Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Sunday, 19 April 2015

Rumah kena panjat orang...


Salam.

Few days ago, ada budak panjat tembok rumah aku. Nasib masa tu adik aku belum tidur, terus adik aku sergah. Nampak benau dia punya terkejut sampaikan bila adik aku tanya 'apesal panjat tembok rumah orang ni??'...dia boleh jawab 'tengah main sembunyi-sembunyi'. Kejadah apanya main sembunyi-sembunyi pukul 3 PAGI???? Ingat orang bongok sangat??

Dan yang paling tak best adalah budak tu adalah cucu jiran aku sendiri. Aku tak nak lah bukak aib mereka, cuma nak bagitau memang anak-anak dan cucu-cucu makcik tu agak bermasalah sikit. Baik bapanya mahupun anaknya, ada yang pernah masuk penjara, dan sekarang ni bebudak tu dah tak sekolah dan pagi petang siang malam duk melepak dengan geng-geng dia kat depan rumah nenek diorang tu. Rumahnya pulak tu selang sebuah je daripada rumah aku ni. Hmm...

Malam kedua lepas rumah aku kena panjat tu, mak aku berjaga sampai hampir pukul 3 pagi, sebab risau dengan bebudak ni panjat rumah kami or rumah jiran-jiran yang lain. Memang cucu jiran aku tu dengan sorang lagi kawan dia duk berlegaaaaaaarrrrr je kat kawasan perumahan kitorang tu. Diorang tak tahu mak aku duk skodeng daripada dalam rumah.  Daripada gaya diorang macam tengah plan nak masuk rumah siapa ni....

Aku pun sejak daripada tu, dah tak tenang tidur sebab telinga bila makin malam, jadi makin sensitif pulak. Asyiklah macam terdengar bunyi-bunyian yang mencurigakan. Damn betul!

Jiran-jiran sekeliling semua dah sedia maklum dengan perangai cucu-cucu makcik tu, tapi tak boleh nak buat apa, sebab bila mengadu, makcik tu back up cucu-cucunya~ Cukuplah sorang jiran aku ni macam berperang sebab anak-anak dia marah cucu-cucu makcik tu. Hmm....

Entah macam mana entah. Susah kalau ada penjaga yang terlalu back up anak-anak or cucu-cucu dia tanpa ada rasa nak periksa dulu betul ke tak aduan orang sekeliling. Tapi kesian jugak kat makcik tu, yelah budak-budak sekarang ni kecik-kecik pun dah berani nak ugut-ugut orang dewasa. Kurang ajar sungguh!!

P/s: insomnia sekejap...


5 comments:

nusha fasha said...

Haii bykla nyorok2.. giler.. bahaya tu. Jaga2 k

eima said...

REPORT POLIS LA DIK ..SURUH POLIS BUAT RONDAAN .... BAHAYA TU .....

Diana Rashid said...

kena bagi tau polis la suruh buat rondaan kat situ kerap2...jangan pulak buat repot kata depa nak panjat..hahah..nanti jadi gaduh pulak..cuma minta polis buat rondaan je..

SAMIQA ♥ said...

Ishhh, bahaya nyer kak... kena berjaga2.. ada kemungkinan mereka akan kembali lagi..

Apakah ini semenjak wujudnya GST ?? >_<

Aisya A. said...

bahaya lah.. huhu.. kita pun tak memasal jadi burung hantu nak berjaga dari burung hantu. hmmm