Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Sunday, 29 March 2015

E-Day's Throwback : Buat Jelly Bersama Abah


Salam :D


Masa majlis tunang hari tu, kami takde sediakan langsung buah-buahan sebagai pencuci mulut sebab rasa macam comot pulak kalau makan. So, kami buat jelly sebagai ganti. Jelly pelbagai perisa tau! Senang je nak buat, jom tengok (n_n)

Ini adalah bahan-bahan yang korang kena ada :

1. Bekas plastik


2. Serbuk Jeli Kelapa, Gula Kasar, Kordial Buah-buahan (yang dah siap dengan gula dalam dia)


Cara-caranya :
*sukatan air boleh refer kat bungkusan serbuk jeli tu, aku terlupa :p


dan lepas tu, bolehlah simpan sejukkan dalam fridge \(n_n)/


Owh ya, kalau jelly korang terlebih kental / terlebih lembik maksudnya korang terlebih air atau terlebih serbuk jeli lah tu. Pandai-pandailah agak ya. Hahaha. Hari tu, aku buat perisa oren, strawberry dan laici. Sekali buat dapat 50 bekas, so total hari tu dapat dalam 150 bekas sebab 3x buat.



Alhamdulillah, semua habis. Siap ada yang nak bawak balik~ hahaha :p Terima kasih sudi rasa jelly kite (n_n) Okay tu je, bye. Selamat mencuba.

P/s: memory card kamera besar aku macam 'merosakkan diri' je, padahal baru beli kot!! Haiih habislah semua pic persiapan tunang ada dalam tu :'( 


6 comments:

Aku Penghibur said...

wahh pandainya buat sendiri..senang ..jimat

Jom Vote blog acik bagi msmw

POJIEGRAPHY BLOG said...

Buat sendiri lagi jimat and boleh dapat untung sebab biasanya orang jual dalam 0.70-1.00.

Aisya A. said...

sy pulak suka buat time raya. segala macam jelly, puding dan adik beradik. asal raya je, start lah buat puding. padahal bukan utk hidang pun. buat makan sendiri je. hahahaha!

p/s : majlis kita bulan 9 nanti. belah laki bulan 11. kurg dr 6 bulan lg tu yg pening itu ini. belah laki buat kat kl, mmg nak cari dewan skrg semua dah penuh la. nangis! haha!

nuyui a.k.a miss YUI said...

Wah sdp2

eima said...

rajin ....//


yg note bwh tu ..alahai sedihnye hai sempat save tak ??

Amanda Suria said...

Jimat...banyak boleh dpt tu