Happy Three Friends

Miss Money

Wednesday 2 July 2014

Tutorial Cara Cropping Guna Photoshop dengan kemas


Salam okay, entry ni pulak khas untuk Kak Eima, semalam beliau tanya aku macam mana nak crop (cut out) sesuatu image daripada satu gambar ni, untuk ditempekkan pula ke atas gambar yang lain?

So, ini tutorialnya ya, harap masih sempat membantu kau kak..hehe. Oleh kerana ni bulan puasa, maka aku ambil contoh gambar ketupat. Kononnya, aku nak crop (cut out) gambar ketupat ni sahaja:



untuk ditempekkan ke atas wallpaper dibawah ni :



OK! Jom tengok step-stepnya :

1. Open gambar ketupat tu masuk dalam Adobe Photoshop.

2. Klik tools 'Pen Tool'

3. i. Klik titik permulaan menggunakan 'Pen Tool' dan buat titik-titik seterusnya..
(titik-titik tersebut haruslah betul-betul di bahagian tepi atau outline objek yang kita nak cut out tu)

ii. jika terdapat permukaan melengkung, anda perlu membuat titik dan jangan lepaskan mouse...(saat anda tengah klik lama tu, gerak-gerakkan cursor supaya garisan titik tu boleh dibentuk melengkung ikut bentuk objek yang kita nak cut out tu, bila dah okay, baru lepaskan mouse) :



sekarang, lihat pada nombor 3, terdapat lebihan garisan yang perlu dipotong...



iii. untuk potong lebihan garis tersebut, tekan ALT di keyboard, dan gerakkan cursor betul-betul pada titik ketiga tersebut, jika muncul tanda seperti tiga segi ini : ^ di cursor anda, baru klik. 



Okay, lepas tu, teruskan lah buat titik-titik sambungan berkenaan, kalau tepi objek tu lurus, just buat titik macam biasa, kalau melengkung, ulangi langkah 3 ii. dan iii. Teruskan buat titik sehinggalah anda kembali kepada titik pertama tadi :


saat ini, kalau anda gerakkan cursor untuk sambung titik terakhir kepada titik pertama, anda akan lihat muncul tanda bulat kecik di cursor anda. Haa..kalau dah muncul macam tu bermaksud ia betul-betul tepat di penghujung, so klik titik pertama tu ya.

Sekarang, objek ketupat telah siap di buat titik-titik sepenuhnya kat sekeliling dia.

4. Right click atas objek yang kita nak cut out tu (ketupat) dan pilih 'Make Selection' :



5. Lepas tu akan keluar table macam di bawah ni. Set kan macam bawah ni, dan 'OK'


Sedikit info mengenai selection ini, semakin besar nilai Feather Radius, semakin blur bahagian tepi objek berkenaan. So, kalau nak objek tu dipotong rata, letak 0 atau 1 ya :)

*objek yang kita nak cut out tu akan dikelilingi oleh satu garisan putus-putus yang macam bergerak-gerak. So, lepas ni dah boleh tarik untuk ditempekkan ke atas Wallpaper hijau tadi, tapi pastikan Wallpaper hijau tu dah di-open ke dalam Photoshop ya.

6. Klik 'Move Tool'

7. Tarik ketupat dan tempekkan atas wallpaper hijau tadi.
(Klik pada ketupat, jangan lepas mouse sehingga anda dah letak ketupat tu atas wallpaper hijau tersebut)

Siap!



Haa faham tak? Harap dapat membantu sesiapa yang masih tertanya-tanya how to crop gambar di Adobe Photoshop dengan kemas dan teliti berbanding guna 'Magic Wind Tool' atau guna 'Eraser Tool' semata. So, ini memang cara crop secara professional yang mana ia sangat memerlukan ketabahan dan ketekunan. So, selamat mencuba ya! ;)

Okay tu je, terima kasih sudi singgah sini (n_n)

p/s: okay ke tutorial aku ni? Mudah faham or tak? Aku dah cuba sebaik mungkin dah ni..haha :p

6 comments:

Shila said...

ketupat terbalik..!

kihkihkih..

best2..tq atas tutorialnya..lepas ni bole try kalo ada masa..

Unknown said...

akak dulu ada download photoshop tapi tapi dah tak boleh guna..Lyn bagi link photoshop yang ok boleh tak?yang macam lyn guna selalu la.nanti bagi kat kotak komen akak ye.akak ada google tapi macam tak boleh buka lepas download.kenapa entah.

Unknown said...

Thank you share :)
Baru tahu hehe.


**SALE SEHINGGA 4 JULAI 2014!!!
http://nadyabubble.blogspot.com/2014/06/sale-jualan-penghabisan-stok.html

fieda said...

bagus jugak bagi tuto ni..tq share ye

eima said...

haaaaaaaa br paham ... ptt la bila dok baca suruh buat titik2 tp ai is tak paham sbb tak nampak ... ok nanti apply tgk ... tq dik .. nanti nk pepe lag ai minta u ajar lagi tau .

Tinta Lana said...

Lynn..aku bookmark terus entry ni,hahaha

Thanks lynn!! Aku salu guna magic tool n eraser tu jela, tu pun gagapppp sangat,hahaha