Assalamualaikum and hi readers. Okay, straight to the point.
Selama aku menjadi manusia ni, aku rasa orang Melayu lah
yang selalu buat aku bengang. Bukan semua, sesetengah saja.
Tapi, sesetengah tu bukan bermaksud sikit, ianya sangat-sangat
selalu terjadi.
----------------------------------------------------------------------------------
Tadi, memang aku sangat bengang dengan sorang akak kat
kedai gambar ni. Aku rasa umur dia dalam 30-an dan mungkin
juga dia owner kedai tu. Masa aku datang kedai tu, kedai dia
kosong, takde orang. Then aku tanya macam mana nak buat
member's card untuk photographer sebab aku student.
Masa tu, dia cakap kejap sebab tiba-tiba je masa tu customer
yang datang berduyun-duyun pulak. Dan customer dia tu
aku rasa semua bukan student lagi. So, dia layan customer
dia yang lain dulu.
Aku pon, okay. Aku tengok2 custom album yang ada dalam
kedai tu. Ambik masa 15 minit gak lah masa tu, then bila
tengok makin ramai orang yang datang, aku pergi lah ke kaunter.
Supaya turn aku tak diambil.
Boleh pulak akak tu buat muka dan cakap dengan kasarnya
suruh aku pergi dulu, datang petang nanti ke datang esok ke
lain kali ke, sebab ramai orang masa tu. Tanpa senyuman okay?
Okay, fine. Cuba untuk maintain lagi. Aku tunggu orang dah
reda, dan akhirnya masa tu customer semakin berkurang dan
tinggal aku je kat kaunter tu. So, aku cakap lah baik-baik,
yelah kita ni sebagai customer perlu gak jaga adab kann?
Dengan muka ketat tu dia boleh pulak cakap,
"Eh awak datang esok je lah, saya tak cukup tangan ni !"
Terus dia pergi belakang kedai, tinggalkan aku kat kaunter.
Muka ketat dengan nada macam tu, memang tak beretika.
Kau dah tua, agak-agak lahh sikit perangai tu, takkan makin
tua, makin buruk perangai?
Okay, kalau ikut hak aku sebagai pengguna dan customer,
dia patut layan aku dulu berbanding customer-customer yang
lain sebab aku sampai dulu. Dan hello~~ aku bertanya tu
baik-baik sebab aku respect kau, tapi.....
Owhh ya aku sungguh marah.
Sangat marah.
-------------------------------------------------------------------------
Dari segi ethics, aku puji orang China lagi bagus. Belum pernah
lagi aku deal dengan orang Cina, diorang cakap kasar dengan aku.
Even apek jual ais krim pun lagi peramah lahh dari kau.
Owh ye, kalau nak cakap minah tu tengah ada problem ke,
tengah fikir pasal laki dia curang ke apa, please lahh, be professional.
Kau bukannya minah rempit yang emo tak tentu pasal, tapi
tadi cara kau layan customer dah macam budak-budak baru nak
up yang tak puas hati bila boyfriend dia kena kacau dengan aku.
Sungguhlah aku bersabar dengan kau walaupun aku boleh je
sound kau tadi. Tak payah sound, aku dah rasa nak tumbuk je
muka kau tu tau.
Elok-elok lah sikit layan customer tu, aku datang bagi rezeki kat
kau. Bukannya aku datang nak merompak ke, nak mintak
sedekah ke, kalau macam tu tadi baik aku rompak je kau terus.
Panas betul hati aku.
----------------------------------------------------------------------------
Bukan akak tu sorang je, ramai lagi. Area seksyen 7 tu, ada
satu kedai makan, tukang amek order dia lelaki. Aku tak tahulah
ape kes mamat tu, bila amek order dekat meja yang ada pempuan
hot, dia yang tergedik-gedik. Tersengih-sengih, eh pleaselahh.
Pempuan cun tu biasa je kot, kau yang gedik lebih apesal?
Then, bila amek order dekat meja yang semua lelaki or yang
ada pempuan biasa macam aku ni, buat muka. Nak tak nak
je amek order, haram nak je aku cop tapak kaki aku ni kat
muka kau yang tak hensem tu. Heh !
Buyers gila lahhh....Nak keje ape pon kena professional, even
nak jadi tukang cuci pinggan pon kena ada etika. Kalau takde,
haa tu yang mula hempas-hempas pinggan bila buat kerja sambil
duk teringat gambar boyfriend dengan pempuan lain kat FB.
Eyhhhhh, please lah Malayyyy,
where are your ethical??
Aku benci dengan budak-budak sekolah yang buat kerja
sampingan masa cuti sekolah. Okay, bagus kau nak buat
duit belanja. Tapi, masalahnya ialah etika mereka semasa
bekerja.
Budak-budak macam ni selalunya yang akan buat owner
perniagaan tu muflis. Amboi muflis terus, haha...
Sebab, kau bayangkan lah masa tengah jaga gerai makanan,
boleh pulak dia smoking depan-depan makanan tu, kau nak
mati cepat, mati sendiri lah, meh aku bunuh kan, nak?
Then, bawak satu geng mat rempit dan minah-minah joyah
datang ke tempat kerja mereka, dan mula lah dia nak bajet
hot dan ala-ala gengster pendek... (-_-')
Adab bercakap dengan customer pun tak betul gak tu.
Buat sakit hati je, haishhhh.... Bodoh !
--------------------------------------------------------------------
Benda-benda macam ni, kadang-kadang bila kita cerita kat
orang, orang akan cakap relax lah, chill lah, sabar je lah. Weh,
jangan nak suruh aku chill lah pasal menatang ni kalau kau orang
pun bengang pasal benda ni jugak.
Benda-benda macam ni lah yang kita tak sedar telah menaikkan
tahap stress kita. Nampak macam remeh, tapi kalau nak anggap
remeh, sampai bila pun tak selesai. Yelah, remeh sangat. Kann?
Sampai bila lah budak-budak ni tak beretika. Dan makin hilang
lah etika dalam masyarakat Melayu.