Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Friday, 6 March 2015

'Salah Letak' Yang Paling Menyampahkan


Salam.
Pakai tudung ni satu je masalah besar dia...


Senang betul brooch lesap! Beli banyak-banyak pun, confirm cepat je dia hilang ghaib entah ke mana. Even dah sediakan tempat khas untuk brooch pun, brooch tersebut akan berjalan secara solo mahupun secara beramai-beramai bagi menghaibkan diri mereka. Berlagak betul! Kalau nak pindah cakap, aku boleh hantarkan naik bas lahh!


Baru-baru ni aku ada beli brooch baru, konon nak buat stok sebab brooch lama dah meninggal. Ada yang patah kaki, mata tertanggal dan majoriti yang lain telah selamat diculik alien. Kesiann~ Aku beli yang 6 bijik Rm10. Best woO beli banyak-banyak, masa pilih tu rambang mata sangat, padahal pilih brooch je punnn~ Hahah

Tetapi.....keesokan harinya....

Kesemua brooch baru tersebut ghaib lagi. Hilang entah ke mana, menjadi dedebu lalu diterbangkan angin sepoi-sepoi bahasa agaknya...Seplastik pulak tu hilangnya. Aku makan masa tidur ke apa entah. Hadoi~



P/s: Memory card camera gabak aku tu pun tengah dalam misi menghaibkan diri jugak sekarang ni. Nenek sihir betul lah!!

3 comments:

Diana Rashid said...

Itu namanya dah tiba masa kamu kemas kan bilik..hahahaha

reenapple said...

Aku setuju tang beli brooch bannyak3 pastu hilang haha

hana hadi said...

Uik hilang suma trus.huhu kena pasang cctv nih.mmg kalau blik broach xpernah xilang huhu