Happy Three Friends

Miss Money

Friday 2 January 2015

Ibu Menangis Kutip Cebisan Daging


Salam. :'(

Kajang: Suasana hiba menyelubungi lokasi nahas jalan raya apabila seorang ibu dilihat tunduk menangis sambil mengutip cebisan daging dan otak anak lelakinya yang maut.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi semalam, wanita malang itu mengambil masa lebih 10 minit untuk mengumpulkan cebisan mayat anaknya yang hancur digilis lori tanah di Batu 12 1/2, Jalan Hulu Langat di sini.
Kemalangan berhampiran Taman Sri Nanding itu meragut nyawa anaknya, Muhammad Khairul Ashraf Kamarulzaman, 15, dan seorang lagi remaja, Muhammad Fais Mohamad Daud, 16.
Kedua-dua mangsa itu dikatakan dalam perjalanan menunggang motosikal untuk mengecat masjid di Sungai Besi.
Mangsa mengambil upah mengecat masjid itu bagi mencari duit poket sempena musim cuti persekolahan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/20599#sthash.Md5da0YY.dpuf

-------------------------------------------------------------------------

Emosi aku terganggu betul bila terbaca ini. Terfikir betapa tabahnya hati si ibu ketika mengutip cebisan daging anaknya, satu-persatu. Subhanallah... Allahuakbar... :'(

Tambah menyedihkan, anaknya dan kawan anaknya itu dalam perjalanan untuk mengambil upah mengecat masjid demi mencari duit poket sempena musim cuti sekolah :'( Kesiannya.... :'(

Ya Allah, semoga kau beri ketenangan dan ketabahan untuk ahli keluarga dan kenalan arwah. Lindungilah kami semua ya Allah dari semua musibah dan kejadian buruk. Aminn..

p/s : kadang aku terfikir, siapa nak bantu keluarga aku kalau ditakdirkan aku yang pergi dulu....memang Tuhan ada untuk bantu, tapi sebagai anak, bila fikirkan itu, mesti sedih ;'(

3 comments:

Unknown said...

ya Allah..sedihnya...
Dah sampai masa dia..

ezyra taharin said...

berair pulak mata ni ha baca pasal eksiden ni...ya allah...macam mana la si ibu tu menahan perasaan masa tu kan..tak boleh bayangkan...

Suria Amanda said...

Semoga ibu itu tabah hendaknya...kalau akak pun memang akak x sanggup...