Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 22 July 2014

Villa Penginapan Tercantik di Johor Bahru



Salam. Hoyeah~hoyeah~ aku baru tahu tentang kewujudan villa penginapan berkonsepkan fully traditional macam ni kat Johor. First time pergi sana masa jamuan buka puasa minggu lepas :D Sangat-sangat cantik, meh aku citer lagi...

BOUTIQUE HOTEL VILLA WARISAN JA (Johor Bahru)

Lokasi : Jalan Abdul Rahman Andak, 80000 Johor Bahru
(ini aku tak tahu nak explain macam mana, tapi masa aku pergi tu, daripada jalan tepi laut Johor tu, aku masuk simpang yang ada Zoo Johor tu, then pandai-pandailah cari dalam tu..haha)

Daripada luar, akan nampak pintu gerbang ni...


dan bila masuk je...tersergam indah villa ni, memang cantik gila dengan ukiran-ukiran kayu dia tu..aku rasa datang sini macam balik kampung..haha padahal umah nenek aku takde pun berukir-ukir camni :p



Binaan yang sebelah kanan tu, adalah car park. Macam parking kereta kat bawah rumah lama, rumah kayu lama kan tinggi-tinggi semua..hehe

Bahagian atas dia tu macam pangkin kosong lah..boleh ambil angin kat situ...berfungsi jugak sebagai tempat untuk buffet Ramadhan dan apa-apa majlis macam majlis perkahwinan ke..diorang akan guna kawasan tu.
Okay, ini pulak bahagian pintu utama nak masuk ke ruang penginapan. Kira macam lobi lah, dan lobi dia ni jugak berfungsi sebagai wedding gallery, sebab masuk-masuk je, korang akan nampak sebuah dekorasi pelamin berkonsepkan tradisional terpampang depan mata...coOL~

Pintu masuk utama ke ruang lobi Villa Warisan JA
Inilah pelamin yang aku cakap tu, style jugak kalau kahwin tema ukiran-ukiran tradisional macam ni, hehehe...owh ya, bahagian kerusi tu agak messy sikit, sebab ramai orang duk bergambar kat situ :p

Haa...okay dah warm up, jom aku bawak pusing-pusing dalam villa ni. Yang menariknya tentang Villa Warisan JA ni bukan je sebab konsep dia yang tradisional tu, tapi bilik-bilik penginapan dia luas dan memiliki pemandangan bandar yang cantik, then ada pool dan suasana persekitaran yang selesa dan unik. Jom kita tengok gambar lagi :D Sila abaikan mahkluk-mahkluk yang ada dalam gambar-gambar tersebut ya...

Ruang bersantap yang open dan sejuk




Masih lagi dalam bahagian ruang lobi...yang bawah tu, ruang legar untuk guest yang menginap kat tingkat bawah tu. Masuk sini, memang kau akan feeling-feeling macam orang kaya yang duduk rumah besar dan mewah. Hahaha ;p
Haa ni dalam bathroom tau, tingkap tu boleh bukak tutup..so kalau korang nak mandi berangan-angan sambil tengok awan, boleh lah bukak je tingkap tu~ sumber gambar
sumber gambar

Okay, ini aku kagum gila. Dah rasa balik ke zaman hang Tuah gitu~ chewah :p Yang pintu-pintu besar tu adalah pintu untuk kembali ke zaman silam! Okay, gurau je, sebenarnya itu adalah pintu-pintu bilik penginapan guest. Besar kan, cuba bandingkan ia dengan model aku yang tak sempat nak berposing tu~ haha

Ini antara gambar bilik penginapan kat villa tu :

 
Feeling raja sehari sangat kann~~

Kalau stay kat bilik ground level, sangat best sebab pool tu macam korang yang punya. Bukak-bukak pintu je dah nampak pool depan mata...

Pool depan mata (terlindung dengan pagar) sumber gambar
 
Surau kat villa ni terletak kat tingkat atas sekali...so, masa solat akan rasa tiupan angin-angi sepoi bahasa~


Kalau korang berjalan-jalan dalam villa ni, ceruk mana-mana pun confirm ada ukiran. Fuhhh~


Suasana di Villa Warisan Ja pada waktu malam ramadhan (lepas buku puasa) Sangat cantik kalau korang tengok depan mata tau, meriah gila, macam hari raya! :D
By the way, masa aku join buffet Ramadhan kat sini, ada kambing panggang tau..aku makan banyak betul...


...lepas tu aku pun pening lalat...Hahaha ;p K bye~

Kalau korang berminat nak menginap di sini, or nak tanya apa-apa kalau nak buat event kat sini, boleh terus pergi ke FB mereka ya.


2 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

tgk deko ala2 kat indon.. tp cun woooo...

eima said...

ko leh wat kenduri kat sini lawa wei ....

pelamin tu mmg besh gile...katil tu lagi la ...