Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Tuesday, 28 August 2012

Dilemma


Imsomnia
You make me can't sleep
Every night
Million things running in my head
Make me headache
Make me sad
Make me weak
Make me hopeless
I wish...
I wish I could believe in myself
I wish...



Saturday, 25 August 2012

Balik kolej...hoHOho balik kolej...


Wuwuwu..hari ni adik aku dah nak balik Machang T_T
Baru aku tau macam mana perasaan menghantar adik balik ke kolej.
Dah lah jauh, lepas ni cuti sem je baru jumpa. Wuwuwu sedihh~


Nasib aku sempat ajarkan dia Photoshop tadi. Kalau tak memang agak
terkilan jugak, sebab hari tu aku dah ajar adik sedara aku. Tapi adik aku,
aku belum lagi ajar. Padahal daripada hari tu dia mintak aku ajarkan.
Wuwuwu sedih lagi T_T


Seminggu je jumpa dengan dia. Tiket dia hari ni balik malam. Sampai
sana pagi. Jap lagi dah nak hantar dia ke bus stand. Aku tak sempat
nak editkan gambar raya dia. Dia mintak aku buat design baju untuk
dia print pun, aku tak sempat buat.


Seminggu raya ni, ramai tetamu yang datang serang. Kitorang pun 
menyerang gak. Haha balik malam, terus terbentang tidur tak sedar diri.
Esok bangun ada lagi yang nak datang. Memang tak sempat nak
beramah mesra dengan adik sendiri :p Takpelah nanti jumpa lagi, InsyaAllah~


Okay, nak siap2 ni, babai. Owh ye, nanti aku free sikit aku BW blog
korang semua ok. Sekarang ni, belum ada mood lagi lor. Sory kawan2 ku :(


 

Thursday, 23 August 2012

you don't know


It was a damn memories
But I can't forget...
Yes, it just some words
But those remind me of my traumatized...

...


I am afraid

...


of something


...



 

Saturday, 18 August 2012

Hari Raya ! Yeahhh hari raya !!


Tinggal satu hari je nak sambut hari raya, tapi aku still tak dapat lagi mood
nak beraya tu. Rasa macam takde pape je raya tahun ni, padahal kuih raya
dah TERtunjuk dekat 6 balang dah, baju raya ada 3 pasang (semua orang
bagi), kasut raya pun ada lagi, dan necklace sempena raya pun baru je beli
tadi, tapi..kenapakah masih takde mood lagi untuk aku berhari raya ek?


Dalam takde mood tu, aku fikir, owh mungkin aku belum layan lagu-lagu
raya lagi kot?? So, aku pon layan lah lagu raya...ha amek kau bukak-bukak
je terus player aku play lagu 'bergema suara takbir di angkasa~~~'
(ape etah tajuk dia)


Terus datang segala mood hari raya aku.
Terus datang segala keinginan dan keterujaan untuk menyambut hari raya.
Terus rasa tak sabar nak berhari raya dan menggedik di depan kamera.
Terus rasa tak sabar nak mengorbankan ketupat dan lemang banyak-banyak.
Hohohoho ! Excitednya !!!


Hmm...satu je yang aku tak minat sangat hari raya ni. Bila aku mintak
maaf dekat parent aku, especially dekat abah aku, confirm bila salam je,
terus menintik air mata :'( Tak boleh cakap ape lagi dah...last-last abah aku
yang start cakap dulu 'abah maafkan lynn...' hahaha... :p


Owh ye, aku suka makan kuih raya kat rumah orang. Kalau aku datang
beraya, semua jenis kuih aku nak rasa, dan aku akan conquer balang
kuih mana yang sedap. Orang lain jangan kacau tawu ! HAHAHA~


Dan owh, duit raya !! @_@ Akan ku bayar insurans nyawa broadband
Maxis ku ini dengan duit raya yang aku dapat nanti. HUAHAHAHA~


Semakin excited nampaknya aku nak berhari raya, tadi bukan main
lemah dan takde mood nak sambut hari raya. :p Hihi~


