Happy Three Friends

Miss Money

Monday 30 March 2015

E-day's Throwback : Kat Mana Beli Baju Tunang??


Salam :D


Kat mana aku beli baju tunang aku?? Mestilah di ZALORA :D Butik favourite aku tu~ Hihi..actually tak rancang pun nak beli baju tunang, sebab aku nak recycle je baju-baju raya yang aku ada before ni. Hari tu pun aku sesaje je nak cuci mata kat Zalora...tapi tiba-tiba terpandang si merah jambu ini....


Wuuuuu cantiknyaaaaa!! Oleh kerana hanya ada aku dan kawan aku sorang je dalam ofiz, maka aku pun slumber ber-mini histeria depan pc sebab aku rasa dress tu cantik gila! Aku suka bahagian bawah kain tu ada lace-lace macam tu. Sukaaaaa...tapi regenye mahal sangat dekat Rm300 :'( so aku tak beli lagi masa tu...cari baju lain.

Few days lepas tu, aku ushar lagi baju kat ZALORA, and guess what masa tu dress-dress bawah kategori 'ZALORA Market Place' tengah sale sehingga 70% - 90% macam tu. Aku pun apa lagi!! Terus tengok dress pink idaman kalbu aku tu. Tengok harga dia turun daripada Rm 279 sampai Rm 190. Banyak gila dia turun! Tapi still tetap mahal. Then, aku terperasan banner iklan kat atas webpage tu. Dia tulis 90% + 20% kalau guna kod yang Zalora bagi tu. So, aku try.


Dannnnnnnn.....harga dress tersebut terus jatuh sampai Rm 166!! Hahaha time tu lagi lah histeria aku, yelah sebab banyak gila boleh save time diskaun dan guna voucher. Hahaha, so terus aku beli tanpa fikir apa lagi dah. Excited gila sebab diskaun banyak sangat. Aku tak terfikir pun nak guna baju tu masa tunang, aku fikir nak guna masa kahwin nanti sebab pada aku baju tu agak grand juga lah. Haha! Sekali tunjuk kat mak aku, terus mak aku cakap pakai je untuk tunang~ Hehehe :D

Photo by White Shadow

Owh, inner shawl pun aku beli kat Zalora tau. Satu Rm 10, warna pink maroon gitu. Shawl pula aku beli di ZAWARA Boutique yang baru je bukak kat Jb tu haa...very nice...Rm 49. Aku beli halfmoon dan paksa orang kedai tu ajar aku pakai, nasib akak tu sporting. Hihi (n_n)

Okay, tu saje. Terima kasih sudi baca :D

P/s: aku ingat nak jual baju tu, sekali tunang tak bagi dia cakap jangan jual, sebab itu kenangan. Haha (n_n) betul gak tu, aku ni fikir nak duit je..Ish3~


5 comments:

Suria Amanda said...

Alaaa x yah jual..syg sgt sbb cantik...

eima said...

BJ mmg cantik ....
maknanye kena selalu buka zalora la ... klu dah berkenan mana tau rezeki baik ade offer

Raz said...

cantik..congratulations :)

Unknown said...

Dia ni semua benda dia nak jual...


hahahah

nuyui a.k.a miss YUI said...

mmg cntik!