Happy Three Friends

Miss Money

Thursday 22 May 2014

Apakah FIMO CANE STICK dan kegunaannya ?



Salam. Okay hari tu aku ada ternampak benda ni dijual online, masa tu aku buat dek je sebab aku igt benda ni tanah liat. Tapi rupa-rupanya ia lebih daripada sekadar tanah liat! Jadi apa jadahnya mahkluk tidak bernyawa yang berwarna-warni ini dan apakah kegunaannya ??

Inilah FIMO CANE STICK !

Alo tomey-tomey~

Comel gila kan semuanya. Tapi tidak berguna kalau setakat comel, sedangkan anda tak tahu apa kegunaannya. Jom kita tengok apa lah kegunaan FIMO CANE STICK ni ye...



Ya, FIMO CANE STICK digunakan secara meluas dalam teknik menghias kuku ataupun lebih dikenali sebagai Nail Art yang mengarut




Segala corak-corak bunga / buah-buahan dan sebagainya yang anda lihat itulah sebenarnya Fimo Cane Stick tersebut. Selama ini aku ingatkan ia adalah sebuah lukisan kecik yang sangat mini dan comel, rupa-rupanya benda tu. 

Tekstur Fimo Cane Stick ni ala-ala pemadam getah, macam liat-liat je...so kalau nak guna untuk hias kuku, kena potong Cane Stick ni halus-halus macam ni :


aku pun tak tahu nak explain macam mana sebab takde knowledge langsung pasal nail art, so korang boleh lah layan video ni dan tengok macam mana cara nak lekatkan Cane Stick ni atas kuku:


So, macam tu lah kegunaan dan cara nak guna Fimo Cane Stick ni. Hebat betul sampai kuku pun berhias sampai macam tu. By the way, pada sesiapa yang terfikir-fikir nak tambah pendapatan tu, maybe boleh bereksperimen dengan Fimo Cane Stick ni, sebab aku rasa penggunaannya tak terhad kepada nail art semata. Mana tahu anda dapat idea lain untuk guna, dan mana tahu boleh dijual kan? Kan ke best~ hehe

Okay itu je tentang Fimo Cane Stick yang comel ni. Harap bermanfaat :)

p/s : harap faham motif aku buat entry ini adalah untuk menerangkan tentang Fimo Cane Stick, bukan nak suruh korang pakai quitic ke apa ya..jangan tak memasal nak berdebat dengan aku dengan tentang isu quitic (-_-')


1 comment:

Nana Liena said...

macam pemadam..comelnya.membazir guna utk hias kuku..ahahaha