Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Wednesday, 16 July 2014

Gerakan Hamas - Briged al-Qassam BUKAN PENGGANAS


Salam. Okay, beralih sekejap kita daripada video 'sesuatu' yang tengah trending sekarang ni. Lagi tentang Briged al-Qassam. Kecewa bila ada orang Islam yang ambil endah tak endah tentang kewujudan briged ini, lagi kecewa bila ada yang salah anggap mereka adalah pengganas! MasyaAllah~come on lah...Briged Al-Qassam bukanlah pengganas seperti yang diwar-warkan oleh media pro-Israel okay. Lagi memanaskan hati, bila media di Singapura juga memihak kepada Israel dalam hal ni..

BUKTI SINGAPURA SOKONG ISRAEL


1. Jadi, kalau al-Qassam bukan pengganas, kenapa mereka menutup muka mereka?? Ini jawapan mereka, ketika ditermubual oleh wartawan Metro kalau tak silap aku..



See? Harap korang boleh terangkan ini kepada sesiapa saja yang tanya korang betul ke al-Qassam ini pengganas...biar mereka tahu betapa mulianya niat mereka tu..

2. Dan kalau betul al-Qassam bukan pengganas, mengapa mereka menyerang Israel??


Okay, kalau nak cerita sejarah dari awal memang sangat panjang. Ringkaskan cerita, Palestin itu milik penduduk Palestin, tapi telah dijajah oleh Israel sejak 20 tahun yang lalu. Kalau setakat duduk berdamai tu takpe, ini dia boleh pergi bom-bom-bom-bom-bom, culik, tangkap, rogol, cabul, seksa, dan bunuh secara kejam penduduk Palestin tu di tanah Palestin sendiri...selama 20 tahun itu mereka menderita dan sengsara kerana peperangan dan disabotaj pula oleh media-media barat dan antarabangsa yang 'menutup' berita ini dari pengetahuan kita di sini.

Dua pilihan diberikan kepada penduduk Palestin...i) Keluar daripada tanah Palestin...ataupun ii) Berjuang menuntut keadilan demi Palestin.

*Terbaru, kenyataan daripada salah seorang ahli al-Qassam ketika ditemubual oleh wartawan Astro Awani dalam video Ini :

"Musuh kami telah menceroboh tanah kami. Mereka menyebabkan kanak-kanak menjadi yatim piatu dan wanita menjadi janda. Mereka juga merosakkan tanah kami. Apa yang boleh kami lakukan? Adakah kita hanya perlu bertepuk tangan??

Saya ingin menjelaskan kami bukan memerangi Yahudi kerana mereka berbangsa Yahudi. Ia bukan begitu. Kami berperang menentang mereka yang menceroboh kami. Saya masih ingat delegasi Rabbi Yahudi pernah melawat Gaza. Adakah kami melakukan mereka seperti mana kami lakukan pada askar Israel? Sudah tentu tidak, kerana mereka tidak bermusuh dengan kami.."

Jadi, yang satu dunia sedang lihat sekarang ni adalah suatu bentuk penentangan yang maksimum terhadap penjajah dan musuh mereka sekian lama, iaitu Israel!

Ini semua poyo!!

Mohon terangkan juga kepada mereka-mereka yang masih belum faham tentang ini...terima kasih..

* Tambahan info mengenai Briged al-Qassam ini *

Mereka memiliki skuad Amfibia Laut yang mahir 'bergerak' di dalam air untuk menyerang musuh. Be scared of them, Israel.




Aku tak tahu kenapa aku selalu mengikuti perkembangan al-Qassam ni. Jiwa aku macam berkobar-kobar untuk bantu diorang walaupun mungkin hanya melalui doa dan penulisan dalam blog ni je. Bila aku tengok je mereka ini berkumpul dengan ramainya...aku rasa sangat bangga. Sangat bersemangat. Ya, aku lebih memandang mereka ini berbanding hero-heroku yang dahulu seperti Batman, Superman, Transformer, Zorro dan sebagainya. 

Briged al-Qassam jauhhhhhhh lebih coOL dari semua hero yang ada di dunia ini. Mereka adalah kebanggaan umat Islam seluruh dunia!


You're so CoOL....we're pray for you and Palestin and Gaza...all the time..





4 comments:

ct cucubi said...

mereka mmg sgt cool~

eima said...

mudahan Allah bukakan hati israel utk hentikan serangan...ini je aku mampu doakan ...

Tinta Lana said...

Salam.

Bila perkara sebenar diselewengkan, yang baik pun nampak jahat sgt..

Isu ni dah berlarutan bertahun2..tapi organisasi besar mcm PBB macam takda fungsi.

Anonymous said...

Allahuakhbar....