorang 'mangsa" apa la..macam mana la budak2 tak lembik serupa pondan..

Alongxp said...

Orang2 macam ni dh lama ada... bezanya dulu teknologi tak cukup maju untuk dijadikan sumber fitnah... lagi maju teknologi, lagi lemah tahap pemikiran manusia...

nuyui a.k.a miss YUI said...

sokong sgt.. bdak skg len dah dgn zaman dlu.

eima said...

tu yg aku risau nk blasah anak2 aku tu .. klu guna teknik zaman la ni ... guna kelembutan aku tgk lagi pijak pala ... wlupun pakar sarankan cam tu tp aku rasa tak seswai je .... lg lembut lagi sakan die pijak pala ... lg sakan buat salah .... hmmmmmm

aswadz said...

masyarakat kita terlalu cepat nak judge org. lebih2 lagi bila tgk video kat fb atau youtube. maen sedap je komen tanpa tau kisah sebenar.