Happy Three Friends

Miss Money

Thursday, 27 November 2014

Pandora Emas 916


HARAP MAAF GAMBAR2 DALAM ENTRY INI TELAH GHAIB SECARA TIBA-TIBA...sungguh sedih T_T

Salam \(n_n)/
Daripada beli Pandora semata, better beli emas original yang sebijik cam Pandora style yang ada charm-charm bagai tu. Lagipun kalau emas ni, boleh jual balik time terdesak perlukan duit kan :)

 
Pandora (kiri) VS Emas original ala Pandora (kanan)

Versi emas pun tak kurang menariknya juga, macam-macam bentuk charm yang cantik-cantik boleh dipilih untuk hiaskan gelang tangan emas anda tu :

 
  
 

Berikut pula antara hasil gelang tangan emas 916 ala-ala Pandora yang telah siap 'digubah' :



Emas wehh~ semuanya emas-emas belaka! Hahah

 
  

Hah kau, banyak pilihan kan! Emas pulak tu, memang sangat bagus! Pada sesiapa yang berminat, bolehlah ushar dan PM di Pandora Emas 916


P/s : Sesuai juga untuk dijadikan hantaran ;)

Idea 'Kejutan' Iphone yang sangat kejamm !!


Salam \(n_n)/
Viral sungguh kisah orang buat kejutan guna Iphone sekarang ni. Dah murah sangat ke Iphone sekarang ni ek? Hahaha~


1. Kisah pertama, aku baca daripada blog Cik Balqis, ada seorang mamat ni bagi sebungkus nasi ayam pada awek dia yang tengah merajuk masa tu.

Nasi ayam bertukar rupa menjadi Iphone. Pling!!! Gila surprise kan? Slumber je pakwe dia beli i phone lepas tu balut guna paper dan tulis nasi ayam. Memang mengujakan~ hahah..btw untuk makluman, pakwenya itu seorang businessman, diorang pun dah nak berkahwin dah :D

2. Kisah kedua, tentang seorang suami buat kejutan kotak KFC untuk isterinya...


Pling!! Ayam goreng KFC bertukar menjadi Iphone...muahaha..betapa terkejutnya kejutan ini kan..kan..kan..

TAPI, dua-dua kisah ini tak boleh lawan kisah yang akan aku share di bawah ini. Kejutan ini merupakan kejutan yang sangat-sangat terbaik yang pernah dibuat orang, sangat 'romantik', kalau boleh sediakan kamera tersembunyi untuk lihat reaksi orang-orang yang terkena tu....eh, terkena?


................................




Haaaa...gigihlahkan... kesian orang tu dah berharap dapat Iphone...isk..isk..kecewa tahap dewa lah kalau terkena macam ni. Hahaha..btw, sebab apa aku kata idea kejutan ini terbaik???

Sebab aku tak sangka lah pulak kotak Iphone tu boleh jadi macam Tupperware, siap bolah isi nasi beserta lauknya tanpa kelihatan kesan minyak daripada luar. Yelah, siapa nak isi nasi dalam kotak kan? Kotak Iphone pulak tu, hahaha :p

P/s : tahniah kepada yang mengenakan, idea anda memang awesome! Hahaha harap anda tidak dibelasah dengan teruk akibat pemberian surprise ini, dan masih hidup sekarang ni...amin~ PEACE


Wednesday, 26 November 2014

Nama-nama baru jalan Kuala Lumpur yang ditukar


Salam (u_u)
Nah, hafal...


Lepas tu practice okay. Kalau sesat aku tak tahu~

P/s : Tindakan tukar nama jalan ni ibarat tukar saiz duit syiling 50 sen jadi sama saiz dengan duit syiling 20 sen. Kedua-duanya mengelirukan. Tahniah!


Demand Barang Hantaran Kahwin ??


