Happy Three Friends

Miss Money

Sunday 19 April 2015

Bayaran PTPTN Sebelum VS Selepas GST


Salam.

Okay, untuk pinjaman PTPTN, takde apa pun yang berubah kerana pinjaman PTPTN tidak dikenakan caj GST. Yang berubahnya adalah dari segi caj perkhidmatan bila anda membuat bayaran PTPTN tersebut. Contoh;

Kalau bayar di kaunter Pejabat Pos, caj perkhidmatan yang dikenakan untuk buat bayaran PTPTN adalah Rm2. Jadi, GST yang dikenakan adalah 6% daripada jumlah caj perkhidmatan iaitu Rm2.

Jika anda bayar secara bulanan, maka setiap kali anda membayar PTPTN anda perlu membayar caj perkhidmatan termasuk tambahan GST daripada Rm2 kepada Rm2.12.

Ini bermaksud untuk mengelakkan banyak GST yang dikenakan, maka kita bolehlah bayar secara sekali gus ataupun banyakkan jumlah bayaran bulanan supaya tempoh bayaran balik tu cepat sikit habis. Haa~ gitu.

P/s: apapun, bayar je ikut kemampuan kita. Tak kisah berapa, asal bayar. Aku ni pun bukan banyak duit sangat, tak mampu nak bayar sekaligus :) 

1 comment:

Wanyob said...

Caj perkhidmatan RM2 ? Boleh tahan mahalnya tu .