Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Tuesday, 28 April 2015

Lagu Fazura sedap apaaa~~


Salam.
Okay, mungkin ramai yang dah tahu Fazura kini dah pun releasekan single pertamanya yang bertajuk 'Sayangi Dirimu'. Aku ni takdelah ambil tahu pasal beliau, cuma satu hari tu aku tengah dengar radio, keluar satu lagu ni best dan catchy muziknya, so terus search...rupa-rupanya lagu Fazura! Lahh haiiiii~~

Sejak bila beliau nih jadi penyanyi pun aku tak tahu~

Tapi, yang aku nak cerita adalah tentang lagu beliau. Aku tak tahu kenapa ramai yang kritik lagu dia dengan dia-dia sekali, aku tak tahu. Maybe haters gonna be haters forever ke ape lah kan, tapi bagi aku...lagu 'Sayangi Dirimu' tu sedap. Ya, atleast dia guna genre muzik yang lain, sebab aku dah bosan dengar penyanyi-penyanyi baru buat lagu ala-ala style 'budak-budak Youtube' like Yuna dan Najwa Latif. Cukuplah diorang je yang wujud dengan gaya akustik dan santai macam tu. Hahah~

Berbalik kepada lagu Fazura tadi, video klip agak awkward sebab dia macam nak bergaya ala-ala rockstar tapi macam tak kena sebab she is FAZURA. Not Miley Cyrus, Katy Perry or Agnez Monica yang memang dah terkenal dengan aksi 'ganas' dalam video klip. So, better Fazura cari identiti untuk diri dia if dia nak jadi penyanyi.

Tentang lirik lagu pula, bait-baitnya sangat menarik. 'Sayangi Dirimu' is about to sayang diri kita sendiri. Happy dan bersyukurlah dengan diri kita dan nikmatinya, bukan merungut dan cuba ubah. Bukannya merosakkan diri sendiri dengan dadah dan gejala buruk. Nope! Sebab tu aku rasa lagu ni macam lagu yang ada inspirasi untuk semua orang supaya mereka sedar, betapa mereka perlu sayang diri mereka masing-masing (n_n)

So, tak nak cakap banyak.
Jom layan lagu Fazura - Sayangi Dirimu

*aku suggest dengar lagu ni, dan scroll ke bawah untuk hayati liriknya, sebab videonya kurang best :p


Lirik Lagu Fazura 'Sayangi Dirimu'

Ku lihat di sekeliling ku
Ku dengar kata-kata itu
Mengisahkan dan meresahkan mengganggu fikiran
Tapi aku tapi ku mampu capai impianku

Jangan gentar
Jangan biar
Diriku ini jangan dicabar

Ini bukan penghujung jalan
Masa depan ada kejayaan
Terus tabah percaya dan yakinilah
Takkan tersusah resah
Dalam kehidupan ku harus ke depan

Ku lihat di sekeliling ku
Ku dengar kata-kata itu
Mengisahkan dan meresahkan mengganggu fikiran
Tapi aku tapi ku mampu capai impianku

Just be glad in yourself
Kasihi sayangi oh dirimu
Just be glad in yourself
Cintai sayangi oh dirimu
Just keep on loving yourself

Just keep on loving yourself
Sayangi dirimu
Just keep on loving yourself
Just keep on loving yourself
Sayangi dirimu

Jangan gentar
Jangan biar
Usah undur pantang dicabar
Jangan gentar
Jangan biar
Usah undur pantang dicabar

Mengisahkan dan meresahkan mengganggu fikiran
Tapi aku tapi ku mampu capai impianku

Just be glad in yourself
Kasihi sayangi oh dirimu
Just be glad in yourself
Cintai sayangi oh dirimu
Just keep on loving yourself

Just keep on loving yourself
Sayangi dirimu
Just keep on loving yourself
Just keep on loving yourself
Sayangi dirimu

Just keep on loving yourself
Kasihi sayangi oh dirimu
Just be glad in yourself
Cintai sayangi oh dirimu
Just keep on loving yourself

Just keep on loving yourself
Sayangi dirimu
Just keep on loving yourself
Just keep on loving yourself
Sayangi dirimu


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2014/12/lirik-lagu-sayangi-dirimu-fazura.html#ixzz3YaA9t3Qt

P/s: aku tetap nak kata lagu ni best! Hahaha~

3 comments:

Razfira said...

catchy lagunya.. ok la yg penting dia cantik hehehe

Diana Rashid said...

walaupun akak tak suka lagu dan suaranya..tapi suka tengok muka dia..cantik..hahaha

eima said...

lagu ngan muka ...ai pilih muka .. kah kah kah