Salam :)


Hantaran kahwin bukanlah ruang untuk anda 'mendapatkan' segala apa yang diidam-idamkan selama ini ya. Kaum gadis-gadis terutamanya, jangan menyeksa sangat bakal-bakal suami anda untuk memenuhi hantaran kahwin dengan barang-barang yang anda dah lama sangat nak, tapi tak cukup duit nak beli. Bukan tak cukup lagi, tak mampu sebenarnya~

Seriously, pasti anda lebih mengenali pasangan anda dan tahap kewangan dia macam mana, jadi...kalau si dia bukan datang dari keluarga yang berada dan gaji pun cukup-cukup makan untuk zaman sekarang ni, sila lah beragak-agak sikit dalam 'mendemand' barangan hantaran.. Jangan manja sangat :) *nak beli sendiri

Kecuali lah kalau bakal suami kau anak dato' ke, artis ke, businessman yang bulan-bulan gaji dia Rm5000 ke atas ke, itu korang nak minta Range Rover letak atas dulang hantaran pun aku tak amek port, asalkan tak menyeksakan kewangan si dia..okay~

P/s : duk sibuk kumpul duit untuk kahwin, tapi jangan pulak guna semuanya untuk kahwin tau, lepas kahwin pun kena ada ongkosnya~ hehe ;p

Tuesday, 25 November 2014

Sedapnya Coklat MOKAYA


Salam \(n_n)/
Aku sukaaaaa makan chocolate mint. Semalam, aku pergi jalan-jalan kat Giant, lalu tempat coklat, dan aku ternampak satu jenis coklat yang agak unfamiliar bagi aku. Jenama Mokaya? Apakah?


See! Dah macam komik, memang aku terbeli lah kan, sebab grafik designer ni memang suka membeli sesuatu berdasarkan packagingnya. Haha~ so, aku dah terbeli...aku beli perisa mint yang warna hijau tu..

Besar dia memang macam kotak pensel warna. Coklat aku Naughty & nice, you alls~~
Before beli, check dulu. Okay buatan Malaysia dan ada logo Halal. So, pass untuk dibeli..hehe

Haaa, bar coklat dia pun cantik tau, ada corak-corak buah koko dan tulisan logo Mokaya tu sekali. Semangat nak makan. Coklat mint yang aku beli tu pun sedap gila. Berangin dan segar je sebab mint dia tu. Memang tak menyesal beli. Harga sekotak tu Rm8 lebih. Kalau tak sedap, mesti menyesal :p Haha~

Coklat Mokaya ni datang dalam pelbagai perisa iaitu:


Haa banyak kan! Packaging dia sangat menarik, dan tengah-tengah google tadi, aku berjaya detect designer yang buat ilustration pada packaging coklat ni kat page Behance.Net. Ni ha lukisan asal beliau sebelum diedit letak pada kotak coklat ni:

Designed by Denny Kotian, from Mumbai, India

Okay, nak tau pasal coklat Mokaya dengan lebih details, sila pergi sendiri ke laman web mereka iaitu MOKAYA CHOCOLATE. Sejarah penamaan Mokaya tu sendiri ada diceritakan dalam tu. Okay tu je nak share untuk chocolate lover sekalian. :D Bye~


P/s : Vochelle Mint Chocolate pun sedap tau!

Monday, 24 November 2014

Projek DIY Doodle Fridge Magnet


Salam \(n_n)/


Alhamdulillah, akhirnya berjaya siapkan fridge magnet yang gebu-gebu ni. Terima kasih kepada adik aku yang gigih menjahit magnet gebu ni guna mesin jahit. Nak harapkan aku, memang ke laut lah, senget-benget jahitannya :p Magnet comel ni sesuai dijadikan hadiah kenang-kenangan untuk si dia, keluarga dan rakan-rakan anda untuk apa jua majlis. Dan aku akan kongsikan tutorialnya di sini. Yeay! :D

Tutorial Doodle Fridge Magnet

Bahan-bahan:

- Unbleached Cotton (by Fabric Fanatics)

- Sharpie Pen (cari di kedai buku)

- Kapas sintetik (cari di Daiso, Aeon)

- Black Disk Magnet (by SUS n'd Felt)

Cara-cara:

Mula-mula kena buat sarung magnet gebu...

1. Potong fabric unbleached cotton tu mengikut size magnet yang dikehendaki, lebihkan sikit keliling dia untuk jahit guna mesin.

2. Jahit guna mesin daripada belah dalam dan tinggalkan satu bahagian saja yang tidak berjahit sebagai 'pintu' untuk masukkan kapas.
*saya guna mesin jahit INI

3. Terbalikkan sarung magnet yang siap dijahit..dan mula melukis doodle. Pastikan anda sisipkan kertas keras dalam sarung magnet tu supaya dakwat pen tak tembus sampai ke permukaan belakang.

