Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 25 August 2015

10 Material Utama Untuk Buat Busy Book (with online supplier's list)

Salam.
Bagi yang baca entri ini (klik), confirm dah tahu apa itu Busy Book kan? So, entri kali ni, aku nak expose bahan-bahan dan material yang kita perlu ada untuk membuat Busy Book ini, siap dengan weblink kat mana nak beli secara online. So, let's go! (n_n)

1. Kain Felt Pelbagai Warna & Corak
 
Kegunaan: Sebagai helaian buku
Size: A4 paling ideal, boleh guna A4 atau lipat dua terus jadi buku yang bersaiz A5 (separuh A4)
Jenis: Felt Polyster (felt keras) sesuai buat helaian buku, manakala Felt Acrylic (felt lembut) sesuai dijadikan 'hiasan'
Beli Felt Polyster (Keras) di SINI
Beli Felt Acrylic (Lembut) di SINI
Beli Juga Felt Pelbagai Corak di SINI
*size felt keras lebih besar daripada A4, so boleh adjust kemudian.

2. Fabrik Pelbagai Corak

Kegunaan: Hiasan
Size: Sikit-sikit je pun boleh
Jenis: Tak kisah, asal boleh dijahit
Beli pelbagai jenis fabrik dan corak di SINI
Beli fabrik cotton dengan pelbagai corak cantik di SINI

3. Velcro (Pelekat)

Kegunaan: Melekatkan hiasan pada helaian buku dan boleh dicabut-cabut
Beli pelekat Velcro di SINI

4. Buttons Boleh Jahit
 
Kegunaan: Hiasan untuk pembelajaran (buttoning / counting)
Beli pelbagai corak dan warna dengan pelbagai size di SINI

5. Zip

Kegunaan: Hiasan untuk pembelajaran (zipping activity)
Size: 8 inchi ke bawah tu cantik lah
Beli zip warna-warni di SINI

6. Ribbon & Slider

Kegunaan: Hiasan untuk pembelajaran (tie and slide activity)
Beli pelbagai jenis ribbon dengan corak menarik dan slider di SINI

7. Buckle
  
Kegunaan: Hiasan untuk pembelajaran
Pelbagai jenis: Kiri jenis yang selalu ada pada beg, kanan jenis yang selalu guna pada jam tangan. Mana-mana pun boleh
Beli buckle wrist clock di SINI

8. Batang Aiskrim Warna-warni
Kegunaan: Hiasan untuk pembelajaran (counting and colour)
Beli batang aiskrim kraf di SINI

9. Kapas Sintetik (Fiber)
Kegunaan: Untuk jadikan hiasan lebih 'hidup' dan efek 3D (gelembung)
Beli kapas sintetik di di SINI

10. Loceng Comel
Kegunaan: Merangsang deria pendengaran anak anda. Tak semestinya buku tak boleh berbunyi kan? Hehehe, jadi gunalah loceng kecik comel ni haa sebagai aktiviti tambahan
Size: Better guna yang kecik comel je..
Beli loceng comel di SINI

*********************************************
So, itulah dia TOP 10 Material dan Bahan yang paling utama untuk buat Busy Book. Kena ada lah maksudnya. Kalau lari bajet, beli sikit-sikit dulu or boleh guna barang-barang terpakai yang bersesuaian dan selamat untuk kanak-kanak. So untuk part 1 ni, aku review supplier online dulu ye, sebab yang offline kat kedai-kedai punya aku belum sempat survey.

And of course beli kat kedai lebih murah, tapi buat ibu-ibu yang dah tak sabar nak start buat Busy Book ni + takde masa nak survey2 kat kedai, bolehlah purchase kat link-link yang aku bagi tu ea...Jangan risau sebab aku dah banyak kali beli barang kat 2 online store tu, memang boleh dipercayai dan senang nak berurusan. :D

P/s: stay tune entri seterusnya, maybe about idea for Busy Book's activity, In Shaa Allah (n_n)

9 comments:

Cici said...

wah good entry. kalau ibu ibu yang rajin boleh la. T_T tapi jangan kata anak, mak nya pun eksaited kalau nampak buku colourful cenggitu

Raz said...

WOW..mesti cantik ni klu dah siap

Unknown said...

Mcm best la pulak busy book ni. Hehe

Anonymous said...

Thanks 4 sharing..da dpt separuh brg2 nk buat busy book tp beli kat mr DIY je.hihi

Ana Jingga said...

kreatifnya LYnn: kak ana following LYNN #549 :)

Unknown said...

wah..macam banyak kerja nya nih..

sheila mutalib said...

Tetiba terasa nak buat busy book utk 2 anak dara ni..

onenoxee said...

Tumpang tanya,mana nk cari gunting yg bole gunting lekok2 tu pastu bole potong huruf2 dgn cantik,kekdg nampak dorg potong bentuk basikal ade siap bentuk mcmana ye? Tq ats respon

Mamacha said...

tq atas perkongsian..sangat bermanfaat...mudahlah nk buat busy book untuk my princess nanti..t sis