Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Sunday, 25 March 2012

Masalah Cinta? Jangan tanya aku !


Assalamualaikum and hi readers. Straight to the point, aku
nak bagitau yang aku ni bukan je takde kelulusan untuk jadi
doktor, malahan untuk jadi doktor cinta sekalipun aku
tak mampu.


Pernah jumpa tak orang-orang yang sangat bangga bila dia
digelar doktor cinta? Bila member dia ada masalah cinta je,
orang itulah yang menjadi rujukan. Perghhh, aku jamin memang
orang itu akan bangga gila sebab dia kononnya banyak
pengalaman dalam bercinta~



HAHAH !


Aku bukan takde pengalaman, ada. Banyak je. Tapi entahlah,
aku tak suka nak bagi pendapat or cadangan bila ia berkaitan
dengan masalah cinta.


Pada aku, pandapat seseorang itu tentang cinta tak boleh di-apply
pada semua kisah cinta. Contoh :


Minah ada masalah dengan boyfriend dia. BF dia terlalu sibuk
dengan kerja sampaikan jarang jumpa dengan Minah. Walau
bagaimanapun, BF minah tak pernah lupa untuk mengucapkan
goodnite dan goodmorning kpd Minah, tiap2 hari.


Minah cerita kat kawan dia, Paris Hilton yang digelar doktor cinta
setelah berjaya menukar-nukar pasangan sebanyak 10 orang dalam
masa sebulan (banyak pengalaman nih)


Paris Hilton pernah menglamai benda yang sama, tapi
kes lain sikit sebab BF dia tu memang playboy,
cakap pergi kerja tapi sebenarnya dia pergi check in hotel
dengan betina lain. 


Then, tiba-tiba Paris Hilton jadi emo lalu segala pendapatnya
bertukar menjadi hasutan yang akhirnya menyebabkan Minah
meragui BFnya yang setia tu. Hanya sebab dia fikir, pendapat
dan cadangan Paris Hilton tu boleh di applykan kepada love storynya.


Faham??

Entahlah, tak tahu macam mana nak explain, sebab pada aku,
even aku kenal siapa pakwe or makwe kau, aku tak tahu perangai
dia bila dia bersama dengan kau.



Aku tak tahu tahap kesetiaan dia, 
aku tak tahu sejauh mana dalamnya cinta dia
pada kau sebab aku memang tak tahu (-_-')
aku tak tahu gaya dia bercinta macam mana..



let's say kalau gaya bercinta aku dengan awek kau, lain...



aku santai, dia hot stuff...takkan lah aku nak bagi cadangan suruh kau
try bawak dia pergi makan tepi jalan, confirm dia awek hot stuff
dia nak makan kat restoran mahal je ye tak??




So, entahlah...

kau bercinta,
kau ada masalah,
kau settle lah sendiri...
aku bukan kejam,
bukan aku tak nak tolong ke apa,
tapi u know lah,
bila doktor salah kasi ubat kat pesakit...
tak ke pesakit tu boleh mati?




erkkkk.....

(O_o')


moral : LANTAK LAU LAHH~~ HAHAHA !

peringatan : pengalaman yg aku maksudkan tidak diukur melalui
berapa ramai pasangan anda, tetapi betapa coolnya anda
dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah cinta
anda dengan bijaksana sini.

 

2 comments:

reenapple said...

ohohohohoho.. setuju3....tapi kawan3 aku selalu cari aku bila ada msalah cinta... aku justtolong mana yg mampu... even aku rasa patut dengar antara kedua-dua belah pihak/...~ngee~

..cik gugu.. said...

better lau ade mslh p tye dy trus .. tayah nak mntak org len tlg ..