Sarung magnet yang dah siap dijahit akan berbentuk petak macam ni bila dah 'diterbalikkan'. Lukis ikut kreativiti anda.
4. Masukkan kapas, dan jahit tutup bahagian 'pintu' itu dengan jahitan tangan insang pari.

5. Sarung Magnet anda akan kembung macam ni lepas siap diisi kapas:


6. Lekatkan Black Disk Magnet di bahagian belakang magnet gebu tersebut guna gam uhu.

dan pling!!! Jadilah ia...

Doodle Fridge Magnet



Siap untuk dipos ke pemiliknya! Nasib baik ada kotak Ephyra, muat-muat elok je magnet-magnet gebu ni duk kat dalam tu..haha

Okay, tu saje. Selamat mencuba (n_n)


Mesin Jahit Global GSM-505 Not Bad :D




Tadaaa !! Inilah mesin jahit yang aku ceritakan semalam ! Aku beli online di LAZADA tau, sebab boleh COD ;) Semalam balik rumah terus membelek-belek mesin jahit dan test jahit. Harap maklum, mesin jahit ni sesuai untuk kegunaan biasa-biasa je, amat berbaloi dengan harganya RM 169 je (n_n) Okay, meh aku citerkan sikit keseronokan mesin jahit Global 505 ni..hehe


1. Mesin jahit yang sangat comel, berpatutan dengan harga
dan fungsi kegunaannya

2. Kalau tak baca buku manual pun, boleh faham sebab kat
badan mesin tu ada tulis step untuk masukkan benang
dari mana ke mana.

3. Buku manual juga mudah difahami, cuma ia berbahasa Inggeris

4. Mesin jahit ni senang dikendalikan. Aku yang memang fresh
beginner dan zero knowledge tentang jahit mesin ni pun senang
je menjahit. Seronok betul, even jahitan aku tak lurus lagi..hehe
Haa nak masukkan benang pun senang faham. Aku dah try
semalam, rasa macam femininnnnyaa pandai masukkan benang
kat part-part mesin jahit tu ! Hahahaha

5. Kalau beli mesin ni terus daripada Lazada, mesin tu memang
dah siap dipasangkan benang dan sekoci. So keluar je mesin
tu daripada kotak, sambungkan elektrik, haa dah boleh test
bakat menjahit. Hahaha..memang diorang faham kehendak
customer-customer yang excited macam aku ni..hihi :p

6. Mesin jahit ni bukan saja dibekalkan dengan pedal kaki
untuk menjahit, tetapi juga terdapat fungsi automatik yang
mana mesin boleh menjahit sendiri! 

Lihat yang aku dah bulat merah tu. Itulah button untuk biar
mesin ni jahit secara automatik. Kalau button tu kat tengah-
tengah (off), means anda jahit guna pedal. Kalau nak jahit
secara automatik, hanya perlu gerakkan button ke kiri untuk
Low (L), atau ke kanan untuk High (H)..aku belum expert guna
Low je dulu..owh ya, guna pedal pun senang..dia tak macam
mesin jahit yang mahal-mahal tu, tekan sekali terus zuuppp
ke depan.. hehe so memang bagus untuk aku..

7. Mesin Jahit ni ada 8 jenis jahitan. Rujuk gambar atas tu untuk
lihat jenis-jenisnya. Fyi, mesin ni takde jahit tepi ya :) Jahitan
pula okaylah, kemas! :D cuma aku terlupa ambil gambar contoh
jahitan yang aku buat semalam

8. Mesin ni ada lampu kecik, so mudahlah nak menjahit di
waktu-waktu yang kekurangan cahaya kan..

9. Ada juga laci kecik kat tepi mesin jahit untuk korang letak
gula-gula untuk hilangkan rasa mengantuk ketika menjahit.
Eh, bukan tempat untuk letak barang-barang jahit ke? (-_-')

10. Ni paling aku jakun, sebab bila dah habis jahit, terus boleh
putuskan benang kat tepi mesin jahit tu, dia macam ada sikit
cutter tersembunyi khas utk putuskan benang. Tak payah nak
guna gunting lagi. Sangat style dan jakun aku semalam okay~

Okay tu lah sedikit sebanyak review aku tentang mesin jahit
Global GSM-505 ni. Not bad dan berbaloi-baloi bagi aku!
Bunyi dia memang macam keretapi sikit, hahah..so agak
segan nak menjahit waktu malam. Haha :P

Tunjuk ajar daripada ratu menjahit a.k.a my mommy semalam

Owh ye, semalam abah aku kejam. Aku baru terkial-kial nak berlatih menjahit, dia dah bagi aku tugas khas on that time jugak, suruh aku jahitkan baju dia yang dah tertetas benangnya. Kejam..kejam T_T...nasib baik aku jahit okay...em okay lah kot..sendiri jahit sendiri nilai~ hahaha...

