Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Thursday, 9 April 2015

Bajet Pertunangan Saya & Kadar Penjimatannya


Salam.
Hahaha poyo betul kan! Siap nak ada kadar-kadar penjimatan pulak~~ Haha so, aku saje share untuk panduan siapa-siapa yang nak bertunang (n_n). Ini aku bandingkan antara DIY dengan tempah yang dah siap ye. So, dapatlah bantu korang berjimat sikit nanti :D

1. DIY Pelamin Tunang
Memandangkan majlis aku ada tema warna dan takde langsir sesuai untuk dikitar semula, so aku beli yang baru. Berikut adalah apa yang aku beli untuk DIY Pelamin tunang simple ni:

Langsir Pink : Rm 19.25 (3.5 kaki x Rm 5.50)
Langsir Hijau : Rm 38.50 (7 kaki x Rm 38.50)
Bunga-bungaan : Rm 20 (campur bunga besar dan kecik)
Foam Board untuk cucuk bunga : Rm 5 
Thumb Tacks : Rm 5.00 (2 kotak x Rm 2.50)
Karpet : RM 45 (ni memang beli untuk rumah, 2 in 1 lah kiranya)

Total cost untuk pelamin = RM 133


2. DIY Gubahan Hantaran
Hantaran ni paling best nak DIY, sebab senang! Masa aku hari tu hantarannya 5 dulang berbalas 7. Dalam gambar tu gubahan kek takde, hehe. So, ni dia barang-barang untuk gubah hantaran sendiri, sangat senang sebab 'sarang burung' tu memang membantu gubahan aku :D

Dulang Hantaran : Rm 35 (7 biji x Rm5, beli di Mr. DIY)
'Sarang Burung' Pink : Rm 5 (1 paket dah cukup, beli di Cowboy)
Bunga-bungaan : Rm 20
Gambir, Kapur dan Pinang yang memang dah siap diukir jadi bentuk bunga : Rm 15 (Rm 5 setiap sebatang)
Reben : Rm 1.50

Total cost untuk 7 gubahan hantaran = RM 76.50


3. Catering
Main menu adalah nasi beriyani. Satu kepala Rm 6.50, lauk ayam beriyani + acar + dalca. Tetamu aku dalam 103 orang macam tu, tapi aku lebihkan order jadi 120 orang, takut tak cukup.

Total cost catering Nasi beriyani (120 pax) = RM 780.00

*terima kasih pada mak aku yang sponsor lauk ayam masak merah, adik aku yang sponsor Samosa dan ayah aku yang sponsor karipap pada majlis tersebut. Hehehe


4. Baju Tunang, Shawl dan Solek
Baju beli di Zalora, Shawl beli di Zawara dan aku solek sendiri guna mekap sendiri dan sedara-mara. Hahaha~

Baju Tunang : Rm 166 
Inner Pink : Rm 10
Half Moon Shawl : Rm 49
Contact Lens : Rm 45

Total cost = RM 270

TOTAL COST KESELURUHAN
= RM 1260.00

********************************************

Sekarang, tengok kalau kita tempah atau gunakan khidmat yang sedia ada :
i. Mini pelamin : Rm 300
ii. Gubahan hantaran : Rm 50 (1 dulang)
iii. Set persalinan Tunang dan Solek : Rm 200
Jumlah semua adalah Rm 550...tapi itu baru satu dulang, kalau 7 dulang, total semua jadi 850. Belum tambah catering lagi kan? Kalau tambah jadi Rm 1630. Banyak boleh cut cost jika kita boleh DIY. Tak reti DIY? Jangan risau, banyak dah tutorial skang ni, pilih je nak ikut yang mane :)

Apapun, terserah ikut kemampuan masing-masing. Ada je yang dia bertunang dapat lebih banyak jimat daripada kos aku ni, sebab apa? Sebab dia tak beli baju baru untuk tunang. Aku memang tak boleh, nampak baju cantik sikit je terus kalah~ Hahaha! Dan ada jugak yang bertunang je pelamin dah cecah ribu, tapi kalau dia mampu, takpe. Kita ni yang kurang mampu, carilah cara untuk cut cost. Haa...okay tu saje. Semoga bermanfaat dan thanx sudi bace (n_n)

P/s: Aku dulu berat hati nak bertunang sebenarnya, sebab aku fikir ia akan mengganggu misi aku kumpul duit untuk kahwin, rupanya tak. Kalau nak tunang, tunang je. InsyaAllah, rezeki korang tiba-tiba akan jadi banyak, Tuhan akan mudahkan. Percayalah (n_n)


8 comments:

nor nazliana said...

kalau rajin diy kipas dengan kertas lg cun..

yen(toka ziizokukuto) said...

serius,,,pelamin tu memang cun :) dapat inspirasi pulakk,,huhuhu

eima said...

AI NK TOLONG KAWEN KAN SESAPE DAH TAK DE DAH ... KLU TAK LEH GUNA TIPS NI .. MMG JIMAT BETUI LA

Diana Rashid said...

Kalau bertuanng baik buat sendiri...nanti kawen baru belanja lebih sikit..kan?/jimat banyak kat situ..

nusha fasha said...

antara rajin dgn tak je diy ni..hihih

Mashitah Mamat said...

jimat banyakk

jomsihat cantik said...

jimatt..i like it.heh

Haniz Zaliqah said...

Rasanya nak tunang tu biar brsederhana je... tak de pelamin bru la d katakn jimat..masak sendiri ala kadar..