Kawan-kawan semua, aku nak ucapkan selamat hari raya. Uhuk-uhuk,
rasa sebak pulak, time2 nak tulis ucapan raya ni lah lagu raya sedih
on air kat radio T_T....korang, maafkan aku atas segala salah dan silap
yang aku sengaja atau tak sengaja buat kat korang. Aku ni jahat gak
rasenye..isk2....halalkan makan minum aku kalau ada..semoga kita
dapat jumpa lagi. Wuwu sedih~~~


Selamat hari raya 2012 (n_n)

(tiba-tiba gembira balik (-_-') )



Thursday, 16 August 2012

Keterujaan Melanda hari ni :D


Gambar bunga api yang menunjukkan keterujaan


Yahoo ! Yahoo ! Google !
Hari ni aku rasa excited sebab hari ni aku akan menyambut kepulangan
adik aku yang study jauh nun di sana, untuk pulang berhari raya bersama
dengan keluarga dan sanak-saudara. Haha, dia study kat Kelantan je pon.
Gaya macam duk oversea :p


Aku yang lebih excited masa nak pergi amek dia kat bus stand tadi.
Yelah, selalu dia je yang amek aku, tapi ni aku dah habis study,amek
dialah pulak. Hehehe~

So, lepas amek dia kat bus stand tadi, abah tanya nak pergi mana lagi?
Jadi, aku dengan pantasnya merebut peluang untuk menyuarakan cadangan
untuk ke Jusco baru area JB ni. Niat di hati, nak borong Big Apple.



Hohoi~~hari tu, masa adik aku belum balik, kitorang beli 3 je. Sorang
satu, aku, mak aku dan abah aku. Tapi bila adik aku balik, terus dapat
makan sorang 3. Beli yang set 12 pieces punya. Ehem-ehem~~ tajaan
mak aku + duit PT adik aku :p Hahaha

 Gambar ni memang perlu dibesarkan, hahaha :p


Terlontang lah eko makan donut ni haaa.....
Aku suruh beli sikit je, sekali dibelinya sampai 12 donut. Aku memanglah
hantu Big Apple jugak, tapi kalau dah banyak camni, boleh berguling-guling
aku nak habiskan (-_-') Hahaha, xpe, rezeki jangan ditolak. Kita makan je~


Okay, itu je. Owh ye, nak bagi pesanan khidmat masyarakat sikit :

1. Make sure semua tingkap dan pintu dikunci betul-betul before
anda balik kampung tau.  Musim raya ni, penyamun perompak pencuri
memang aktif, maklum lahh..setan dah terlepas daripada kurungan~

2. Pesan kat ayah, suami, kawan or driver yang memandu kenderaan
yang anda naiki tu, sila lah bawak hati-hati. Sabar sikit, jangan nak
cepat sampai je balik kampung tu okay :)
3. Sambut hari raya tu biar sederhana, jangan suka sangat sampai terlupa
pada yang dah pergi. Even Ramadhan dah berakhir, teruskan lah
buat kebaikan

Hehe ok dah, itu je. Salam Aidilfitri untuk semua, 
mohon maaf jika ada terkasar bahasa dan tersinggung perasaan
sesiapa yang membaca blog aku ni. (n_n)



Wednesday, 15 August 2012

Nothing to you but meaningful to me



Sometimes I am sad, 
just because of something that you're thought is nothing...
 
 
 

Tuesday, 14 August 2012

Lagi Design Kad Hari Raya Percuma !! (versi cun punya)


Salam semua (n_n) Dah siap semua ke persiapan raya korang? Hehehe..
Tadi, syahirah love hewitt tanya aku, ada tak design kad raya yang lawa
lagi, sebab dia terasa nak..Haha, ada~ada..baru buat khas untuk awak.

Jangan risau, semua percuma. Haa yang lain kalau nak pon boleh ambil
tau. Kali ni aku design baaaanyak sikit warna, supaya korang banyak
sikit pilihan. Hehehe..so ini dia, sila lah pilih :

Kod - Pandan

Kod - Kiwi

 Kod - Cherry

 Kod - Lavender

Kod - Strawberry

 Kod - Gold


Okay itu saja yang aku dapat buat untuk korang. Tak lah cantik mana,
sebab aku tak sempat nak buat yang ada doodle-doodle :( Harap korang
berpuas hati lah ye.. Terima kasih (n_n)


Owh ye, ni kad raya yang aku buat hari tu :


Dan kalau korang free, meh tengok aku buat design packaging untuk
snek Twisties kat sini :


Okay, terima kasih sudi luang masa kat sini. Selamat bershopping (>_<) !








Monday, 13 August 2012

Masalah Broadband Tak Berapa Nak Kering


Yaaa~~~~broadband aku sekarang ni memang basah. Lembap aje.
Punca aku tak dapat hupdate blog aku dengan sewenang-wenangnya.
Memang menyampah. Kadang-kadang rasa geram sampai nak cicah je
broadband ni dalam air Nescafe panas, dan kunyah-kunyah ia sampai
lumat. Malangnya, broadband bukanlah sejenis kuih apatah lagi kuih raya.


Banyak aku nak update, malam tadi nak update entry sedih kononnya
sempena hari raya, tapi bila dah tulis tu, hati jadi lega dan aku delete balik, 
sebab bila dah lega, aku rasa tak perlu dikongsikan. Hahaha
Apa jenis prinsip lah ni.. (-_-')


Owh lepas tu kan, aku dengan semangatnya nak buat dodol doodles lagi
untuk rakan-rakan yang excited nak sambut raya, tapi tu lah....photoshop
aku sekarang ni tengah digunakan secara maximum untuk mendesign
banner wedding untuk akak sedara aku. So, adobe Photoshop aku pun
secara automatik menjadi lembap juga.


So, entry tentang doodles itu bertukar menjadi draft sahaja. Mungkin
raya tahun depan baru publish..Hahahaha...


Owh ye, rakan-rakan blog aku memang baik hati. Bila aku update entry
sedih, ramai yang bagi semangat. Uhuk-uhuk~~ terbatuk-batuk dan
terharu aku membacanya. Terima kasih korang :') Untuk follower baru,
pon terima kasih sudi jenguk blog aku. Sangat membakar semangat untuk
terus menulis blog. (n_n)


Okay lah, itu je setakat ni. Wa nak siapkan banner..Uhuk-uhuk mate
ngantuk :( Line pun lambat, tunggu dapat duit raya baru boleh bayar
insuran nyawa broadband ni..Semoga penyamaran aku menjadi kanak-kanak
pada raya tahun ni menjadi, hahaha...


Lai..lai...duit raya~duit raya~~~



Thursday, 9 August 2012

Shut up


How sad..sometimes I'm too desperate to cheer up myself during I feel bad
when nobody's around to accompany, and I need to listen happy songs and
keep repeating it, just to make myself stronger...

 How pathetic.....

Wednesday, 8 August 2012

Kad Raya Giveaway by Fyfy Liew


Salam semua. Haa siapa yang nak kumpul koleksi kad raya lagi tu bolehlah
join GA daripada Fyfy Liew ni okay :).


Name : Lynn Damya
Email : justealicious@yahoo.com


Siapa nakkkkkk cepat2lah join okay. Closing date pada 9/8/2012 before 5pm.
Thank You (n_n)



Tuesday, 7 August 2012

2 saat yang menakutkan...


(Pengalaman aku yang dah diolah ala-ala cerpen)

Semalam, lepas solat Maghrib. Mak aku ketuk pintu bilik aku. Aku bukak.
Aku tanya kenapa. Mak cakap, lampu lap-lip kat ruang tamu tu rosak.
Tadi mak aku godeh-godeh, sekali tertanggal wayar dia. (-_-')

"Lerr..mak ni. Pandai-pandai je....habis tak hidup lah lampu tu?" tanya aku.

"Tak hiduplah, cuba Lynn tengok kan kalau-kalau boleh sambung
wayar tu...." kata mak aku.

Aku mengeluh. Adoi, nak sambung macam mana ni. Aku amek kos grafik,
bukan engineering. Tapi aku turun gak, tengok-tengok kot2 aku ada
kuasa membetulkan wayar. 

Aku belek-belek lah wayar tu. Semua wayar ada 8, wayar tu halus-halus
je. Dua daripada 8 wayar tu dah tertanggal. Wayar tu lah yang aku kena
sambung. Mak aku seboleh-boleh nak try sambung. So, aku pun try2 lah
apa yang patut. 

Bila dah sambung, try on plug, tetap tak hidup lampu nya.

Sambung sana, sambung sini. Kitorang masa tu memang macam
tikus membaiki labu. Sepatah haram tak betul. Haha. Aku dah boring je.

"Mak, nanti je lah kita suruh abah betulkan. Lynn pon tak reti lah,
kang kena karan nanti..." kata aku.

Mak aku nak jugak try betulkan. Dia pun siat-siat sikit tiub yang cover
wayar tu, then sambung lah kat mana-mana yang dirasa dia betul.

Aku cakap baik-baik mak. Sambil tu, kitorang mengomel-ngomel
lah pasal wayar tu patutnya sambung kat mana. Mak aku try on plug.

Aku memang tak expect langsung yang remote lampu lap-lip tu akan
meletup masa mak aku on plug lampu tu. Pulak tu remote tu mak aku
tengah pegang. Remote tu meletup !


Popppp !!! Poppppp !!!


Aku terkebelakang, tersandar kat dinding. Aku pandang mak aku. 

"Makkk ni !"

Masa tu mak aku macam berdiri kaku, badan dia menggigil. Tangan dia
masih pegang remote lampu tu. Mulut mak aku masa tu macam kita
tengah sebut huruf 'O'. Mak aku diam je masa tu. 

Ok, masa tu aku sangat-sangat takut. Aku fikir mak aku terkena renjatan
elektrik. Aku fikir mak aku masa tu akan rebah jatuh ke lantai masa tu.
Serius, aku takut gila. Jantung aku dah macam berhenti masa tu. Panik.

Tapi lepas tu, mak aku bergerak, okay je macam biasa.

"Hek'eleh bukan mak sengaja, dia letup sendiri..." kata mak aku.
Rupa-rupanya dia pun terkejut sebab remote tu meletup kat tangan dia.
Tu yang dia kaku jap tu. And dia macam menggigil tu pon sebab dia
melatah. (-_-')

Tapi, lepas tu, aku terus emo. Aku cakap,

"Dah lah mak, tak yah betulkan lagi..." masa tu suara aku dah menggigil.

 Terus aku naik atas masuk bilik aku.


Aku menangis kat bilik. Serius, aku takut betul masa aku tengok mak
aku macam kaku lepas remote tu meletup. Aku ingat mak aku kena
kejutan elektrik. Kaki aku lemah je masa tu sebab terlampau risau.
 Lama aku menangis. Tambah-tambah pulak, bila aku teringat ada kes
orang mati kena letrik. Lagi lahhh..... T_T


Bila aku ingat-ingat balik, ada lah dalam 2 saat je mak aku kaku masa tu. 
Dua saat je pun, tak rasa apa. Tapi, dua saat tu cukuplah dah buat
jantung aku macam terhenti jap.


Alhamdulillah, semua okay sekarang :)



Design Templates : Kad Raya Aidilfitri 2012 (Kartun)

Salam. Hi all. Aku tengah rajin + takde kerja nak buat skang ni.
So, aku pun design lah templates kad hari raya untuk korang ambil, tulis ucapan dan send kat sesiapa pun secara online.

Jom tengok design kad raya aku yang tak seberapa ni, siapa nak ambil, silakan :


(isi ucapan anda di ruang kosong berwarna hijau)

(isi ucapan anda di ruang kosong berwarna biru)


Ni pulak khas untuk yang tersayang (n_n)


(isi ucapan anda di ruang kosong berwarna pink)


Okay ini pulak untuk link doodles yang lain :


Sekian, terima kasih sudi jenguk sini (n_n)


Doodles Ketupat


Salam. Memandangkan sekarang ni masing-masing tengah sibuk nak design kad raya sendiri kan? So, aku mengambil kesempatan ini untuk buat vektor ketupat untuk korang ambil, edit dan letak dalam design kad raya online korang tu :)

Doodle Ketupat Petak

Doodle Ketupat Manja (apakah nama) (-_-')

Maaf lah, cuma ada dua design + 6 warna sahaja. Aku ingat nak
design lagi, tapi keadaan kesihatan aku tak berapa mengizinkan.
So, nanti aku buat doodles lain lagi. Terima kasih sudi singgah :D



Monday, 6 August 2012

Shhhhh.......



