Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Monday, 16 March 2015

Teguran Untuk Tok Kadi...Hehehe



Ya! Para tok kadi-tok kadi sekalian, kita ni manusia...kadang-kadang bila dah pegang title 'sesuatu' contoh macam 'tok kadi' ke kan...memang macam rasa diri ni dah betul dah, tapi rupa-rupanya salah juga. So, harap-harap para tok kadi ni membaca blog lah ya. Hehe, bukan apa...kesian lah kat bakal-bakal pengantin. Aku pun selama ni mati-mati ingat lafaz akad nikah tu mesti dilafazkan dalam satu nafas dengan lancar dan skemanya.

Lagi satu, masa salam tu tak payah lah duk goncang tangan pengantin lelaki tu kuat sangat sampai terus tergagap dia nak terima nikah tu haa~ Tak baik tau kalau tok kadi goncang dengan niat nak terkejutkan pengantin lelaki dengan harapan dapat 'tengok something yang funny' seterusnya tersenyum sinis seolah-olah memalukan pengantin lelaki yang nervous gila di khayalak ramai tu. Hehe

P/s: jangan marah ye tok kadi ;p untuk kesejahteraan bersama..heheh


No comments: