Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Thursday, 8 May 2014

Jalan Kaki :D



Aku benci jogging. Aku rasa jogging macam kelakar, sebab pada aku kalau nak lari...biar lari laju-laju terus. Aku tak pernah jogging, kecuali pada waktu merentas desa masa sekolah dulu. Aku tak suka jogging, sebab tu aku ganti dengan jalan kaki :D

Aku memang suka jalan kaki. Aku rasa jalan kaki boleh release tension. Zaman study Uitm Lendu dulu, selalu aku pergi round tasik dalam U tu sorang-sorang bila aku tension/sedih. Aku akan jalan kaki pusing banyak-banyak kali sampai aku lega sendiri. Tapi semuanya waktu malam. Tasik tu gelap. Jadi, kalau aku round sambil menangis pun, takde orang nampak.


Masuk degree, pun aku tetap teruskan habit aku berjalan kaki. Daripada kolej aku nak ke fakulti, memang kena naik bas sebab agak jauh lah. Even naik bas pun, kena turun kat bus stop dan jalan naik turun bukit untuk jejak ke fakulti sebab bas tak lalu situ. Aku suka sebenarnya dengan 'kejauhan' tu, sebab aku boleh jalan kaki. Hehe..


Pernah aku jalan kaki je daripada kolej ke fakulti, sebab bas penuh. Malas nak tunggu bas lain + malas berebut, aku jalan kaki je. Best walaupun jalan sorang-sorang. Balik fakulti pun sama, suka jalan kaki jugak. Kalau nampak kucing lagi best, boleh berhenti jap kejar kucing..Hahaha..


Untung aku ditemukan dengan seseorang yang suka teman aku berjalan kaki...


Kami selalu jalan kaki daripada dalam Uitm Shah Alam ke I-City dan balik semula ke U pun jalan kaki. Selalu jalan kaki daripada dalam U, pergi ke seksyen 2, lalu tasik area PKNS tu untuk ke SACC Mall dan Plaza Alam Central Shah Alam. Selalu pergi balik kelas jalan kaki. Semua jarak yang aku bagitau ni bukanlah sekangkang kera, tapi tetap rasa seronok bila jalan kaki. Haha~



Apakah manfaat berjalan kaki??

1. Dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah yang lebih deras (dari pembuluh koroner)
agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.

2. Mengurangkan risiko serangan stroke

3. Dapat membakar lemak (ini sah-sah lah kan)

4. Membantu mengurangkan stress dan melegakan tekanan minda
(ini memang betul sebab berkesan untuk aku)

5. Berjalan kaki membuatkan otak lebih aktif dan mata akan jadi
segar (tidak mengantuk)

6. Menjadikan otot-otot badan dan tulang menjadi kuat, seterusnya
dapat mencegah Osteoporosis

...dan lain-lain lagi (malas nak tulis..hahaha). Apapun, selalu berjalan kaki pasti membawa manfaat kepada kesihatan kita :)


Sekarang ni pun, aku balik kerja naik bas, walaupun penat sikit, tapi aku rasa sangat membantu aku release stress. Sebab kerja aku memang sehari suntuk di depan PC, kurang bergerak ke sana sini, so dengan berjalan pergi ke bus stop, dan terus berjalan lagi untuk ke pasar malam tempat mak aku niaga, memang berbaloi. Hehe :)


Aku tak suka bersenam, so jalan kaki lah gantinya. Korang senam macam mana pula? :D



6 comments:

zulhilmi tempoyak said...

ok.. jom jenjalan sama..
nak..??

hehe

reenapple said...

Lynnn, Kita sama! Au pun tak suka jogging even aku nak kurus. Haha.

Jom jalan together3..

Aisya A. said...

cara bersenam senang je. main kejar2 dgn kucing. penat oooo.. lagi2 kucing yg tak reti penat. tak bagi kita berhenti..

Nong Andy said...

Nak join korang jln kaki la kalau gitu

nuyui a.k.a miss YUI said...

senam dlm blik.. blik air dan atas katil..kih2

eima said...

x berpeluang nk jln kaki sgt ... tp ai suka naik tangga .. jrg naik lift tp klu level tu 5 tingkat ke atas tidak la kawe naik tangga hihihi