Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Friday, 5 June 2015

Peminat Tegar Filem Lama Pancha Delima


Salam.
Malam tadi aku gigih bersengkang mata sebab nak tengok citer lama 'Panca Delima' ni. Anyone with me? Aku tak sure berapa ramai yang familiar dengan cerita ni. Apapun, masa first time tengok dulu pun terus aku jadi suka gila dengan citer ni. Hahaha~

Mungkin sebab gaya ratu ahli sihir tu turunkan sumpah agak memukau macam Ratu Ais dalam filem Narnia tu ha..hahah!

"Wahaaiiii Batu Telaga Sabdah....Manusia itu ingkar kepada beta...Tunaikanlah sumpah beta...Malam menjadi manusia...Siang menjadi ular!"

Itulah ayat-ayat keramat Ratu Ahli Sihir masa dia nak turunkan sumpah pada Jins Samsudin dan orang-orang kampung yang cuba nak lawan dia masa tu. Siapa yang tahu citer ni confirm akan sebut ayat tu dengan nada Ratu Ahli Sihir tu kan? Kan? Kan? Hahahaa~

Kira kalau sebut kata-kata hikmat dengan bersemangat tu ala-ala macam sebut kata-kata hikmat salam kartun Sailormoon yang 'dengan kuasa bulan~ akan menghukum mu!!'.. Haha

Apapun, sayang lah...aku try google tadi, sama ada secara gambar ataupun video cerita ni, langsung tak jumpa! Langsung takde!! Yang ada cuma poster dan scene yang ada bintang terkenal masa tu semata. Video pun part lagu-lagu je. Takde full movie. Hmm~ sedih...semalam pun tengok dekat Astro Prima.

Okay tu je nak citer tentang filem 'Pancha Delima' yang merupakan satu-satunya filem melayu lama tanpa P.Ramlee, yang aku minat :)


2 comments:

eima said...

ai is tak minat tgk filem itam putih hehehe

Aisya A. said...

suka cerita ni jugak!! hehe. masa kecik2 dimomokkan nenek dgn cerita ni. smpai ke besar rasa cerita ni best. haha. byk gak la cerita lama2 yg sy suka. virus dari nenek. hikhik