Happy Three Friends

Miss Money

Monday, 14 July 2014

Sharing activities and Awareness in FB


Salam. Aku still tak boleh move on lagi daripada kes serangan di Gaza dan Palestin ni. Nak gembira sebab German menang pun macam tak sanggup. Nak ikutkan, dulu memang ada juga Gaza dan Palestin dibedil habis-habisan macam sekarang ni, tapi masa tu maybe kesedaran aku belum mencapai tahap kesedaran yang aku rasa sekarang ni. Mungkin juga dulu sebab kurang pendedahan dalam laman sosial dan media elektronik, maka aku sekadar 'owh..kesiannya mereka...' even aku tahu most of them are Islam....Tapi sekarang, lain!

Bersepah video dan status update dari semasa ke semasa tentang kekejaman Israel kepada penduduk Gaza dan Palestin dekat Facebook. Dan honestly aku memang nak ucapkan terima kasih kat seorang junior aku masa sekolah sains dulu, sebab dia selalu share video dan update-update tersebut. Dan dari dia lah, aku akhirnya mendapat kesedaran yang macam ni. (Baru aku tahu dan sedar tentang kepentingan share hal-hal macam ni, baru aku tahu macam mana aktiviti 'sharing' itu bertindak) Ia boleh mewujudkan awareness dalam kalangan kita semua terhadap sesuatu perkara!

Memandangkan dekat radio, dekat televisyen, sangatlah sedikit berita tentang Gaza dan Palestin dari semasa ke semasa, even aku rasa macam takde sentuh langsung tentang isu ni, maka aku rasa sangat perlu, disebarkan menggunakan alternatif lain seperti laman sosial. Seriously, mak ayah aku masa Gaza dan Palestin kena serang masa semi final World Cup tu, diorang macam tak tahu apa-apa. Diorang takde FB, diorang tak seacrh di internet, jadi bila takde disiarkan di Tv atau radio even newspaper sekalipun, diorang takkan aware dengan sesuatu yang sedang berlaku. 


Jadi, teruskanlah share video-video kekejaman Israel di laman sosial anda, share saja biarpun tiada yang like mahupun komen, sebab niat kita share adalah untuk mewujudkan awareness dan memberitahu satu dunia tentang apa yang Israel buat pada saudara kita di sana. Mungkin ada yang terkesan dengan apa yang anda sharekan itu, dan akan mula sedar macam aku ni, dan nampak apa yang perlu dibuat. 

Aku belum ada mood langsung nak menulis mahupun blogwalking. Seriously, cannot move on from these....


2 comments:

eima said...

keep praying for them .....

K.A. said...

betul..xpayah nk harapkan media arus perdana sangat.. kita sebagai users ni kena mainkan peranan jugak.. kuasa bloggers besar taw.. media y mainstream terang2 dah fokus kat profit more than everything.