Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Thursday, 30 April 2015

Kenali 7 Kucing Feymes Di Dunia


Salam.
Yaa..jangan tak tahu, kucing pun macam kita juga. Ada yang popular, dan ada yang biasa-biasa. Ada yang celebrity, dan ada yang rakyat-rakyat marhaen saje. So, jom kita lihat siapalah gerangan kucing-kucing celebrity tu ye~ Hehe :p

1. Snoopy The Cat

Mula-mula aku tengok gambar Snoopy ni, aku tak percaya ianya kucing betul, aku fikir ni anak patung ni, tapi rupa-rupanya, ia memang seekor kucing yang real! Hahaha...patutlah kau famous meow, mata dah lah bulat macam awek korea, badan pun bulat je gedebab macam tu hah. Geram tengok!!


Terkenal kerana : Rupa parasnya yang sangat comel macam anak patung.


2. Nala The Cat
Kucing Nala ni aku boleh gelarkan ia sebagai seorang usahawan yang berjaya sebab dia dah keluarkan produk dia sendiri tauu~~

Terkenal sebab : Ada produk sendiri

3. The Grumpy Cat
Yaaa.....inilah kucingnya yang tak pernah senyum. Hahaha kesian dia :p Terkenal sebab : Mukanya yang sentiasa garang je camtu..Hihi




Kesian meow, tidur pun muke garang ye..hehe (n_n)

4. Monty
Kucing unik yang lahir tanpa batang hidung, tapi dia tetapppp sangat comel!! Hehe :D

5. Garfi Cat, The Angriest Cat !!
Haaa yang ini paling seronok tengok! Hahaha...kesian meow garfi..

 
Err... macam chucky tak??

Tapi bila tengok yang ni, macam Christiano Ronaldo lah pulak~ Hahaha :p

6. Lil Bub; Famous Tongue Out Cat

Haaa ni pun unik jugak! Lidah kucing ni memang terkeluarrrr je, comel sangat! Hahaha..terkenal sebab lidahnya yang selalu terkeluar.



7. Venus; The Faced Cat
Ini kucing paling aku suka. Kucing biasa, tapi bila renung lama-lama macam memang ada dua kucing gitu. Yang hitam tu ala-ala misteri lah gitu~ Hihihihi~~ anyone jumpa kucing macam ni kasi kat aku boleh tak?


Haaa....okay lah tu saje. Asalnya aku nak listkan sampai 10 tapi dah rasa penat pula nak search, so buat 7 saje.. Hahaha actually banyak lagi kucing-kucing feymes kat dunia ni, contoh macam kucing Maru yang suka main kotak tu kan. Haaa comel sangat tuh! Hehe okay tu saje. Thanx sudi singgah sini (n_n)

P/s : kucing-kucing ni kalau jual mau berpuluh ribu regenya~ Haha

2 comments:

MG schmidt said...

comelnya!!
yg monty tu mcm juling skit kan ? hihi

eima said...

comey