Happy Three Friends

Miss Money

Sunday, 23 August 2015

Seoul Garden Dah Naik Harga Rupanya !!

Salam.


Selepas kegagalan aku makan di kafe kucing; Cats Cafe, JB semalam, aku pun terus ajak family aku makan dekat Seoul Garden dalam KSL City, JB. Ni semua gara-gara aku tertengok Running Man episod yg diorang bercamping dan ada aktiviti tahan air liur masa bakar daging...dengan aku-aku sekali kecur.

So, sampai, aku terus je menonong pergi kaunter dia. Tiba-tiba tergerak hati nak tengok harga satu kepala berapa yang memang ada terpampang besar kat luar kedai tu. Last aku pergi tahun 2012 dalam entry INI, masa tu satu kepala masih Rm25. Tapi sekarang kau tahu berapa??

WeekdayWeekendStudent Meal

Include refillable beverages
Lunch
11.30am- 4.59pm
(Mon - Fri)
 
adultRM 37nett
adult memberRM 33.30nett
childRM 19nett
child memberRM 17nett

(*Child height 0.9 to 1.3m)
LUNCH
11.30am- 3.59pm
(Sat, Sun & PH)
 
adultRM 42nett
adult memberRM 37.80nett
childRM 19nett
child memberRM 17nett
(Child height 0.9 to 1.3m)
LUNCH
11.30am- 4.59pm
(Mon- Fri; excluding PH)
 
RM 32nett





Please present student pass before ordering

Semalam kena weekend pulak, so sorang Rm42! Mahal gilaa! Kalau makan sorang-sorang bayar okaylah, ini aku nak kena support lagi 3 org dewasa...aku kira-kira, masa dulu aku makan total dekat Rm150 (dah termasuk servis caj, lain2 caj & sup pilihan kami)....laaa ni kalau aku masuk juga totalnya mesti nak cecah Rm200++....phewww~~~

*********************************

Penyudahnya, terus cancel. Cats Cafe tak dapat, Seoul Garden pun tak dapat. Terkilan jugaklah, tapi nasib aku dah penah bawak family aku makan kat sini dulu. Merasa jugalah~ huhu. So, masa tu semua memang belum lunch sebab daripada tengahari gigih cari port nak merasa makan mahal kan konon-konon. Dah kena mahal sangat tersedaklah pulak. Hahaha~


Akhirnya, kami makan di Killiney Kopitiam. Total semua Rm66++ je. Makan ape? Haa nanti aku citer!

P/s: sekali-sekala je makan mahal...belanje family~ kalau tak tulis statement ni kang ade orang pelik pulak tengok aku ni macam tak terjejas dek GST pun~ terjejas...siapa kata aku tak terjejas..?

6 comments:

anys nadhilah said...

alaaa tak best laa

Ana Jingga said...

ramai penggemar makanan korea sekarang ni kan Lynn :)

miss eimanhikmah said...

Tp kdg2 tak fikir, redah je sb perut lapar

Razf said...

ok nanti cite makan ape ek

Unknown said...

harga macam makan kat hotel pulak

Unknown said...

Ok mahalnye. Rasa tak berbaloi plak. Huhu