Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Tuesday, 6 March 2012

Bandar atau Kampung ?


Assalamualaikum and hi readers. Sedar tak sedar, rupa-rupanya
aku sudah berada di kolej, bukan lagi di rumah yang tersayang.
So, sejak semalam, aku sudah pun bergelar student akhir a.k.a
super senior yang sangat baik dan pasti tak akan membuli junior.



Semalam, aku takde class~~~ ahaa sangat heaven, terus bercadang
untuk keluar ke kL. Release tension katanya. Haha tension mende
start class pon belum kannn :p



Sangat gembira, yelahh bila aku cakap nak pergi KL tu bermaksud
nak pergi shopping lahh ye tak? Tapi tolong jangan salah faham,
aku bukan jenis yang suka menghabiskan duit PT or duit mak ayah
aku. 



Aku semalam nak pergi beli flash light dan sneakers baru je
sebab yang lama dah koyak, and currently semalam aku pergi kL
dengan selipar Flipper warna hitam yang tapak dia dah haus dan
ada paku tekan yang dah terbenam kat tapak dia okay. Sadis kan?



Memang excited, dah terbayang dah kegembiraan dan suasana
shopping yang cukup memberangsangkan di shopping mall.
KL tak sama dengan JB, kL banyak barang murah. 



Tapi, bila sampai je KL, aku rasa lemas, darah aku macam
mendidih je, rasa stress, emo, tension dan panas. Kenapa?
Yelah, kL....bandar besar kot, haruslahhhh ramai manusia di
sana-sini. Sana-sini crowded dan itu sangat tak best !



Yup, dulu masa aku tinggal di kampung or bandar-bandar biasa
je, aku memang teringin nak tinggal kat tengah-tengah bandar
besar. Aku suka dengar bunyi-bunyi yang meriah.



Ya, at that time, i thought bunyi hon-hon kereta dan bunyi bising
dari orang ramai itu meriah... (u_u)



tapi.........................




Bila otak aku mula memahami apa itu stress, aku rasa kL
sangat lahhhh tidak sesuai untuk aku. Ye, memang kL sangat
havoc, banyak hiburan, ibarat syurga untuk bershopping~~,
semua ada di kL ! Peluang untuk bekerja pon lebih banyak !



Tapi, secara personal, jangan harap lah aku nak duduk di kL.
Aku memang aakan tercarut tatkala aku sedang bengang.
Kalau aku drive di kL, confirm banyak ayat-ayat kasar yang
terkeluar, di samping tahap stress yang semakin meningkat.



Entahlah, sesetengah orang mungkin gembira duduk di kawasan
pesat membangun macam tu, tapi tidak bagi aku. Otak boleh
terencat hari-hari dok sedut asap tercemar (-_-')



Duduk di bandar besar memang meriah, sana-sini ada geng,
ada hiburan melambak tepi-tepi jalan, nampak macam gembira,
enjoy sepanjang masa tapi kalau tengok dalam-dalam,
kosong.......




Impian aku bila dah besar nanti, (erk sekarang ni aku kanak-kanak)
aku nak duduk area gunung, sejuk dan nyaman je...
aku nak bina satu rumah yang sederhana je besarnya, tak kisahlah
kecik pon xpe, janji halaman rumah tu luasssss (n_n)....



Aku nak buat taman bunga, ada kolam ikan sikit, lepas tu 
nak tanam sayur-sayuran, tanam pokok-pokok besar yang
rendang (amboi, berapa ekar halaman rumah aku ni?)
Kira, aku nak berbakti pada tanah, dan biar sekeliling
rumah aku akan rasa nyaman dan sejuk~~~



Bestnya !!! (>_<)
(Excited tiba-tiba)




2 comments:

Nong Andy said...

aku sangat suka idea ko-angan2 ko buat rumah tu :)

aku pong idam umah yg macam tu. tenang.. nyaman hehehe..(mesra alam pula aku ni hehehe)

Sarah Mohd Saleh said...

kl penuh dugaaan cobaaannn