Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Monday, 10 November 2014

DIY Bilik Tidur Wangi Seperti Kedai Lovely Lace


Salam \(n_n)/
Aku sukaaaaaaaa kedai Lovely Lace sebab bau dia sangat harum. Setiap kali pergi mall dan nampak ada Lovely Lace, mesti aku nak lalu kat depan dia sebab nak sedut bau wangi dia tu. Hahah :p


Dah lama sebenarnya aku berangan nak buat bilik aku bau cam kedai Lovely Lace ni, tapi aku fikir perfume dia tu mesti mahal, lepas tu mesti kena letak banyak-banyak, so aku assume diri aku tak mampu lah nak beli~ sehingga lahhh...kawan aku memperkenalkan ini :

Rose Buds by Hinode Shop!!

Okay, so dengan ini, mari kita men-DIY bilik tidur kita agar menjadi wangi seperti kedai Lovely Lace \(n_n)/ !!

1. Beli wangiannya. Ada dua suggestion :

i. Beli wangian 'tipu' Rose Buds macam aku tu dekat kedai Hinode Shop (Rm5 sebotol kecik cam dalam gambar atas tu)

ii. Kalau nak original punya, beli wangian Teddy's Dream di kedai Lovely Lace, selalunya terletak dekat kaunter bayaran (Rm18 untuk sebotol kecik 15ml)

2. Pilih cara untuk sebarkan baunya. Ada 3 suggestion :

i. Guna lidi macam ni

ii. Guna 'air purifier'
Nak guna cara ni, mula-mula korang kena beli lah dulu menatang bulat ni kan. Jenama Ogawa dalam Rm165 camtu, tapi ada je brand lain macam Cosway, yang harga dia jauh lebih murah bawah Rm100. Try google ya~ 'Air Purifier' ni macam boleh sedut habuk, 'membersihkan' udara persekitaran di samping menyebarkan bau aromaterapi. So, caranya: Titiskan beberapa titis wangian yang dah dibeli tu ke dalam balang 'air purifier' tu :)

iii. Guna Spray Bottle
Campur wangian dengan air, then spray je ala-ala Febreze. Hmm, a'ah ek...Febreze tak nak bergabung dengan Teddy's Dream ke ek? Mesti laku! Haha~


iv. Guna akal

Hahaha okay ini cara aku, cara malas sebenarnya. Malas nak guna segala bagai cara-cara di atas. So, apa yang aku buat? Aku bukak penutup botol wangian tu, aku tekapkan kat mana-mana yang aku nak macam aku tekapkan minyak ke kapas masa nak tuang tu. Aku tekap kat langsir bilik aku, tekap kat cadar tilam, selimut, bantal dan teddy bear aku. Tekap sikit dan sekejap je, jangan banyak-banyak, nanti kepala pening. Haa...hasilnya, bilik aku sekarang dah harum macam kedai Lovely Lace!!

Yahooo! \(n_n)/


Rasa macam tidur dalam taman bunga~nyaman sangat~ patutlah semenjak dua menjak ni aku rasa malas betul nak bangun pagi pergi kerja. Sayang nak tinggalkan bilik! Hahaha :p

Okay tu je, semoga bermanfaat. Terima kasih sudi singgah ;)

P/s : bestnya kalau kedai Lovely Lace tu jadi bilik aku, haha

6 comments:

eima said...

wahhhhh ....
klu bilik bersepah tak terurus .. pakain kotor berlonggok tp bilik bau kedai lovely lace cam ne gamaknye ...kikikikki

lia said...

owhhhh suka ker bau lovely lace tu... sy x bole bau pulak, mesti sakit kepala he3

Diana Rashid said...

heheh...kat rumah akak pakai pewangi beli kedai tu je.yang guna botol tu.
habis tukar botol lain..set kan 30 minit sekali dia sembur...semua bilik pakai yang tu je..sebulan sekali tukar..jenama Air wick je

Aisya A. said...

main tekap2 pun style jugak eh.. boleh try ni. haha.. geng2 malas je semua ni.

Myra Anne said...

cari2 bau lovely lace terjumpa blog ni pulak. hehehe.. kte pon suka bau tuuu..

ieytaFiq said...

Menarik...tq tuan rumah hehe