Happy Three Friends

Miss Money

Monday 7 July 2014

Tips Berjimat Menyambut Hari Raya Aidilfitri


Berapa banyak duit yang korang spendkan untuk perbelanjaan menyambut hari raya pada tiap-tiap tahun?? Seratus dua? Seribu dua? Ataupun berpuluh-puluh ribu??


Aku lihat kebanyakan orang kita akan bershopping habis-habisan demi menyambut hari raya, kalau boleh nak semua serba baru. Tukar langsir, tukar kereta, tukar sofa baru, tukar carpet baru, cat rumah kaler baru, mana yang terlebih duit pulak, bila hari raya je dia tukar kereta baru. Memanglah takpe, sebab setahun sekali je, tapi kalau fikirkan betul-betul, semua tu agak membazir sebenarnya.

Tapi jangan risau, sebab lepas ni, korang tetap boleh merasa serba baru jugak, tanpa membelanjakan sejumlah besar wang macam dulu-dulu. Nak tau camne? Teruskan membaca ye (n_n)


Tips Berjimat Dalam Membuat Persiapan Sambut Aidilfitri

1. Mix and Match Baju Raya

Selain daripada menggunakan baju raya yang lama-lama, kita juga boleh 'mengitar semula' pakaian-pakaian lama tersebut supaya kelihatan macam baju kurung baru dan moden, mengikut trend masa kini. Caranya :-

 

- Beli skirt labuh yang berpadanan dengan baju kurung anda dan gayakan bersama. Misalnya, baju kurung bercorak dan bermotif seperti dalam gambar kiri tu. Anda boleh mix-match dengan skirt labuh yang berwarna plain dan gayakan macam dalam gambar kanan. Ha kalau baju pula yang plain, belilah skirt labuh yang bercorak. (kalau dua2 dah ada, terus je mix-match, tak yah beli-beli..hehe)

- Buatkan dart pada baju kurung biasa (hantar kedai). Ini untuk efek lebih moden, dan sangat sesuai digayakan dengan skirt labuh tadi. Kalau orang perasan pun tu baju lama, mesti diorang akan lebih rasa kagum melihat betapa kreatifnya cara korang 'memberi nafas baru' kepada baju lama tu :D

- Tambah manik atau blink-blink. Jika baju raya tahun lepas korang style plain-color block, sangat sesuai menggunakan elemen tambahan seperti ini. Jangan lupa, boleh je beli skirt labuh warna lain pulak untuk mewujudkan padanan color block yang baru.


2. Cat Rumah

Nak nampakkan kelainan pada rumah, tak perlu sampai kena cat keseluruhan rumah. Cukup dengan dua cara ini sahaja :

- Ubah warna yang minoriti. Contoh, rumah anda basic catnya berwarna kelabu, dan ada sikit-sikit macam line tepi or bingkat tingkap berwarna kuning terang. Try tukar warna cat yang sikit-sikit tu je, maybe boleh ditukarkan pada warna lain yang matching dengan kelabu seperti hijau pisang, merah darah, oren dan sebagainya.

Macam rumah dalam gambar ni, warna minoriti adalah putih, bayangkan jika ia ditukar kepada warna hijau, merah, dan sebagainya. Dah nampak cantik. Tak perlu cat semua kan?

- Ubah dinding utama rumah anda. Contoh, macam dalam gambar ni :

Kalau anda nampak, bahagian tingkap belah kiri di cat warna oren (terlindung sikit dalam gambar) telah menyebabkan ruang itulah yang lebih menonjol daripada ruang (dinding) yang lain. Apa yang perlu anda buat, adalah mungkin ubah oren tersebut kepada dinding yang ada pintu masuk rumah tu supaya dinding itu pulak yang lebih menonjol.

Dan tingkap tadi boleh dicat kembali dengan warna basic kelabu sama macam dinding yang lain. Hasilnya, bahagian dinding pintu akan lebih menyerlah setelah diwarnakan dengan warna oren sekaligus akan menyebabkan kelainan sikit pada rumah anda :D


3. Perhiasan & Barang Dalam Rumah

Ada 2 cara untuk memberi kelainan pada perhiasan dan keseluruhan ruang dalaman rumah :

- Pertama, tukar barang-barang yang 'minoriti' sahaja,
mengikut tema warna yang dikehendaki. Contoh dalam gambar ini:

Tona asal ala-ala pastel yang lembut dan cerah. Tampilkan kelainan dengan 'memasukkan' suatu warna yang striking untuk menambah kelainan pada ruang tamu. Contoh, 'masukkan' warna maroon. Apa yang perlu ditukar kepada warna maroon adalah perhiasan-perhiasan minoriti, seperti bantal kecik kat sofa tu, carpet, ribbon pengikat langsir dan warna bunga-bungaan. Bukan tukar sofa, langsir (kalau boleh jahit sendiri, lagi jimat), meja, almari dan sebagainya.

- Kedua, beli yang betul-betul perlu sahaja. Mana yang buruk dan rosak, ganti. Mana yang masih elok, baik dan tidak mencederakan jika digunakan, kekalkan saja tak perlu ditukar. Yang mana perlu diganti tu pulak, lakukan penjimatan dengan membeli ketika diskaun atau beli tanpa mengira jenama yang branded.


:)

Itu je lah antara perkongsian tips penjimatan yang harap-harap dapat membantu korang 'mencipta suasana serba baru' tanpa membelanjakan terlampau banyak wang, hanya untuk berhari raya. 

Apa kata, biar rumah sederhana, tapi duit yang diisi untuk diberikan (sedekah) kepada kanak-kanak yang datang tu lebih sikit? :) 



p/s : banyakkan sedekah kepada yang memerlukan, dan berhari rayalah dengan bersederhana. InsyaAllah :)


5 comments:

eima said...

kami ala kadar je tak penah pulak sampai tukar mcm2 .. takat tukar bj je ngan langsir tu pun yg murah under RM150 je

Tinta Lana said...

Salam.

Ko ni..aku jrg2 komen pun, salu gak nengok entry ko..semangat raya sokmo,hahahah

Bagus2! Aku lynn, biasa tukaq langsir ja. Cat2, aksesori jrg sangat..

btw, idea mix n match baju rya tu, cam best r lin, rsa nak try buat :D

Cik Anita said...

Alaaa... tang baju tu tak nak lah!! Nak jugak baru, baru ada feel. HAHA. Benda lain tak baru xpe, tapi baju pujaan tiap kali raya...

Unknown said...

langsir selalu beli yg paling murah tu je.. tak payah beli mahal2 kalau raya tahun depan tukar lagi.. cat selalu nya ambik yg mahal sikit biar tahan bertahun2.. so tak perlu lah nak cat rumah tiap2 kali raya. :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

buat masa ni takde apa yg dfkirkan lg..huhu