Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Thursday, 16 April 2015

Bila Professor Gila Buat Theme Park


Salam.
Adakah korang ni jenis tak takut dengan apa-apa cabaran pun?? Suka naik roller coaster? Pernah lakukan 'bungee jumping'?? Suka pergi ke theme park semata-mata sebab nak rasakan 'adrenaline rush'?? Adakah korang rasa korang ni betul-betul berani sangat?? Kalau ya, jom tengok theme park gila dalam video bawah ni :


Haaaaaaaa gilaaaaaaaa kaaannnnnn?? Ini adalah rides yang boleh membunuh sebab sangat-sangat bahaya gila!!! Kalau korang, korang nak naik?? Aku takut bila rides berhenti, semua orang yang naik dah keras kejung pucat lesi sebab mati terkejut. Hahaha..btw, jangan serius sangat. Tarik nafas, lepas okay....sebab...

Footage ni dibuat untuk penggunaan dalam sebuah short film yang aku tak tahu apa tajuknya. Hahaha :D tapi, even untuk movie je pun, segala bagai perkiraan fizik, matematik, matematik tambahan, lukisan kejuruteraan dan segala bagai radius isometrik tu sangat perlu dibuat dengan penuh teliti dan sangat tepat bagi membolehkan footage kelihatan sangat realistik sampaikan ramai penonton yang tonton video tu kat Youtube, pergi googla theme park tu kat mana. So, jom kita tengok siapa dua orang kuat disebalik footage ini.

1. Dr. Nick Laslowicz 
Beliau lah pakar fizik yang hebat gila bab* yang telah mencipta dan mengira segala apa yang perlu untuk menghasilkan rides-rides gila dalam video tadi. Dan yang kedua adalah...

2. Till Nowak
Beliau adalah Digital Artist, Designer dan Film Maker yang kepakarannya sangatlah hebat. Beliau ni lah yang menjadikan segala bagai rides tersebut nampak sangat realistik!

So, sekarang aku akan sharekan antara lakaran kertas-kertas kerja rides ciptaan Dr. Nick dan hasilnya setelah di-edit dengan jayanya oleh Nowak :

i. Big Ball Ride (harap maklum, nama rides aku bagi sendiri :p)


ii. Ride Roda Kaki Kerusi

iii. Ride Lidah Katak


iv. Ride Rantaian Gila???
Kenapa gila?? Sebab kau tengok dia punya ferris wheel dia, yang jejak kat tanah tu yang bawah sikit tu je ha satu roda je....lepas tu yang belah atas dia punyalah banyak dan tinggi lagi, bayangkan ko naik slow-slow daripada bawah sampai ke atas....adui, gila betul lah! Entah berapa jam nak sampai bawah semula (u_u')

v. Dandellion Ride


vi. Ride Terbang Pergi Mampus



vii. Ride Campak Kau Ke Neraka 
(nama kena ganas seganas ride nya..hahaha)
Okay yang ni gambar tak sempat snap, kalau korang skip video tadi tu dan tertanya-tanya apesal aku namakan ride tu macam tu, silalah naik atas balik dan tengok video tu. Memang mati naik benda ni. Hahahaha~ okay siapa2 nak tahu lanjut pasal theme park ni, bolehlah search Youtube 'The Centrifuge Brain Project'.

Walaupun theme park ni tidak dibuat betul-betul, tapi dengan segala perkiraan yang lengkap dan membayangkan theme park ni macam betul-betul wujud aku dah rasa macam meremang dan gila. Hahahaha

P/s : kenapa aku rasa theme park hanya untuk orang-orang yang psiko? Rides yang ngeri...badut dengan kostum yang menakutkan....hmmm


4 comments:

eima said...

omputeh ni penuh ngan ideas gile kan .. hebat betui la

Diana Rashid said...

kan??bagi akak orang ada penyakit je yang rasa nak sangt naik benda2 gini..buat apa entah nak menyakit kan diri sendiri...:p

Rapunzel Cikilolo said...

kagumnye dengan drawing die.

memang kelas.

Razfira said...

kalau btol2 ade aku pon teringin nak pegi weh.. tp lepas setahun dua theme park tu bukak la.. tgok review dulu cmana.. wakakaka