Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Wednesday, 4 March 2015

Pasangan Artis Yang Paling Aku Suka



Sejak diorang belum kahwin, aku memang suka dengan gaya Zahiril Adzim ni. Pada aku, beliau seorang seniman dan pengkarya yang mana kata-kata dia sangat 'deep'. Aku memang follow blog dia. Gaya penulisan dia pendek je, tapi 'deep', buat aku berfikir panjang.


Shera seorang artis yang kurang kontroversi dan gosip, dan Zahiril Adzim pula tahu menjaga batas dan pergaulan dia. Lepas diorang berumah tangga pun sama. Diam-diam saja mereka ni. VERY low profile dan kurang gosip. Sebab tu aku suka diorang. Lebih-lebih lagi lepas Shera Ayob dah berhijab sekarang ni. Buat aku lebih hormat pada mereka. 


Apa yang aku nampak, Shera Ayob pandai jaga nama baik suaminya. Even tak pernah jumpa apatah lagi mengenali, aku rasa beliau tahu jaga maruah diri dan suaminya bersama. Lepas dia berhijab, dia betul-betul berhijab. Tengok gambar-gambar diorang bersama buat aku rasa tersentuh hati.


Dan buat aku rasa nak jadi macam dia.

P/s: InsyaAllah :)


4 comments:

eima said...

alhamdulillah nk komen sgt pun tak brape kenal dan minat .... lagi pun aku kan jrg tgk drama melayu ... tak kenal sgt retiss ni

Diana Rashid said...

suami yang bagus dia nih..pandai didik isteri..

reenapple said...

Aku pun suka diorang selain Irma Hasmie and Lisa dan Yusry. Heheh :P

Razfira said...

comeyynya wife dia