Salam.
Semenjak GST dikuatkuasakan ni, ramai gila orang upload resit dia pergi sana-sini kena GST. Caption semua tak puas hati pada pihak / tempat yang dia pergi tu sebab dikenakan caj GST. Inikah yang PM kata GST tidak membebankan rakyat? Sebelum tu, kita tengok dulu apa yang PM dan kroni-kroninya bicara tentang GST ini.
Siapa yang kena GST?
"Hanya syarikat yang memperoleh lebih daripada Rm500,000 setahun yang wajib mendaftar di bawah GST." Sumber
Awalnya, aku ingatkan syarikat yang mendaftar tu saja yang kena bayar GST, I mean mereka menggunakan sebahagian pendapatan mereka yang lebih Rm500,000 tu untuk bayar GST pada kerajaan. TETAPI rupa-rupanya tidak. Bila difahamkan, bukan syarikat tu yang bayar GST. Mereka cuma daftar sahaja dan kenakan GST kat pelanggan mereka. Jadinya GST tu pelanggan syarikat tu lah yang kena bayar, bukan mereka. Dan sila sedar siri sikit, 'pelanggan' tu bukan orang lain, kita lah pelanggannya! Rakyat!
"Pengarah Tricor Tax Service Sdn. Bhd, Robin Chia berkata hanya syarikat yang mendaftar saja layak mengenakan dan mengutip GST daripada pelanggan. Selepas mendaftar, syarikat itu perlu mengenakan GST pada setiap barangan dan perkhidmatan mereka." Sumber
Aku bagi contoh produk runcit Nestle; brand yang dah memang well-known yang mana pendapatan tahunannya mestilah lebih Rm500,000. Jika Nestle tu wajib daftar dan wajib kenakan caj GST pada setiap produk mereka YANG MEREKA JUAL. So, siapa yang beli produk mereka tu? Fikir balik, siapa yang kena GST sebenarnya? Siapa yang bayar caj 6% GST tu sebenarnya?? Syarikat besar ataupun KITA SENDIRI YANG SEBAGAI PELANGGAN NI?? Well itu baru Nestle. Belum yang lain-lain lagi, kan?
Jadi, aku pertikaikan:
SIAPA SEBENARNYA YANG KENA BAYAR GST TU??
Sebab itu kalau kita tengok sekarang, harga produk-produk daripada syarikat-syarikat besar dah naik dah sekarang. Itu baru produk. Sekarang kita tengok pulak, tempat kat mana kita beli-belah. Bayangkan kita beli barang runcit di pasaraya-pasaraya / mall-mall yang berdaftar dengan GST (di mana setiap perkhidmatannya dikenakan GST).
Bayangkan pula kita beli barang-barang runcit yang harganya memang dah dinaikkan sebab dah termasuk GST kat situ, seperti...
Kiub Pati Ayam, Kicap, Susu Pekat Manis, Marjerin, Madu, Mee Segera, Milo, Nescafe, Sardin, Sos Cili, Susu Cair, Tempe, Tepung Goreng Ayam dan sebagainya....(ini memang barang runcit yang kena GST, SETIAP SATU ADA CAJ GST 6%) Sumber
lepas tu kita bayar dekat kaunter, kita akan kena lagi GST daripada pasaraya / mall tersebut sebab dia dah berdaftar di bawah GST dan wajib caj GST kepada pelanggan masing-masing. Itu belum masuk tandas awam dalam mall tu lagi. If pengusaha tandas awam tu daftar GST, kita nak masuk tandas pun kena caj GST derr~ So, fikir balik, berapa banyak GST sebenarnya yang kita dah bayar pada sekali perbelanjaan harian kita macam tu???
Jadi kedua yang aku pertikaikan:
Memang takde efek langsung lah kan pada keuntungan tahunan syarikat-syarikat besar tu??
Sebab mereka cuma daftar dan kenakan GST pada customer. So, pendapatan bulanan kami lah yang terjejas? Kan?? Baik suruh kami je yg daftar lepas tu kenakan GST kat diri sendiri kalau macam tu.
Adalah tidak adil juga pada peniaga kecil-kecilan yang terpaksa berhadapan dengan kadar GST daripada hampir semua sudut seperti kos bahan-bahan runcit, kos bahan-bahan pembungkusan (packaging), labeling, pengangkutan dan banyak lagi, tetapi TIDAK DIBENARKAN mengenakan CAJ GST secara sah sebab tak layak mendaftar di bawah GST, sebab pendapatan tahunan setakat puluhan ribu saja. Nampak tak?
Yang dibenarkan daftar GST dan kenakan GST pada orang ramai termasuklah orang-orang miskin adalah syarikat orang-orang kaya. Yang kena GST dan tak layak pulak nak kenakan GST pada produk mereka adalah golongan orang-orang yang miskin. Ini ke sistem GST yang dicanang-canang sebagai sistem cukai yang adil sangat tu?
Dalam Sesi Soal Jawab GST, soalan ke-84... |
P/s: aku cuba study tentang GST, tapi tak sangka, makin difahamkan makin mengarut! Huh!
3 comments:
Dik aku dh penah komen dimana2 post cerita pasal gst ni....rantaian gst ni akn kembali kpd pengguna iaitu rakyat....
Pembekal》peniaga》pembeli= rakyat
Nampak kan ...sape yg kena cover cukai utk pembekal tu
Ya, Lynn.. harga barang semua naik lepas GST. Mengikut pemahaman aku la, sebab cmpny tempat aku kerja, diorag pun kna byr GST. Diorng beli barang dari pembekal pun dah dikenakan GST. So, nk dpt balik modal, harus kenakana GST. Tapi make sure dlm invois or resit ada GST 6%.
Apa-apa pun aku rasa rakyat lagi terbeban dgn GST ni tapi kna tggu lah tang mana kebaikannya GST nih.
The more you read, the more you'll get confused with the concept. Hmmmm
Post a Comment