Kita ni selagi kita anggap kita yang betul,
selagi tu lah kita nak mengata..
selagi tu lah kita nak mengumpat...
nak bagitau kat semua orang yang kita ni yang betul...
mulut tak leh diam, hati tak reti nak sejuk..
sama jugak lah dengan mereka yang kita anggap salah tu..
mereka pon anggap diri mereka betul..
mulut nak menembak gak..
mereka pon ingat kita yang salah..
last-last..
tembak sana, tembak sini...
dua-dua mati...
bagus !
Semua diam.....

...
...
...

(aman...)




 

'Sesuatu' Yang Aku Nak Share.... (banyak gambar)


Salam. Hai semua. Hari ni sehari suntuk aku kemas barang dalam bilik
aku tu haa. Buang mana yang dah tak pakai. Banyak lak tu, dengan
berhabuknya lagi. Hadui~~ 

Tapi, masa mengemas ni lah macam-macam yang aku jumpa balik.
Hehehe..seronok pulak, jom tengok barang-barang lama aku dulu :D :

Novel RM5 je~

Aku memang tak reti baca novel, tapi novel ni sangat menarik minat aku
untuk membacanya + harga pon murah. Nasib baik best !

Daily Journal Form 2- Form 5

Journal ni kira macam homework English dulu lah, sampai sekarang aku
masih simpan. Sayang gila. First time balut buku tulis sekolah guna poster,
suka hati aku je~ (-_-')

Koleksi Komik Animasi

Aku beli masa dekat Pesta Buku Big Bad Wolf ! Huarghhhh semua best !!
Jalan cerita dia tak sama tau dengan yang movie punya :D

Komik Favourite !

ok, komik ni aku sayang sangat. Touching gila baca. Uhuk2~~ :'(

Wedding Guideline Book

Ini sebagai rujukan masa depan katanya~~~Hahaha

Buku Nota

Ini pun nak share ke? (-_-'), aku just nak bagitau aku suka gila photo yang
aku lekat kat cover buku tu..hehe :p

Koleksi Magazine Skate

Hohoho, kantoi sudah. Masa aku baru nak up dulu (zaman sekolah),
aku sangat meminati dan terpengaruh dengan sukan extreme ni. Sanggup
berhabis duit demi membeli majalah skate nipis yang berharga RM5 ni.

Owh btw. aku rasa aku dah sangat tua bila teringat yang aku pernah
memiliki koleksi magazine ni.... (-_-')

Pengasah Pensil Yang Canggih (gaya doremon)

Ini kalau bawak pergi sekolah rendah dulu, sangat bangga ! Kbye~

Poster

Koleksi poster yang aku koyak daripada magazine skate tadi, untuk dibuat
frame dan ditampal di dinding. Majority poster yang aku koyak tu ialah
poster jenama International Playez (mostly brand for skate)...

Maklumlah, ke'obses'san yang tidak terbendung....... (u_u)

Walkman & Kaset

Ini alat hiburan zaman batu namanya. Hahaha tengoklah, lengkap dengan
koleksi kaset aku sekali tau, Britney Spears, jangan main-main. Hahaha

Koleksi Buttons

 Ada banyak lagi sebenarnya, malas nak susun (-_-')


Okay, itu lah 'sesuatu' yang aku nak kongsi kat korang. 
Barang-barang ni pada aku ada nilai nostalgia di situ. :)


Sekian, terima kasih sudi baca dan scroll entry ni sampai habis (n_n)
Bye2~~

 

Sunday, 5 August 2012

Round Bazar Hujung Minggu


Salam. Hi semua. Hari ni kat JB hujan je dari pagi sampai ke malam.
Sejuk ! So, hari minggu ni korang pergi mana? Shopping raya ke?


