Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 27 September 2011

Mungkinkah kucing akan pupus satu hari nanti?

Yup, sekarang ni memang lah kita boleh jumpa kucing di merata-rata tempat. Tapi aku terfikir, satu hari nanti tak mustahil kucing juga akan jadi haiwan yang dilindungi kerana makin lama populasinya mungkin akan berkurangan. Sebab apa?

1. KEKEJAMAN 'BINATANG' a.k.a MANUSIA TAK GUNA

sengaja kenakan renjatan elektrik kat kucing???

balut kucing dengan salotape???? sanggup ke nak cabut balik salotape tu??

dan banyak lagi kekejaman manusia terhadap haiwan !

2. KUCING KENA MAKAN
Pernah dengar pasal orang-orang asing kat sini makan kucing?? Aku tak pasti berapa banyak kes macam ni dilaporkan, tapi ianya memang berlaku. Bayangkanlah, kat negara kita ni, kucing melambak tepi jalan, kalau nak makan pon, free of charges je. Makin lama, makin lah pupus kucing ni.

3. KUCING/ANJING TERBIAR DITEMBAK MATI
ni aku baru jumpa tadi...salah siapa???

4. PEMANDULAN KUCING

Ok, jangan salah faham pasal proses pemandulan kucing ni..setelah dikaji oleh Panel Kajian Syariah pada 3 & 4 April 2000, keputusan untuk proses ini adalah diharuskan bagi mengelakkan masalah ammah. Masalah ammah bermaksud jika haiwan itu membawa penyakit atau untuk menjaga keselamatan manusia dan persekitaran awamnya. Kucing bukanlah haiwan yg merbahaya, tetapi dalam negara kita, proses pemandulan kucing dijalankan untuk mengelakkan lebih banyak anak-anak kucing yang terbiar/tidak bertuan di merata-rata tempat. Dan seperti biasa, setiap tindakan / keputusan yang diambil pasti ada baik buruknya, dan dalam proses pemandulan ini, dengan kekejaman manusia lagi.....aku tertanya-tanya:

"Mungkinkah kucing akan pupus satu hari nanti......................?"

sebelum aku tamatkan entry ini, aku nak promote satu page kat korang...
especially for cats and dog lovers ( Non Muslims )
sila ke page Ini untuk membantu kucing2 dan anjing2 yang malang di negara kita
terima kasih :)

comel kan kucing aku?? hahaha....name dia oren (n_n)

2 comments:

Unknown said...

er.. x maw la ckp cm2.. kucing la haiwan pling cute.... Nurul pernah nangez sbb kehilangan kucing....

Lynn Damya said...

alolo, maaflah, akak tulis ni pon sbb akak tgk byk sgt org kejam thadap kucing, jadi mungkin ke kucing akan pupus jgk satu hari nt..? akk pon pnah nangis sbb kucing mati.. :'(