Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Monday, 24 November 2014

Projek DIY Doodle Fridge Magnet


Salam \(n_n)/


Alhamdulillah, akhirnya berjaya siapkan fridge magnet yang gebu-gebu ni. Terima kasih kepada adik aku yang gigih menjahit magnet gebu ni guna mesin jahit. Nak harapkan aku, memang ke laut lah, senget-benget jahitannya :p Magnet comel ni sesuai dijadikan hadiah kenang-kenangan untuk si dia, keluarga dan rakan-rakan anda untuk apa jua majlis. Dan aku akan kongsikan tutorialnya di sini. Yeay! :D

Tutorial Doodle Fridge Magnet

Bahan-bahan:

- Unbleached Cotton (by Fabric Fanatics)

- Sharpie Pen (cari di kedai buku)

- Kapas sintetik (cari di Daiso, Aeon)

- Black Disk Magnet (by SUS n'd Felt)

Cara-cara:

Mula-mula kena buat sarung magnet gebu...

1. Potong fabric unbleached cotton tu mengikut size magnet yang dikehendaki, lebihkan sikit keliling dia untuk jahit guna mesin.

2. Jahit guna mesin daripada belah dalam dan tinggalkan satu bahagian saja yang tidak berjahit sebagai 'pintu' untuk masukkan kapas.
*saya guna mesin jahit INI

3. Terbalikkan sarung magnet yang siap dijahit..dan mula melukis doodle. Pastikan anda sisipkan kertas keras dalam sarung magnet tu supaya dakwat pen tak tembus sampai ke permukaan belakang.

Sarung magnet yang dah siap dijahit akan berbentuk petak macam ni bila dah 'diterbalikkan'. Lukis ikut kreativiti anda.
4. Masukkan kapas, dan jahit tutup bahagian 'pintu' itu dengan jahitan tangan insang pari.

5. Sarung Magnet anda akan kembung macam ni lepas siap diisi kapas:


6. Lekatkan Black Disk Magnet di bahagian belakang magnet gebu tersebut guna gam uhu.

dan pling!!! Jadilah ia...

Doodle Fridge Magnet



Siap untuk dipos ke pemiliknya! Nasib baik ada kotak Ephyra, muat-muat elok je magnet-magnet gebu ni duk kat dalam tu..haha

Okay, tu saje. Selamat mencuba (n_n)


7 comments:

eima said...

kreatif !!

Nurizzah Majif said...

comel sgt. hihi

Mime MF said...

kreatif sgt awak..comel!

Diana Rashid said...

cantiknya,..buat hadiah GA ni pun bagus jugak nih..Buat la GA..hadiah ini..akak nak join..heheheh

CikLily Putih said...

comel sungguh la....

Rapunzel Cikilolo said...

cute...

teringin nak buat sendiri.

hehe.

nuyui a.k.a miss YUI said...

ok t rajin yui try buat..eehehehe