Happy Three Friends

Miss Money

Monday 19 September 2011

Masalah-masalah perempuan yang cantik

 aku selalu dengar orang mengeluh sebab dia tak cantik macam orang tu, macam orang ini, macam dia dan macam sapa2 lg yg dilahirkan cantik...aku faham, sebab aku tak ah secantik mana pon, tapi yang wat aku macam annoying tu...dok asyik ulang je cakap diri dia tak cantik lah, nak jadi cantik macam artis korea lah, nak jadi cun ala2 model lah...apsal babe??

memang kita selalu dengar orang cantik ni (more on female) akan lebih berpeluang dan dipandang bila ke mana-mana sekalipon...korang mesti pernah dengar kan orang cakap, muka cantik senang dapat kerja kan? memang senang...kite tgk artis pulak..muka cantik tapi suara hampeh...kan? ok lagi, contoh cliche awek cantik ramai admirer..kann? so best kann jadi orang cantik...tapi mungkin korang tak pernah ambil tahu apa masalah-masalah orang2 cantik dan hot ni...

1. Susah nak menilai hati budi lelaki yg datang nak berkenalan dengannya
lelaki cakap : perghh cunnye awek tu, kalau aku dapat ni.....konfem tak cari lain dah
(masalah : ko xtau lelaki tu dtg kt ko sbb ko cantik, cun & hot...bukan sbb btul2 nk bcinta dgn ko, ko punyelah syok bcinta dgn hati yg ikhlas, tp bila ada girls lg cntik dpd ko...bf ko lari plak ke awek tu....)

2. Didekati kerana kecantikan semata-mata
ni selalu kita dengar.....masa muda2 dulu, sayang giler..yelah semua masih cantik...tapi jap g kalau awek tu nampak cam buruk sket or  excident dan berparut....sumpah memang kena tinggal kalau lelaki yg datang kat dia dulu tu cuma pentingkan kecantikan luaran semata-mata

3. Risiko terdedah kepada bahaya
aku bukan nak cakap orang yg tak cantik selamat sangat, tapi kalau ikut logik...gabung plak dengan manusia2 binatang macam kat atas ni yg tak ikhlas sangat berkawan dgn orang2 cantik...korang fikir, agak2 apa leh jadi? silap-silap perempuan cantik yg suci dan innocent pon bleh rosak kalau didekati oleh jantan-jantan binatang yg tau nak rosakkan pempuan je... (grrrr....marah ni !) orang tak cantik akan jadi pilihan kedua atau terakhir untuk dipilih dalam kes2 mcm ni...ye ah, xcantik, sape nak... mungkin itu satu kelebihan yg Tuhan bg untuk orang2 yg xcantik...semua ada hikmah kan?

4. Mengundang fitnah
aku xtau camne nak explain, tapi kalau terlalu cantik pon aku rasa orang tetap akan mengata... orang sekeliling akan terdorong untuk mengaibkan sebab mereka jeles dgn kecantikan orang lain tu contoh, anda cantik...ramai lelaki cuba memikat anda termasuk sorg lelaki ni yg ade admirernye sendiri..even anda tak buat pape pon, pempuan yg minat admirer anda ni akan buat ape je supaya anda nampak buruk di mata lelaki tu...cara paling senang gosip a.k.a fitnah...kalau pempuan tu psycho, anda yg cantik ni memang kena watch out lah...dunia skang macam2 leh jadi, kalau tak aware, tak mustahil boleh cedera disebabkan fitnah2 tu semua

5. Banyak hati yang perlu dijaga
ramai peminat, banyak lah hati yang perlu dijaga kann...tak gitu?? aku bukan maksudkan playgirl..i mean ko cantik, ko ramai peminat tp ko dah ade special boyfriend...tp still ade yg try memikat korang lagi, klw ko ni jenis yg cepat kesian dan lembut hati....konfem korang akan rasa bersalah, rasa keliru, dan macam2 lagi sebab takut ada yang terluka..chewahh~~ penat tau...

ada lagi, tp cukuplah setakat ni dulu...penat ahh nak taip...so, tak yah ahh nak jelez sgt dgn orang2 yg cantik....dh dorg dilahirkan cantik, nak wat cmne...xkan ko nk jelez sampai mati...pe kata ko tukar, pandang diri sendiri plak...cari kecantikan sendiri...kadang2 tak perlu pakai mekap tebal2, pakai heels, dress up mcm ladies or control ayu untuk nampak cantik...cukup ahh korang konfident, itu pon dh cukup buat ko nmpak cantik dan ada personaliti..okay (n_n) hehe tQ readers for read this.. :D

No comments: