Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Monday, 9 March 2015

Bekerja Sendiri Pun Boleh Buat Caruman KWSP


Salam.
Hahaha aku baru tahu benda ni. Korang dah tahu? Takpe, duk diam-diam. Aku nak citer pada mereka yang masih belum alert tentang ini. Hehe :)



Caruman KWSP Untuk Mereka Yang Bekerja Sendiri

Caruman KWSP ni banyak faedahnya. Kalau sebelum ni, hanya pekerja yang bekerja di syarikat-syarikat kerajaan mahupun swasta saja yang dikenakan caruman ini, tetapi sekarang, mereka yang bekerja sendiri seperti usahawan, bekerja dari rumah dan sebagainya juga boleh membuat caruman KWSP ini.

Mereka yang bekerja sendiri diberi pilihan sama ada nak buat caruman, atau tidak. Bagi mereka yang mahu, perlulah mendaftar sebagai ahli KWSP, dan perlu memasukkan sekurang-kurangnya Rm50 secara bulanan sebelum atau pada 15hb setiap bulan, ke dalam akaun mereka. Walaubagaimanapun, mereka diberi kelonggaran dan tidak akan dikenakan tindakan sekiranya tidak membayar caruman bulanan. (mungkin terskip-skip ke)

Dan walaupun skim KWSP bagi mereka ini diberi kelonggaran dari segi bayaran caruman bulanan, mereka masih lagi berpeluang menikmati dividen tahunan yang dikreditkan ke dalam akaun mereka.

*Caruman mestilah dibayar oleh ahli sendiri (secara tunai, wang pos, cek / online banking)  berserta dengan Borang KWSP 6 (Borang A) yang boleh diperolehi di kaunter / laman web KWSP (klik).

Maklumat lanjut boleh lah pergi web tu juga ya. Hehe. Okay tu je, semoga bermanfaat (n_n)

P/s: selamat menabung untuk hari tua :)


1 comment:

Diana Rashid said...

blogger pun boleh la jugak..kan???:)