Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Sunday, 26 April 2015

Review Komik 'Pasal Meow'


Salam.
Asal pergi 7E je mesti kebarangkalian nak terbeli komik tu tinggi. Menyampah! T_T


Ni komik baru aku. Terbeli pasal apa? Pasal Meow (karya Nishiki)...ya pasal meow, sesuai betul lah tu dengan tajuk komik tu sendiri. Hahaha..first expectation aku, bila ia cerita meow, so mestilah dalam tu banyak kartun-kartun meow yang comel-comel belaka kan? Hahaha~ tetapi aku silap...

Sebab buku ni mengisahkan seekor kucing (bernama Meow) yang entah macam mana mukanya boleh langsung tak comel. Hadoiyai~ cerita pertama je dah tunjuk dia kena buang dengan mak dia sebab muka dia lain..dalam erti kata lain, sebab muka Meow tu hodoh..(-_-')


Hahaha kesian Meow...so macam korang tengok dalam gambar tu, macam tu lah gaya penceritaan dalam komik ni. Kecewa sikit sebab komik ni guna ayat lengkap kat bawah dia, maksud aku...bila ia komik, patutnya gunalah konsep dialog kan? But it's okay lah sebab ayat-ayat lengkap tu menjadikan komik ni lambat habis jugak lah, but still just in a few hours. Hahaha~

 

Part sedih sikit... :p

Overall, kalau kita tertanya-tanya ke maaaaaneeeeeelah menghilangnya kucing peliharaan kita dua tiga hari tak balik rumah kan, better baca buku ni sebab mungkin anda akan jumpa jawapannya, sebab buku ni kira macam journal life si Meow tu. Ada banyak cerita pendek. Hehe :)


Okay tu je, selama membaca (n_n)

2 comments:

hana hadi said...

kkadang terbeli gak buku2 jenis macam ni kalau boring. hehe

eima said...

AKU SUKA .... KOMIK .. KOMIK ...
SKRG DOK MENGGALI BALIK NOVEL DAN BACA BALIK ... LAGI SATU AKU SUKA BEREBUT KOMIK NGAN FAHIM ... HAHAHHA