Aku bangun siang tadi terus kena buat popcorn lagi sikit, ada orang
order. So petang terus hantar kat rumah orang yang order tu, then
lepas tu terus Jalan-jalan Cari makan, round bazar sekitar Johor~
Hewhewhew (rasa best pulak gelak camni)



Bazar first yang aku pergi ialah bazar kat Kota Tinggi. Perghh,
nampak daripada tepi jalan, memang panjang bazarnya. Tapi, bila
round, sekejap je dah sampai ke hujung. Adakah itu magik?


Aku ni tak senonoh sikit, nak pergi bazar yang banyak kedai je,
yang sikit aku tak nak pergi, sebab tak tau nak beli apa. Tapi...
bila dah pergi kat bazar2 yang besar camtu pon, stil tak tahu nak
beli apa. Apa kejadah lahh~~
 

Last-last, aku beli lah nasi ayam berempah dengan abah aku.
Mak aku beli murtabak, RM5. Sekarang murtabak dah tak dapat
dah dengan harga RM2. Tempat korang berapa harga murtabak ek?


So, lepas berbuka dan solat Maghrib, kitorang pun pergi lah round
Bazar Kota Tinggi yang dekat tepi sungai kota tu. Siapa orang johor,
mesti tau :D Huuu~~ramai sangat orang tadi.

(Sorry lah, xde gambar nak tunjuk, tadi tak bawa kamera)


Dan lepas tu, dari Kota Tinggi, kami terus pergi ke JB, niat di hati nak
singgah ke Bazar Karat kat bandar Johor. Korang pernah pergi tak
bazar karat? Ia diibaratkan macam Uptown lah, tapi lagi meriah sebab
memang betul-betul tengah bandar JB yang sesak tu.


Tapi tadi tak dapat singgah pon, sebab parking memang full gila!
Start jam 8 malam je kalau naik kereta, jangan harap lah nak dapat
parking dekat. Kena parking jauhhh dan jalan kaki ke bazar tu.


Owh ye, aku tahun ni tak perlu beli baju raya, sebab mak cik aku
dah bagi aku baju raya yang dia beli tapi baru pakai sekali. So,
aku amek lah, jimat~~jimat~~ 

Btw, gambar ni aku amek dpd album ZALORA, ready to wear by
Jovian Mandagie. Sumpah, baju ni sangat memikat hati aku ! O_O
tapi dah sold out~~~ T_T uhuk2..
(bajet kalau ada stock, aku mampu beli, hahah)

Owh ye, baju raya korang warna apa?? (n_n)




Wednesday, 1 August 2012

Happy Friendship Day for F.R.I.E.N.D.S ( 1st August)


Korang !!!!
Hari ni 1 ogos lahhh.....
Hari ni Happy Friendship Day !!


Eh, korang tak tau ke hari ni sambutan persahabatan? Meh kita baca jap :


Sejarah Friendship Day

Friendship day ni ialah hari kita meraikan kawan-kawan, dan telah
diraikan sejak bertahun yang lalu di Amerika Selatan. Friendship Day
diperkenalkan dan disambut secara rasmi bermula pada tahun 1958.

Pada asalnya, sambutan ini diperkenalkan oleh industri kad ucapan,
yang memperkenalkan sambutan ini melalui pelbagai jenis kad ucapan
untuk dihantar kepada kawan-kawan pada hari sambutan tersebut.

Selain kad ucapan, hari Friendship Day ini juga makin tersebar
melalui medium digital seperti online/digital card, mobile SMS dan
sebagainya.

Pada awal perkenalan sambutan Friendship Day, tarikh sambutan
adalah berlainan mengikut negara masing-masing, tetapi telah
diselaraskan kepada tarikh universal iaitu pada 1 OGOS tiap-tiap tahun.

Jadi, aku nak wish kat kawan-kawan aku di alam realiti mahupun
di alam maya dengan ucapan :


Yeaaaayyyyy (n_n) !!

Boleh jalan-jalan dengan kawan~

Boleh panggil hujan karaoke dengan kawan-kawan~

Boleh mintak penampar free daripada kawan-kawan (selama ni berbayar kot)

dan boleh hug-hug sikit~~~ (utk sama jantina je ye kanak-kanak sekalian)

Owh ye, aku rasa pic ni cute sangat :


"Happy friendship day, untuk kawan-kawan aku semua...."