Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Friday, 2 March 2012

No More Rockstar...no more Avril Lavigne ?


Assalamualaikum and hi readers. Tidak semua orang berminat
dengan orang yang berjiwa rock. Aku pernah terbaca komik
yang mengisahkan Hip-hop dan Rockstar tak mungkin boleh
bersama. Haha, pada aku mungkin betul, mungkin juga tidak.


Secara umum, rockstar bermaksud orang yang jiwanya keras
(batu = rock), layan lagu-lagu bergenre rock, dan dari segi
fashion juga berunsurkan rock. 


Untuk bergaya seperti seorang rockstar, dalam wardrobe anda
wajib ada :

 Leather Jacket (minat tapi tak nak beli sebab tak sesuai
di pakai di Malaysia yang panas ni)


Skinny Jeans (memang takde niat nak beli, tapi aku ada satu
sebab tersalah beli, haha)


High boot (Ini memang aku nak sangat pakai, tapi aku takde baju
yang sesuai untuk dipakai dengan boot ni, takkan nak pakai dengan
baju kurung lak kan?) (-_-')



Hoodie (errr...okay banyak, aku suka beli dekat ROMP store)


Leather Bangle (ni memang wajib aku pakai sebab aku tak
suka pakai jam tangan, tapi sekarang dah tak pakai sebab belum
beli, yang lama agak ganas, so....aku rasa tak feminin pulak kalau
pakai) <-- wekkk (-_-')


Dan banyak lagi lah aksesori untuk korang bergaya ala-ala
rockstar, yang paling penting, bila make up, eyeliner juga harus !
Btw, aku suka tengok lelaki yang pakai eyeliner..err (O_o')


Dari segi muzik pulak?

Emm, genre rock ni dah wujud lamaaaa dah..cuma aku ni jenis
yang layan rock dari Barat je, rock kapak aku tak boleh layan,
tak masuk~ Huhu (bajet America)


Dulu, aku minat gila band My Chemical Romance.

Perghhh lagu-lagu dia memang membakar semangat aku !
Semua lagu dia aku tau, pernah dengar lagu Mama? Or lagu
The Sharpers Lives? Bising gila tapi aku suka ! 


Tapi, sekarang ni aku terperasan something. Dah dekat 3 bulan lebih
rasanya aku langsung tak dengar lagu-lagu diorang ni. Haritu aku try
dengar, tapi cepat-cepat aku tutup. 


Aku rasa darah aku bergerak laju gila, otak dan telinga aku dah
macam tak boleh nak accept lagi lagu-lagu metal macam tu.
Apatah lagi lagu-lagu metal yang dia punya lirik entah pape macam
mencarut tu kan? Lagi lah tak leh~~


Sekarang ni, aku masih dengar dan enjoy dengan lagu-lagu
Avril Lavigne, aku masih lagi dress up dengan jacket aku, jeans,
all black, white and red...



Mungkinkah satu hari nanti, nasib Avril juga sama seperti nasib
My Chemical Romance...kehilangan seorang die-hard-fan mereka?
(cheh, ayat~)



Adakah pada masa itu, aku akan make up dengan memakai
eye shadow yang colourful, mengenakan lipstick merah jambu,
memakai baju-baju blouse or dress yang feminin, berselendang
dan berlilit-lilit segala, dan memakai high heels di samping
memakai handbag kulit yang berwarna cerah lagi mewah?



(-_-')




Okay, aku tak nak bayangkan. Zzzz~



2 comments:

Nong Andy said...

aku pon suka Avril dan pink..

aku rock ke? hehehe...

Lynn Damya said...

nong andy : ada unsur rock juga tu~~ hihi :D