Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Wednesday, 31 December 2014

Kuning yang Menghangatkan...

Salam.
Sejak akhir-akhir ni, aku macam tersedar yang aku mula sukakan warna kuning dan warna kuning jingga. Aku seperti 'mula melihat' baju-baju dan aksesori yang berwarna kuning. Padahal dulu, aku tak suka langsung benda yang berwarna kuning.

Pada aku, warna kuning sangat terang...dan menyakitkan mata...


Warna kuning juga turut dikaitkan dengan personaliti seseorang. Sesiapa yang gemarkan warna kuning dikatakan lebih ceria dan gembira. 


Heh, padanlah dulu aku tak suka warna kuning. Aku bukan orang yang macam tu.


Tapi sekarang, tak lagi. Hidup aku hari-hari dah rasa ceria dan happening. Dan mungkin sebab tu lah, aku dah boleh 'melihat' pada benda-benda dan baju-baju yang berwarna kuning. Siap rasa teringin nak pakai baju warna kuning pulak. Hehe :p


Bila lihat gambar atas ni, aku rasa ia macam aku. Macam aku yang dulunya suram, hingga suatu hari si dia datang, untuk menjadi seperti matahari. Datang untuk menceriakan hari-hari aku. Membakar semangat! Hangat tetapi nyaman... :)


"Jom, kita duduk kat bangku tu, dan tengok matahari terbenam"

:)

p/s: adoi, aku nak buat entry pasal sunset scenery yang cantik, sekali jadi entry jiwang lah pulak~ Hahah ;D

4 comments:

reenapple said...

Aku dan kuning tak kamceng. Plus kuning bukan feveret kaler aku. Urmmm

SAMIQA ♥ said...

Hehe, ye kuning happening !
Tapi Merah tetap dihati..

#tak salah sekali sekala jiwang :P

eima said...

Haha ni semua tanda org dok bercinta dan bakal tamatkan zaman bujang....mmg itu la simpton die ...haha

Amanda Suria said...

sesekali jiwang xpe Lynn..asyik brutal je kan..hahahaha....apapun dulu akak sangat2 suka kaler kuning...sekarang je macam x suka dah...