Okay tu je nak cerita, tukar sekoci aku belum tau lagi macam
mana sebab masa dapat mesin ni, sekoci dah siap pasang.
Nanti aku citer macam mana kalau aku dah belajar ye.. hehe

Baru! Klik untuk baca hasil penggunaan mesin jahit ini


Avril Lavigne + Hello Kitty



Gila!
Aku tak boleh berhenti tengok gambar ini.
Dah share di FB, aku share pula kat blog.
Rasa macam dia sangat cool dalam gambar ni...
sweet, tapi cool!
Satu sebab lagi, mungkin aku tertarik dengan coat pink dia tu, seriously mana nak cari? Terasa nak beli even aku tau aku takkan guna sebab cuaca di Malaysia tidak mengizinkan...hahaha..

P/s : btw, gambar ni penuh dengan warna pink yang lembut. very adorable! ;)

Thursday, 20 November 2014

4 Hotel Malaysia Yang Unik Khas Untuk Backpakers


Salam \(n_n)/
Whoa! Rasa teruja sebab baru tahu kat Malaysia ni wujud rupa-rupanya hotel-hotel penginapan yang unik macam kat luar negara sana tu. Design dan rekabentuk penginapannya amat sesuai sangat untuk backpackers-backpackers sekalian dan harganya juga amat berpatutan! Jom lihat~

1. Tubotel, Langkawi


Dibina dengan menggunakan paip pembentungan projek bawah tanah yang terbengkalai yang diubahsuai hingga menjadi sangat menarik kerana bentuk dan warnanya kelihatan comel dan berwarna-warni. Ditambah pula dengan keselesaan katil dan di dalam, memang tempat terbaik untuk menikmati pemandangan laut yang terbentang luas betul-betul di hadapan bilik hotel ini.



Harga 1 malam dari Rm138

2. Bustel Klebang, Melaka


Haaa...walaupun nampak buruk dan kokak daripada luar, tetapi dalaman bas ini telah diubahsuai menjadi sebuah bilik penginapan yang selasa untuk para tetamu! Kat sinilah korang boleh mengimbas semula kenangan naik bas lama-lama yang aku gelar roller coaster ni. Memang nostalgia. Idea yang menarik. Syabas, negeri Melaka!


Sumber
Jangan risau tentang nak mandi kat mana, sebab bilik air dah siap tersedia sekali dalam setiap bustel yang ada. Kalau nak makan pula, turun dari bustel anda, dan naik bas-bas yang lain yang dijadikan kafeteria.


Harga 1 malam dari Rm120


3. Container Hotel, Kuala Lumpur


Nice! Ingat pekerja buruh je yang boleh tinggal dalam container macam ni, haa sekarang ia dah jadi penginapan ekslusif untuk sesiapa saja. Reka bentuk dan suasana persekitaran amatlah moden dan stylish.


Cuma aku tak pasti dia kalis bunyi ke tak..haha


Harga 1 malam dari Rm56

4. Time Capsule Retreat Sungai Lembing, Pahang


Anda pencinta alam semulajadi? Bosan dengan kerja yang memenatkan dan suasana bandar yang bingit dan huru-hara? Ya! Bercutilah ke sini dan nikmati pemandangan hutan hijau hanya dari 'capsule' anda. Pastinya menyegarkan!



Harga 1 malam dari Rm118

********************************

So, camne? Bestkan Malaysia sekarang ni ;) Tak payah nak buat hotel-hotel yang mewah sangat sebab sekarang ni ramai manusia yang lebih tertarik kepada keunikan dan kepelikan macam ni. Masing-masing bercita rasa tinggi dan gemar mencari serta mencuba sesuatu yang lain dari yang lain demi menambah pengalaman berharga mereka.

Okay itu saje, semoga bermanfaat. Maklumat lanjut, sila google ya (n_n)

P/s: nanti aku nak pergi jugak! \(n_n)/