Happy Three Friends

Miss Money

Sunday 25 May 2014

Malaysia Berjaya Ke FINAL PIALA THOMAS !!


Jutaan tahniah kepada semua yang terlibat, terutamanya kepada Datuk Lee Chong Wei yang telah berusaha sekeras mungkin demi melayakkan Malaysia mara ke peringkat akhir Piala Thomas 2014!

keputusan perlawanan Datuk Lee Chong Wei vs Tommy

Keputusan Yang Mengejutkan China

Pada peringkat separuh akhir menyaksikan China bertemu Jepun setelah China menang 3-0 (menentang Thailand) dan Jepun menang 3-1 (menentang Perancis) pada suku akhir. Manakala Malaysia pula layak ke separuh akhir bertemu Indonesia setelah Malaysia menang 3-1 (menentang Denmark) dan Indonesia menang 3-2 (menentang Korea) pada suku akhir.


Namun, jangkaan Malaysia akan mara ke Final dengan bertemu dengan China meleset apabila China yang sebelum ini telah 5 kali menjulang Piala Thomas sebelum ini, telah mengalami kejutan besar apabila kalah dengan Jepun 0-3, sekaligus melayakkan Jepun mara ke Final, bertemu dengan Malaysia yang berjaya mengalahkan Indonesia 3-0 pada separuh akhir.


Dan kini ia melakar sejarah di mana buat pertama kalinya Malaysia bertemu menentang Jepun pada Final Piala Thomas 2014, yang sekaligus membawa harapan rakyat Malaysia untuk melihat semula pemain tanah air kita menjulang Piala Thomas dengan bangganya selepas 22 tahun menanti!

Semoga kejayaan ini berulang semula ! :)

Jadi, beramai-ramailah kita menonton Piala Thomas ni hari ni,

Malaysia VS Jepun
25 Mei 2014 (Ahad - hari ini)
5.30 petang

(aku sangat kesal sebab game ni takde disiarkan di tv 1 / tv 2 /mana-mana stesen tv yg percuma. Menteri belia sukan ada buat statement memohon maaf sebab telah memberi hak penyiaran tersebut kepada pihak tv swasta..mohon maaf je?? Damn~ seriously sangat kesal dan marah tentang ni!)


p/s : tolong menang boleh? Mengharap sangat dah ni~ hahah


No comments: